CERITA TENTANG SEEKOR IBU

12/06/2011 12:46:00 PM suria lekatlekit 20 Comments

Minggu lepas dalam keadaan selera makan kurang stabil tapi hubby ajak makan ayam golek pulak kat sg buloh. Dia je la yang makan.. Sang lekit cuma jamah sikit nasi goreng & lala macam biasa tukang tengok orang makan. Kang lala makan terkejut pulak semua orang, kan?? Kan??

Tengah menikmati makan tu datang la seekor ibu duduk dia bawah meja minta sikit makan. Macam biasa hati ni takkan tergamak nak melantak tanpa berkongsi rezeki dengan seekor ibu comel tu. Dari jauh sang lekit nampak 2 ekor anak dia asyik betul main. Lincah & comel jugak. Jadi memandangkan ayam golek pun order seekor bagi la seketul kat seekor ibu ni.

Kali pertama sang lekit bagi dia makan.. dia makan. Tak gelojoh. Sopan jer.. Habis dia makan, dia tunggu lagi. Sang lekit fikir dia lapar lagi.. Bagi la. Tapi kali ni dia gigit terus dia bawak pergi. Sang Lekit tengok arah dia pergi. Rupanya dia pergi pada anak - anak dia. Dia letak seketul ayam golek yang sang lekit bagi tu depan anak - anak dia. Tersentuh hati seeorang ibu bila tengok seekor ibu duduk dengan tenang tengok anak - anak dia makan. Anak - anak dia makan sikit jer.. Lepas tu sambung main. Ayam yang tak habis anak dia makan tu, baru dia makan.

Tapi apa yang sang lekit kagum.. 1 dari ibu hingga ke anak makan dengan tenang & sopan je. Takde gelojoh atau berebut2. Kedua bila tengok si ibu memberi makan pada si anak. Part tu paling touching giler. Sang Lekit tahu dia sendiri pun tak kenyang tapi dia tetap ingat anak2 dia juga perlu makan. Seekor ibu kucing pun ada naluri keibuan & ada kasih sayang, macam seorang ibu (manusia) yang sanggup bunuh, buang anak sendiri tanpa memikirkan nasib anak itu?? Tidak ia lebih bodoh dari seekor kucing yang tidak di kurniakan akal sesempurna seorang manusia. fikir - fikir kan lah..

20 comments:

  1. sweet jek ibu penyayang...manusia lak yg suka bunuh anak.huhu

    ReplyDelete
  2. binatang pun sayang anak2 kan.. manusia?.. ada segelintir berperangai mengalahkan binatang :(

    ReplyDelete
  3. seekor ibu pun ada naluri keibuan kan tapi ada seorang ibu yang sanggup membuang anak sendiri.

    ReplyDelete
  4. tulah, memang betul la..Kadang tak faham binatang yang takde akal tau sayangkan anaknya, inikan lagi manusia yang boleh fikir tergamak nak bunuh bayi sendiri..

    ReplyDelete
  5. sweet mummy :)

    www.ed-zwa.blogspot.com

    ReplyDelete
  6. tulah, binatang lebih utamakan anak2nya... tapi manusia bagaimana??

    ReplyDelete
  7. Tacing nyerrrr
    kalo lah mereka yg 'membuang' tu di kurniakan perasaan semulia kucen ni tentu lebih indah dunia ni

    ReplyDelete
  8. mummy lekit! saye menages ok bace entri ni..terbayang macam mana reaksi ibu kucen tu..wuuu..

    ReplyDelete
  9. Saya yg baca pon rasa touching. Binatang pon tau sayangkan sayangkan anak, beza ngan manusia zaman skang buang & bunuh anak.

    ReplyDelete
  10. binatang pon pandai jaga anak.swweet je.akk ni nmpk je ganaz,but lovely kan =)

    ReplyDelete
  11. itulah yang dinamakan ibu kucing yang penyayang dan berkasih sayang bersama anak2nya..:')

    ReplyDelete
  12. rase2nyer kak lekit pasni xleh la wat ayat manusia berhati binatang sbb binatang pon tau nilai kasih syg... renung2kanlah mereka2 yg suka buang anak n menyeksa anak or anak mnyeksa makayah pe kah level anda kalo bukan binatang sbb binatang pon tau nilai kasih syg.,.huhu emo lak..hihi bab2 budk2 ni sensitif sikit..eneway kak lekit syabab br tau kucing jantan suka makan anak kucing.. sbb pernah nmpk sblom nie...huhu

    ReplyDelete
  13. uhuhu.. macam nak nangis baca. sedangkan haiwan pun sayangkan anak2 kan.... ini kan pula kita sbg manusia yang berakal...

    ReplyDelete
  14. berbadan manusia berhati binatang.. nak buat mcm mana.. doakan lah mereka berubah ek.. :)

    ReplyDelete
  15. tersentuh jugak klu tgk babak2 camtu..
    ibu kucing pun sayang kat anak2 dia kan..
    manusia ni..hmm..ntah la..

    pssstt...comey mummy ngan lala :)

    ReplyDelete
  16. ahhh tacing. aku mmg selalu tersentuh dgn kucing..

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com