AWAS! ADA PENGEDAR GUNA LOGO MESTI PADA PRODUK UBATAN MEREKA & CLAIM SEBAGAI PRODUK MAKANAN. INI SATU PENIPUAN
Dulu saya pun tertanya tanya juga menatang hapa logo Mesti ni.. Produk mesti beli ke camna? Nampak sangat la tahap pengetahuan masih level tadika katanya. Kerana keinginan nak tahu tu membuak buak.. berombak di dada bagaikan tsunami.. Tak boleh tahan tahan dah bila nafsu ingin tahun sampai di paras bahaya maka kita mengaji dengan en google la sekejab. Apa guna bayar bil internet kalau setakat nak baca blog copy paste gosip hiburan hahaha...
benda ni sangat penting untuk kita tahu sebab ia berkaitan keselamatan kita sebagai pengguna. Setiap pendaftaran KKM tu ada kategori dia.. Macam Notifikasi (NOT KKM) untuk produk kosmetik & kecantikkan.. MAL untuk produk ubatan & MESTI ni kena juga tahu untuk produk kategori mana.. Bukan main tempek je logo sesuka hati.. & nak dapat pengiktirafan setiap logo tu bukan setakat print pada packaging produk. Kena melalui pendaftaran di KKM mengikut terma & syarat..
Jadi jom la kita masuk tuisyen sat kat segmen khimat masyarakat lekatlekit untuk lebih memahami apa maksud di sebalik logo Mesti pada produk..
Logo mesti pada produk yang kategori makanan ni adalah membawa maksud
Skim Pensijilan “Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI)” adalah satu skim yang dijenamakan semula bagi menggantikan Skim Keselamatan Makanan 1Malaysia (SK1M). Skim Pensijilan MeSTI adalah merupakan hasil penambahbaikan dari SK1M bagi memudahkan enterpris makanan terutamanya pihak Enterpris Kecil dan Sederhana (EKS) untuk memenuhi keperluan-keperluan yang diperuntukkan dibawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009.
Melalui pensijilan MeSTI, pihak pengusaha makanan akan dibimbing bagi membangunkan dan melaksanakan program jaminan keselamatan makanan sebelum pensijilan diberikan. Di bawah program jaminan keselamatan makanan ini, pihak pengusaha perlu membangunkan satu sistem amalan yang terancang dan didokumentasikan beserta rekod-rekod kawalan. Antara elemen-elemen utama didalam program jaminan keselamatan makanan yang efektif adalah kawalan premis, kawalan operasi dan kebolehkesanan (traceability).
Nilai tambah lain yang terdapat di bawah Skim Pensijilan MeSTI ialah penilaian SME Competetive Rating Evaluation (SCORE) oleh SME Corp dan juga program bimbingan. Ia juga menjadi keperluan kepada pemasaran produk-produk makanan di Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M), COOP1M dan beberapa pasaraya-pasaraya besar. Skim ini juga diiktiraf oleh agensi-agensi kerajaan lain di mana ia menjadi keperluan kepada Penjenamaan 1Malaysia Best oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Pensijilan Halal Malaysia oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Agama Islam Negeri.
masyarakat kena lebih teliti bab ni
ReplyDelete