KAIN BURUK BERGERAK MEMBENTUK SATU LEMBAGA MENYERAMKAN DI SEBUAH SEKOLAH MENENGAH DI GELANG PATAH
Gambar sekadar hiasan |
Dah siap kerja tunang dia, maka mereka pun bergerak la nak keluar dari opis tapi belum sempat dia melangkah keluar tunang dia suruh tunggu sampai dia siap tutup semua lampu supaya mereka boleh jalan bersama ke tempat letak kereta. Dia ingat tunang dia tetiba jadi penakut malam tu.. Tapi disitulah bermula sebuah kisah seram yang tak mungkin di lupakan
Masa tunang dia nak mangga grill pintu opis tu, dia sedang bersandar kat tembok tepi koridor panjang. Tetiba mangga jatuh, so dia pandang kearah mangga tu di atas lantai. Masa dia nak angkat kepala tu secara tak sengaja dia terpandang di hujung koridor & ternampak satu lembaga yang dia sendiri tak boleh nak gambarkan macam mana. Macam beruk ada, macam burung pun ada.. sedang bergayut kat jerigi besi. Katanya nampak macam warna coklat, hitam macam kain yang dah carik atau macam bulu panjang meleret2 atas lain sambil bergerak gerak. Ketinggian katanya paras pinggang. Pinggang dia la kot.. Kalau pinggang aku memang pendek. Dia pun aku tak tau tinggi berapa cm. Bayangkan paras pinggang sudah la kan.. Bila dia cuba alih pandangan & pandang balik tetiba hilang. Apa lagi cepat2 dia cuit tunang dia ajak balik.
Masa dalam perjalanan nak ke tempat parking tu masing2 diam. Selalunya tunang dia suka mengusik tapi malam tu masing2 diam. Masa nak dekat sampai ke kereta, si tunang ni jalan depan & yang perempuan tu pulak jalan belakang. Berlaku lagi kejadian yang buat kering gel2 lutut dia katanya. Masa tunang dia sampai ke pintu kereta.. tengah nak buka pintu... Dekat dengan kereta dia ternampak macam selonggok kain buruk, comot bergerak2.. makin lama makin tinggi kain2 tu bergerak sampai membentuk satu kelibat yang seakan akan manusia. Time tu macam kena sumpah dengan sang gedempai jadinya minah tu.. Kaku, membisu, kelu bagai dah.. Lembaga tu mula menunjukkan dirinya yang seperti manusia berambut panjang duduk betul2 mengadap perempuan tu. Tetiba dia terasa tangan dia kena tarik. Tunang dia yang tarik tangan tu bukan lembaga tu. Tunang dia pun tanya,.. kenapa & apa yang dia nampak sambil suruh dia masuk kereta. Masa tu baru dia rasa macam tersedar dari mimpi ngeri. Lepas masuk kereta mereka pun beredar
Masa dalam kereta ketakutan tu belum habis.. dia terasa macam semua sendi menggigil, gigi terketap ketap. Dia jadi blank sekejab. Masa tunang dia berhenti di pondok pengawal, dari cermin sisi dia dapat lihat lembaga tu berdiri dekat pintu belakang kereta. Time tu rasa jantung nak macam meletup. Tunang dia nampak dia semakin pelik.. tanya lagi kenapa. Dia cuma cakap nak balik jer. Masa dalam perjalanan balik tu kereta pulak jadi berat tak boleh tekan minyak lebih dari 70km. Si tunang dia pulak asyik urut leher jer & mengeluh kereta macam berat semacam.
Lepas 10 minit sampai rumah tunang dia sms & cerita apa yang berlaku masa kat opis sekolah tadi. Dia kata dia nampak dari luar tingkap ada bayang2 asyik lalu lalang sebab tu dia suruh perempuan tu naik ke opis. Tunang dia tahu yang dia nampak something. Lagipun sekolah tu memang banyak berlaku kejadian mistik & ada orang pernah nampak benda benda pelik & seram & pernah berlaku pelajar di serang histeria.
Begitu la pengalaman seram yang di kongsikan.. Kita membaca mungkin tak mampu rasa takut seperti orang yang mengalaminya.. sebab tu kita boleh cakap. Aku ni setakat baca cerita2 seram.. memang tak ada feel. Macam aku la tengok filem seram.. kadang2 rasa nak marah sebab tak rasa seram langsung. Tapi aku tak harap la melalui pengalaman seram terserempak dengan apa2 makhluk tu hehehe...
Moral of the story.. jangan buang kain buruk merata rata. Tak pasal2 jadi saka ganggu orang lain. hehehe
boleh wat lawak lak last2 ye..hehe
ReplyDelete