CERITA DI WAD BAYI : PAKAT DOK TAYANG PERUT PULAK

9/10/2011 04:44:00 PM suria lekatlekit 12 Comments

Lagi kisah di wad bersalin masa Shahila @ Cik Lala di tahan kat wad sebab kuning. Kalau entri sebelum ni (CERITA DI WAD BAYI: BERSALIN SENDIRI DI RUMAH)
cerita pasal pengalaman bersalin & kisah di sebalik perkahwinan ibu - ibu beranak sulung kat wad bayi kali ni kisah tayang perut. Apa cerita di sebalik tayang perut ni.. Jom kita kopek isi kisah ni.

Biasa la bila petang2 baby pun tak meragam.. Ibu - ibu kat wad mula buka forum. Macam - macam la cerita keluar. Yang ada pengalaman berkongsi tips, petua penjagaan selepas bersalin. Produk2 yang dorang guna. Si Ibu muda 17 tahun mula buka cerita pasal perut dia yang pecah2 & berparut. Dia pun selak la baju tunjuk kesan parut & pecah2 kat perut dia tu. Ada sorang akak dari wad sebelah datang lepak kat wad kitorang pun bagi la petua kat si ibu muda ni. Tapi petua2 dia macam tak berapa best. Ada di suruh sapu losyen jer.. Sang lekit cadangkan la dia guna Bio Oil.. dia kata mahal. Sang lekit bagitau la tak mahal mana.. botol yang kecik baru RM30++.. baru la dia tahu yang Bio Oil tu bukan harga ratus2. Kesian budak tu.. dia lurus bendul sikit tapi sang lekit suka cara dia yang rajin bertanya & tak berlagak pandai.

Lepas je si ibu muda ni buka topik pasal perut yang lain - lain pun terpengaruh. Semua pakat dok tayang perut pulak sampai akak cleaner kat situ pun tumpang sekaki tayang perut, Masing2 hadapi masalah yang sama. Sang lekit seperti biasa dengar & lihat.. Nak tayang2 perut tu minta maaf la. Lagipun perut sang lekit takde lak pecah2 macam dorang. Sama je macam sebelum mengandung. Cuma masa mengandung timbul garisan hitam.. Kata orang tua, garisan hitam tu tanda mudah bersalin. Cuma kebetulan jer kot walau memang proses kelahiran Shahila ni senang. Tak tahu pulak akan hilang or boleh hilang garisan hitam tu.

Tapi sang lekit perasan sorang akak dari wad sebelah tu kalau cerita macam dia je bagus, cantik & ramping. Memang la dia kecik molek walau dah beranak 6 sekalipun tapi tak payah la ko nak kompang sangat. Yang sang lekit rasa lucu & tertanya - tanya bila dia kata, kat hospital makan jer apa yang pihak hospital sediakan. Tak payah takut katanya. Tak payah pantang makan kalau kat hospital sebab makanan kat hospital semua di suntik dengan ubat. Ye Ke Nyah Zulfikar? Kena refer Nyah Zulfikar sebab tu memang bidang dia & dia pun ada pengalaman pasal tu. Fakta atau Auta.. tak pasti tapi sang lekit rasa macam mitos yang dia reka2 jer pasal makanan tu.

12 comments:

  1. makanan kat hospital suntik ngan ubat?betul ke..

    ReplyDelete
  2. haha.. siap ade sesi tayang perot kan.,.. orang pompuan bila dah berkumpul.. cerita mesti nak gebang kn.. hahaha.. larikkkkkkkkkk #bye

    ReplyDelete
  3. ye ker cam 2??? tumpang nyampuk gak... hehehhe....

    ReplyDelete
  4. xla kak...makanan kat hospital biasa je..xde pon di suntik ubat..mnegarot je..xde rasa tu la makanan hospital..

    ReplyDelete
  5. btl..xd suntik2..doc bg mkn pe je kt situ sbb ramai nurse kat spital kot..so,lau jd pape diorg la yg akan bg ubt.mane la doc suke2 nk suntik ubat dlm mknn..huhu..auta..

    ReplyDelete
  6. bio oil sentiasa ada dalam simpanan..parut kat kaki memang takde.tapi takboleh plak bubuh kat muka,jadi makin teruk

    ReplyDelete
  7. garisan hitam tu nama dia linea niagra,

    oh gua pun salu bersembang dengan perempuan2 mengdung dekat hospital. mcm2 pengalaman

    ReplyDelete
  8. Sempat jgk deme sesi tayang perut ni ye dik.. Akak pun nsb le x pecah truk.. Yg msh ada smpai skrg jalur itam yg lekit ckp tu.. X ilang2 walaupun dh dkt 4 thn.. Akak pn brsalin snang, bedah je sbb ubat paksa brsalin x jln.. Sakit brsalin pun x rasa camna..

    ReplyDelete
  9. uik?mane ade makanan sepital suntik ubat..tak pernah lagi dgr..salu saye kalau melawat mak ke, arwah datuk ke, arwah nenek ke, masuk sepital dulu2..saye yg tibai makanan dorang..takde pun mabuk2 ubat..ahaha..

    ReplyDelete
  10. entah... aku kerja kat hospital selayang, tak pernah lak aku tengok org suntik/letak ubat kat makanan tu..

    akak tu ada masalah jiwa kot.. cerita nak pung pang je kejenye... hishhhh

    ReplyDelete
  11. tayang perut?hehe...x sesuai la..tp biselah...para ibu..cam kesahye nk kongsi bercerita even ade juga yg x nk kalah..
    pasal bab mkn tu ade jugak yg cakap camtu..
    tp makn buah2 sejuk cam tembikai segala bala tu oke ke?ke,,kene suntik gak?
    hehehehe...

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com