AKU TAK TAKUT PADA JIN KERANA AKU SEORANG IBU
(Boleh rujuk entri ni BILA MAKHLUK GHAIB IKUT KAMI BALIK RUMAH &
RUPANYA DAH LAMA AKU TINGGAL DENGAN JIN )
Semalam.. sehari selepas dapatkan rawatan di Al Qayyum.. lala dah tunjuk perubahan yang baik bila dia dah tak demam & dah ada selera untuk minum susu macam biasa. Siang semalam dia aktif & takde tunjuk apa2 perangai tak sihat atau pelik. Sampai malam dia tidur dalam pukul 11 & terjaga menangis menjerit2 dalam pukul 2 pagi. Waktu tu sungguh aku & asben memang panik. Tapi dalam hati aku sentiasa mencabar apa saja yang menganggu anak aku waktu ni untuk muncul depan aku. Macam pengamal perubatan Islam cakap anak aku terkena gangguan jin, aku memang cabar berapa banyak jin yang ada dalam rumah aku sekarang untuk muncul berdepan dengan aku. Sungguh perasaan takut takde langsung.
Seorang ibu ni boleh jadi apa saja untuk anak. Anak umpama kekuatan & sumber keberanian buat seorang ibu. Inilah kelebihan seorang ibu agaknya.. menjadi penenang ketika anak takut, merawat ketika sakit & boleh jadi apa saja untuk anak selagi dia mampu. sesungguhnya kemampuan seorang ibu itu seolah2 olah tiada batasan biarpun pada zahirnya dia tak terdaya tapi di hatinya sentiasa tetap ingin cuba yang terbaik untuk anak.
Bila di pilih menjadi seorang ibu aku lebih tahu perasaan mak aku selama membesarkan kami adik beradik. Mak even seorang yang garang tapi mak bagaikan perisai pada semua anak anaknya. Mak aku seorang yang berani & tak takut berdepan dengan apa atau sesiapa saja yang dia rasa mengancam diri dia & keluarga dia even kekuatan & kudrat wanitanya yang kecik molek tu tak seberapa.Mak aku memang seorang pelindung tak kira dari waktu dia galas tanggungjawab jaga adik adik dia sehinggalah dia menjadi seorang ibu pada 6 orang anak perempuan.
Sempena hari ibu biarpun aku menyambut dengan dugaan macam ni tapi aku tetap rasa syukur sebab aku di beri peluang menjadi seorang Ibu & masih mempunyai mak sehingga hari ni. Allah takkan menduga aku pada sesuatu perkara di luar kemampuan aku. Aku tetap yakin & percaya bahawa ujian ini hadir bersama kekuatan & ketabahan jadi Insya Allah aku akan terus usaha & doa yang terbaik. Buat Mak selamat hari Ibu.. Mak adalah kekuatan kami selamanya. Buat anak ku.. Mami takkan berputus asa untuk shahila even terpaksa korban apa saja yang mami ada. Jangan takut atau risau.. shahila akan mami lindungi selagi ada nyawa.
P/S : Jin jugak makhluk ciptaan Allah yang ada fungsinya di ciptakan. Jadi sebagai manusia & sebagai seorang yang beragama Islam kita harus percaya kewujudan makhluk ghaib namun elakkan dari taksub @ takut secara berlebih lebihan. Tiada kuasa yang mampu menandingi kuasa Allah.. maka mohonlah pertolongan kepada Allah.
betul tu dear, kalau iolss pun tak akan gentar dan takut demi anak...seorang ibu mampu menjadi apa sahaja demi anak2 mereka kann???
ReplyDeletemungkin sebelum ada anak kita takut jugak la.. tapi bila jadi perkara macam ni kat anak.. takde apa lebih menakutkan dari lihat anak sakit sebab tu rasa kalau nampak benda tu nak pijak2 je sampai lunyai
Deletebetullah kan cik lekit
ReplyDeletenaluri ibu ni lain, walau kita takut camne pun
kita berani sebab anak-anak
saya rasa syahdu pula bila cik lekit kata
Mami takkan berputus asa untuk shahila even terpaksa korban apa saja yang mami ada. Jangan takut atau risau.. shahila akan mami lindungi selagi ada nyawa.
semoga ALLAH permudahkan semua urusan cik lekit
naluri tu hadir secara semulajadi bila kita jadi ibu, kan?? Kita lebih takut jadi sesuatu yg buruk pada anak dari takut perkara lain selain Allah
Deleteyer betul tu....ibu mesti berani, kalau tak berani macam mana anak nak jadi berani.
ReplyDeleteberani tu sebab nak lindungi anak.. bila kita ada perasaan nak lindungi sesuatu yg kita sayang auto perasaan takut tu akan hilang
Deletetak tau nape saya baca entry nie bulu roma saya meremang. hurmmm
ReplyDeletemaybe baca & bayangkan benda tu kot... kekekeke
Deletelala sejak 3 mei aritu asal malam demam & suhu tinggi.. siang dia ok.
ReplyDeleteBetul tu akak. Kalau kite ade masalah ke ape ke. Mak jugak jadi tempat penenang hati ni.. Segala galanye mak.. Selamat hari Ibu kak.. Akak memg de best and ibu yg best :)
ReplyDeletesebab tu ibu adalah seorang pakar segala bidang
DeleteBerusaha sehabis boleh ... Berserah pada Yang Berkuasa ...
ReplyDeleteSalam Mami Lala..
ReplyDeletehuhu..tetiba rasa tacing plak mmbacanya..naluri seorg ibu kan :')
insyaallah abby, allah akan sentiasa melindungi abby sekeluarga dari anasir2 yg tidak elok..