ARTIS LELAKI YANG BERKAHWIN SAAT POPULARITI MEREKA DIPUNCAK

5/25/2015 10:11:00 AM suria lekatlekit 5 Comments

perkara biasa bila dah jadi retis kekadang yang dah ada makwe, tunang atau dah plan nak kawen tetiba tangguh, tetiba putus yang dah kahwin pun bila dah popular tetiba cerai. Dugaan menjadi orang popular katanya.. Di kelilingi dengan gegadis cantik, gebu, seksi & macam macam lah. Tapi masih ada artis lelaki yang tak tergugat kesetiaan mereka saat populariti mereka berada di puncak.

Sumber Google

Antara artis lelaki yang berkahwin ketika populariti mereka berada di puncak adalah.. Amar Ashyraf yang ketika tu populariti dia melonjak naik selepas berlakon drama Setia Hujung nyawa. Tengah2 dok hot & spicy tup tup dia umum nak kawen. Ada peminat yang rasa frust jugak tapi katanya kalau dah sayang & cinta.. dah sampai jodoh dia tetap akan kahwin.


Artis kedua.. Izzue Islam. sebab dia dengan isteri ni kenal sebelum dia jadi artis lagi. Masa dia masih kerja di kedai makan. Si Awin tu la banyak tolong & support sehingga dia berada di tempat yang dia ada sekarang. Dia pun kahwin ketika populariti dia berada di puncak. Perbezaan umur tak jadi penghalang.


Biarpun kedua2 retis ni muda muda belaka tapi tetap memilih berkahwin dengan pasangan yang depa kenal sebelum depa terkenal. Kita ni.. Follower banyak sikit pun mula lupa kawan dah.. gamaknya kalau jadi retis popular langsung hilang ingatan ke hapa tak tau la. hahahaha.

Bagi aku.. bila dia percaya rezeki tu dari Allah yang datang selepas kita berusaha & berdoa so takde apa yang perlu takut. Bukan macam si semawi dulu tu... Culture shock. Ingat orang yang bersama kita dari bawah tu la orang yang boleh bersama kita dalam susah senang. Orang yang nampak kita bila kita berada di puncak selalunya kalau kita jatuh dia mula berundur setapak demi setapak jauhkan diri.

Moral of the story... Jangan lupa diri. kekekeke



5 comments:

  1. izzue islam betul2 tengah hot ttba kawen kan..skng dah xbrp popular sgt dah...huhu

    ReplyDelete
  2. hahaha.. akk belum baca sampai perenggan bawah pun dah terlintas nama org yg lupa diri tuh

    ReplyDelete
  3. Oh... InsyaAllah kalau akak popular, akak tak lupa diri. Lupa kawan jauh sekali. Hahaha... Popular tang mana pun den tak tahu!

    Baguslah kalau dah berada di atas tapi tak lupa daratan. Ingat...the wheels on the bus go round and round. Kalau time roundnya turun kat paras bawah sekali, nangislah kena gelek *_*

    ReplyDelete
  4. Izzue mmg hot giler masa kawen tu. ramai yg tertonggeng2 kecewa kot masa dia kawen tu

    ReplyDelete
  5. Hehehehhe.. Semawi..adeh.. Gitu la resam dunia. Cewah.. Hehehe.

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com