Fenomena BE @ CPUV Campaign yang sedang melanda kebanyakkan blogger yang pasang banner nuffnang kat blog ni ada yang rasa pelik.. ada yang rasa tak pelik sebab macam tahu je puncanya. tak payah cakap punca kenapa & mengapa anggap jer rezeki dari Allah sudah. Lagipun kenapa & mengapa nuffnang tetiba bagi banyak BE pada blogger bukan sesuatu yang tak baik, tapi sangat la bagus. Bukan setakat bagi BE jer.. iklan dia pun kali ni takde aktif waktu orang tidur dah. Waktu siang pun pun banyak menari nari. Yang lepas tu lepas la.. Anggap je Nuffnang sedang menghargai blogger yang pasang banner depa kat blog.
Yang penting kita kena sedar blogger perlu ada komuniti yang di pimpin oleh seorang blogger yang berpengaruh supaya kalau ada penindasan apa2 dari pihak advertiser besar2 ni kita ada wakil boleh menyuarakan permasalahan kita. Faham faham je kan.. kalau blogger level2 aku ni sorang dua je berani kondem @ mempertikaikan syarikat besar, depa heran sangat ke?
Tak kisah kominiti blogger tu siapa pemimpin @ pengasas dia yang penting kita tahu dia mampu ketengahkan masalah kita supaya pihak yang cuba menindas tu terkesan bukan setakat pung pang pung pang jadi hero kat FB & blog tapi tak menyumbang apa2 pun dalam membantu menaikkan @ membela nasib blogger. Kena ada blogger yang boleh bagi kepentingan pada kita bukan setakat nak tumpang populariti je.
Kita bukan nak menjatuhkan mana2 pihak tapi sekadar nak tuntut keadilan untuk kita. Jangan ingat kita blogger biasa2 ni sesenang orang nak pijak kepala sebab takde orang backup. Sebab tu la pentingnya kita join komuniti blogger yang ada. Pilihan di tangan anda.. komuniti mana korang nak join, pastikan yang mampu memberi manafaat & kebaikkan bukan setakat pung pang pung pang berapi kat laman sosial tapi habuk pun takdak. Yang penting carilah pemimpin @ ketua yang adil & membela nasib blogger bukan guna blogger untuk kepentingan peribadi.
Entri ni tak berniat nak mengondem atau menjatuhkan sesiapa, sekadar pandangan peribadi aku seorang blogger biasa yang tak punya kemahsyuran apa - apa.
P/S : Tak semestinya kita join komuniti blogger ni kita kena keluar lepak minum2.. join gathering, pergi event bagai... Sesuatu yang asasnya dari dunia online semestinya bukan syarat utama untuk sertai komuniti mereka kena aktif di luar dunia maya jugak. Ikut kemampuan kita la.. macam den terus terang hanya mampu support secara online je setakat ni
13 Komen Melekat:
Alhamdulillah rezeki tu..
yg stand alone tapi boleh dpt ribu2 tu mmg hebat lah.saya ni kena berkomuniti gak kot.hehe
Yang dah berjaya tu paham2 je la.. nampak alone tapi ramai dah pengikut dia. Sokongan dah ramai.. kita yang kecik2 ni la.. di pertengahan selalu di pergunakan. Yang dah di puncak orang tak berani sangat nak pijak... yelah, berpengaruh la katakan. Kita ni sapa heran sangat. kan?? kekekekeke
baru terbeliak biji mata dapat banyak BE..nak kena sindir menyindir dengan bro otai..baru nak bagi BE banyak kat blogger picisan macam kita nie kan..selalu kalau hantar ticket,cam layan tk layan je..jawapan tetap sama..
saya ni sebab stand alone ke tak dapat macam orang lain?
ke memang bukan rezeki...hehe
salam suria. saja blogwalking sini. suka baca entri ni. apapun, apa yg awak tulis tu buka mata saya juga. :)
amboi..pesanana penaja tu panjang bebenau..
Trajedi oktober sangat.. tapi jangan dapat CPUV mandul dahla..hehe
untungla gne nuffnang...aku yang pakai innity nie, dapat sikit gle..
memang betul2 tragedi oktober
Jangan tarik balik plak yer En. Nuffnang ...
salam mami lala..
tu la.. pelik jugak..blog cma tu tak berapdet sekian lama, pastu tgk nuff ada 5..tadi tgk dah jadi 9..
harap2 nuffnang telus.
Org dpt nuffnang berderet kecoh satu dunia. Saya yg x pernah dpt ni x kecoh pun. Haha
Org dpt nuffnang berderet kecoh satu dunia. Saya yg x pernah dpt ni x kecoh pun. Haha
Post a Comment
KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini