KENAPA ORANG TAK SUKA BELI BARANG ONLINE TAK PAPAR HARGA
Itu sebab produk mahal lagi berjenama mewah tu ada etika. Tak tahu la kenapa etika tu wujud sebab yelah.. den ni mana mampu pakai produk mahal2 macam tu. Dapat Tia Ammelia pun dah cukup syukur kan?? Jadi produk2 macam tu den tak usya sangat selain tahu dia produk berjenama mahal tahu kemampuan seorang suri rumah macam den ni setakat mana. Jadi pada yang terasa tu.. Minta maaf lah yer. Sesungguhnya bukan produk yang anda jual yang den maksudkan. Lagipun den tak survey pun produk kecantikkan @ makeup mahal2 kat online.
Yang tak tertakluk pada etika tak boleh papar harga tu.. takpe la. Kalau kena tindakkan ke hapa je pengeluar produk tu yang akan bersoal jawab sebab dorang yang keluarkan etika.. Ni yang jual barang/produk yang takde etika tapi cuba buat etika sendiri ni apa kes pulak kan?? Setakat jual beg.. jual baju.. jual kasut.. jual tudung.. tak payah la ber pm2 sangat. Menyusahkan para pembeli nak survey mengikut budget masing - masing. Kang ada pulak yang kata, dah tau budget ciput tak payah berangan nak shopping online. Pi shopping mydin nu.. Lebih layak untuk orang semekin. Nak shopping online kena ada duit berkepuk2 dalam account bank, hokay!!
Hokay den paham.. even den takde duit sampai boleh buat tilam tidur dalam bank tu.. tapi singgit dua tu ada jugak la peneman account bank den. Jadi kalau den nak shopping online barang singgit dua pun hak den jugak. Sebab even singgit dua den bayar tetap den bayar dengan RINGGIT MALAYSIA bukan AIR LIUR BASI. Jadi jangan pandang rendah pada golongan tak berapa kaya macam den. Even korang yang meniaga kaya raya tu kalau den minta bagi barang korang yang singgit dua free kat den pun korang tak bagi punya. Tetap korang guna konsep.. kau bayar duit, kau dapat barang kan??
Kenapa PM2 harga ni menyusahkan pembeli. Bayangkan seorang pembeli budget cuma RM100 nak beli sesuatu barang. Dia pun survey. Korang ada upload seratus jenis barang yang orang tu nak beli dengan konsep nak tau harga sila PM. Bayangkan dia tengok 1 barang dia PM.. harga over budget dia tak jadi beli. Dia survey lagi sampai 10 kali dia PM korang tanya harga alih2 semua barang over budget dia.. semua pun dia tak jadi beli. Tak payah tipu la kalau kali ke 11 korang pun malas nak layan dia dah. Paling menyanyat hati.. keluar pula status sindir menyindir. Dalam kes ni susahkan kedua2 belah pihak. Pihak pembeli & pihak penjual.
Korang tak boleh kata.. kalau setakat budget seratus dua jangan berangan nak shopping online.. Suka hati la dia nak shopping memana pun. Duit tetap duit dia walau seringgit pun. So, selagi duit tu duit dia.. dia berhak nak membeli kat memana pun & dia juga ada hak sebagai pengguna. Korang jangan pertikai kenapa & mengapa dia nak shopping online jugak kalau budget ciput. Ada sebab orang membeli secara online tak kira berapa besar pun budget dia. Salah satu mungkin dia tak cukup masa untuk keluar membeli belah.. mungkin juga dia susah nak jumpa barang yang dia nak kat luar. Yelah.. kadang2 duduk kawasan terpencil ni tak macam duduk kat bandar. Macam2 ada.. Korang fikir orang bandar je ke pandai shopping online. Orang kampung sekarang bersepah internet kat rumah. Orang kampung pun bersepah guna smartphone. Pentingnya korang tag harga pada barangan di jual adalah memudahkan pengguna untuk survey barang mengikut budget dorang. Korang tau tak.. ada pembeli takkan membeli dengan korang hanya sebab korang guna konsep PM harga.. kata dorang menyusahkan. Kan dah rugi. Buat apa nak sorok2 harga semata2 nak untung lebih.. Rezeki tu dari Allah. Kalau dah rezeki korang.. korang TAG harga sebesar alam pun.. tetap jadi rezeki korang jugak. Jangan takut persaingan.. sebab dalam perniagaan memang tak dapat lari dari pesaing. Sorok2 harga tu kadang2 buat anda lebih rugi banyak tanpa anda sedar.
Yang paling penting kenapa peniaga online ni perlu letak harga yang semua orang boleh nampak adalah sebab akta baru yang di keluarkan KPDNKK.. dimana salah satu syaratnya peniaga online harus memaparkan harga barang jualan. Kalau tak papar jadi salah. Yang meniaga online tu nak tahu lebih lanjut sila clik kat sini >>BERMULA 1 JULAI NAK MENIAGA ONLINE WAJIB KENA BUAT NI
bagus tu..kita kena wajibkan peniaga on9 letakkan harga barang. baru mudah org nak copmpare harga..
ReplyDeleteTu la...apa salahnya letak terus harga. Kalau tak main harga nak buat ape lagi kalau sorok harga kan? hais..
ReplyDeleteHelmet Scram size L, brand MHR untuk dilepaskan, gambar sila rujuk FB saya (Saya deactivate), harga sila PM ayah saya (dia tak reply). <<< Just kidding :P
Setuju dengan pandangan awak Suria. Kalau nak tau harga kene PM dulu memang saya klik pangkah terus. Yelah, orang berniaga online ni kadang2 hatinya sensitif. Sibuk tanya harga tapi tak beli maunya dia melenting.
ReplyDeleteSaya sebenarnya jarang beli secara online. Sebab saya tau harga memang mahal tahap tak ingat especially baju & beg. Saya tak terima alasan kos kerana harga yang diletakkan lebih dari dapat cover semua kos plus untung.
tadi baru je tegur member yang jual baju online..tegur secara baiklah siap mintak maaf..saya pun bagi link yang KPDNKK punya tu..alhamdulillah respond dia sangat positif dan terus letak harga
ReplyDeleteselalunya nk tgk depan mata baru puas hati :-) beli tiket wayang online xpe..huhu
ReplyDeletesetakat ni belum pernah membeli secara online.. saje2 klik like pada page business online tu sbb nak tengok2 je... betul juga kan... selalu diorang duk cakap "pm sy untuk harga" hmmm motip... tak bleh blah la...
ReplyDeletebeli di mall je.. melambak.. lagi la ori.. :)
Setuju sesngat tu Cik Lekit.Nampak macam tak jujur berbisnes.Maybe dengan orang ni jual harga ni dengan orang tu jual harga lain pulak
ReplyDeletekita sbg pengguna ada hak nak buat price comparison....
ReplyDeletesaya tak suka shopping online..takut tak puas hati sebab saya cerewet melampau..heheh..
ReplyDeletebagus la.. sekurang-kurangnya lepas nie membeli barang lebih senang tanpa ditipu
ReplyDeletesetuju dengan part yang tanya harga..even kalau tanya detail barang..lepas tu tak jadi beli..memang kena sindir.. surimah yang tak baper kaya dilayan macam orang tak layak beli barang..saya faham sangat perasaan awak..
ReplyDeletesaya bukan sahaja tak suka beli barang online yang takde harga, malah memang tak suka beli barang secara online sebab tak puas selagi xtgk sndiri barang tu..tapi kalau desperate terpaksa jugak beli..hehe
ReplyDeleteLeceh asik berbalas sms. Akak x suka
ReplyDeleteselalunya saya beli brg2 yg agak peribadi tu pakai online je, nk beli kt kedai malu, heheee
ReplyDeleteI have been in retail for 10 years, displaying the price is the most important even for customers to seek
ReplyDeletemungkin ini antara sebab kenapa xnak letak harga PM,,
ReplyDeletehttp://ilmudikongsi.blogspot.my/2015/09/nak-tahu-harga-kenapa-mesti-pm.html
Panjang sgt crita nya... 90% crita psal sndri yg bnyak.... TAJUK NYA- BELI BARANG ONLINE TAK PAPAR HARGA.... org nk tgok yg tu... bkan crita pnjang berjela...
ReplyDeletebaru baca blog ke bang? ke baru kenal blog? Blog saya blog cerita memang macam bersembang jer even nak sampaikan info. Nak baca blog yang direct to the point gi cari blog info @ blog berita jer..
Delete