BADI! AKIBAT TIDAK HORMAT JENAZAH BEKAS PENARI MAKYONG
Alkisahnya seorang bekas penari makyong yang ada bela saka & mempunyai 2 orang anak saudara perempuan yang di jaga selepas kematian mak bapak mereka. Pada satu hari seorang lelaki yang menjadi pewaris kepada saka bekas penari makyong ni secara tak sengaja membunuh salah seorang anak saudara bekas penari makyong yang di panggil mek nak. Bila rahsia dia mula terbongkar.. Secara tak sengaja dia terbunuh pulak si mek nak. Mayat mek nak di hantar ke hospital untuk di bedah siasat bagi mencari punca kematiannya. Sekumpulan pelajar medic di tugaskan untuk melakukan bedah siasat tu. Tapi depa ni orang kata jenis tak reti hormat jenazah. Salah seorang dari 4 orang pelajar medic tersebut telah mencuri sebentuk cincin dari jenazah mek nak. Yang seorang lagi pelajar lelaki menghina jenazah. Yang sorang lagi pelajar perempuan jenis suka selfie. Yang sorang jer agak hero.. Dia baik la tak buat apa - apa. Yang curi cincin mek nak tu di hantui saka belaan mek nab.. Yang menghina jenazah mek nak jugak menerima nasib yang sama bila sentiasa ternampak kelibat yang menyeramkan ikut kemana dia pergi.
pelajar Medic Yang Terlibat |
Nak di jadikan cerita belum sempat 4 orang pelajar medic ni melakukan tugasan yang di beri.. Seorang anak saudara mek nab bernama sarah datang menuntut jenazah mek nab. selepas semua keterangan & siasatan di jalankan oleh pihak polis jenazah mek nab dapat di bawa pulang malam tu jugak. Masa sarah sampai ke hospital dia bertemu dengan salah seorang pelajar medic tu bernama Joe. Atas perikemanusiaan Joe yang membantu sarah menguruskan tuntutan jenazah mek nab. Bila jenazah nak di bawa pulang.. Joe menawarkan diri untuk temankan sarah ke kampung. Masa dia nak ke kampung sarah.. lagi 3 kawan dia pun nak ikut. Sampai di rumah sarah, memang tak ada orang kampung yang menziarah jenazah mek nak kerana semua orang kampung memang pulaukan mek nak sebab amalan khurafat yang di amalkan. Mek nak ada saka yang katanya selalu menganggu penduduk kampung. Hanya sarah & seorang lelaki yang menjadi pewaris kepada saka mek nak sahaja yang ada waktu tu untuk bacakan yassin.
Sarah yang mewarisi tarian Makyong dari Mek nak |
Di pendekkan cerita kali kedua mereka datang melawat sarah di kampung berlaku kejadian seram di mana pelajar wanita yang mencuri cincin mek nak di rasuk & hampir membunuh seorang pelajar lelaki yang pernah menghina jenazah mek nak. Yang merasuk pelajar tu adalah saka mek nak yang di warisi oleh seorang lelaki di pertanggungjawabkan oleh mek nak menjaga sakanya sebab dia tak nak sarah tahu. Bila lelaki tu sampai baru terbongkar rahsia pembunuh kakak kepada sarah & mek nak. Lelaki tu di penjara atas kesalahannya & sarah di bantu oleh seorang ustazah untuk bebaskan dia dari gangguan saka mek nak.
Saka Yang di bela Mek nak |
Itulah review paling pening nak tulis untuk filem badi ni. Sebab cerita dia macam tak tentu hujung pangkal je. Sebagai pengenalan tentang badi bagi yang tak tahu.. Kalau terkena badi apa yang aku baca seseorang tu memang akan di hantui badi yang dia terkena. Kalau badi mayat manusia dia akan sentiasa ternampak orang yang dah mati tapi apa yang dia nampak bukanlah roh orang yang dah mati tu tapi ia berkaitan dengan gangguan jin & syaitan. Cuma jelmaan jin & syaitan untuk menyesatkan manusia. Saka pun benda jin yang di bela oleh seseorang & harus di warisi. Saka ni boleh di warisi semudah kita ambil atau terima barang bekas pemilik saka.
tapi cerita ni memang asal siap. Dah la cerita tak tau apa tujuan. Starting pun macam takde kaitan tapi cuba di kaitkan & nampak sangat janggal & tak masuk akal. Nampak tak logik sangat sarah jumpa dengan pelajar medic nama joe yang tetiba jadi rapat sampai kerumah sarah ziarah jenazah tu. Hanya perkenalan singkat dalam 1 malam. Filem ni kategori filem paling cincai.. Ending pun tak tau kepala ekoq bak kata orang kedah. Tup tup abis macam tu ja. Saka mek nak tu tak berakhir.. Bagi mana2 yang teringin nak jadi pengarah filem walau skill tu tahap tadika.. boleh jumpa david teoh sebab MiG je paling tak kisah nak keluarkan filem2 yang memang belum layak di panggil filem. Dia je suka bagi peluang kepada pengarah mahupun pelakon yang tak ada bakat untuk tampil di layar perak seterusnya membuat orang lain menyesal tengok filem haktuii tu hahaha.
Nampak lighter tu? Bukan sebab aku hisap rokok tapi filem ni layak di bakar bukan di tonton. hahaha |
Apa saja filem yang tajuk dia attractive aku akan beli dvd selagi ada jual.. Tapi kalau tahap sampah macam filem ni lepas tengok memang aku kutuk. Prinsip aku mudah.. aku berhak mengkritik bila aku tengok. Minta maaf yer buat pengarah, penulis skrip & penerbit filem Badi. Selagi MiG masih dengan konsep filem sampah selagi tu aku kutuk sampai dia berubah. hahaha
Moral of the story.. Filem yang tak patut di tonton adalah filem badi. Jadi tak rekemen untuk korang tengok. Bukan nak angkat filem luar tapi hakikatnya filem2 melayu sekarang memang low qualiti. Aku ni kira support jugak la filem tempatan. sanggup ambil risiko beli dvd original walau tahu kemungkinan besar filem tu bakal buat aku cerca. hahahaha.
Betol sangat tu dik filem2 dari MiG selalunye memang ntah hape2 je...filem syok sendiri...lagi2 si ahmad idham ke hape ntah namenye tu 2x5 dgn di david gak...
ReplyDeletehahhahaa teringat komen kat IG tadi.. filem MiG ni untuk orang yang suka kutuk2 karya seni pengarah2 sampah ni... plssss laaa... macam manalah kekadang orang takut nak beli cd original, sebab perkara camni laaa... jenis cerita takde hujung pangkal... lastly keluar kat astroria jugekkkk....wkakakaaa
ReplyDeletehuhu..sabar je lah ye...
ReplyDeleteAkak memang takdalah nak tengok filem terbitan Metrowealth ni. Sama pening dengan mendengar David Teoh berborak dalam BM tau!
ReplyDelete