LAGENDA SERAM 'HANTU MELATI' DI UITM SABAH
Dulu aku pernah selitkan kisah 'Melati' ni kat satu entri kompilasi kisah kisah seram di asrama kat Malaysia tapi aku just share secara ringkas je. Di sebabkan ramai yang masih tak tahu pasal kisah seram yang popular di UiTM sabah ni.. boleh la aku up balik kisah pasal hantu melati ni kan.. Kali ni kita cerita lebih detail sikit la nak pancing traffic katanya. Hahahaha.. pengakuan ikhlas seorang blogger
Melati ni menurut cerita mulut ke mulut adalah jelmaan roh seorang pelajar ITM(UiTM) yang mati membunuh diri dengan cara menggantungkan diri. Ada jugak yang kata dia potong urat nadi kat tangan.. Banyak versi cara melati bunuh diri ni.. Tapi tetap la dia mati sebab bunuh diri tak kira la gantung ke.. hiris tangan ke..
Selepas Melati ni matinya.. Dia menghantui pelajar pelajar kat situ. Dalam Islam kita dah di jelaskan bahawa roh orang mati takkan kembali ke dunia dalam apa bentuk pun termasuk jadi hantu. Jadi kena ingat yang menjelma konon roh orang yang dah mati adalah jelmaan jin & syaitan yang ingin menyesatkan manusia. walaupun di ceritakan yang menganggu budak2 asrama UiTM tu adalah roh melati yang bunuh diri.. Kita sebagai generasi baru ni hope ubah persepsi tu yer. Ingat tiada orang mati boleh menjelma jadi hantu atau apa2 sahaja sebab mereka dah terpisah dari alam dunia & takkan boleh kembali ke dunia dalam apa cara sekalipun.
Berbalik kepada cerita melati ni.. Hantu melati ni katanya akan menganggu pelajar kat situ time dekat nak exam. Mesti dia mati tak sempat nak ambil exam tu jeles tu... Ada dua block asrama perempuan yang katanya menjadi port melati nak buat kacau sampai histeria la budak2 asrama block tu. Sebab kejadian histeria tu asrama budak perempuan di pindahkan ke block lain & block yang berhantu di jadikan asrama lelaki. Almaklum la lelaki.. Maybe melati takde nak ganggu kot. Lelaki kan kuat hehehehe...Menurut bekas pelajar kat situ katanya ada 3 block termasuk 2 block berhantu tu tandas dia tak ada cermin. Almaklum la.. kalau tempat2 berpuaka ni orang memang tak letak cermin untuk mengelak dari ternampak kelibat atau bayangan yang menyeramkan dalam cermin. Sebab ada kejadian pelajar kat situ nampak bayangan perempuan melintasi depan cermin tapi bila di periksa tapi tiada sesiapa kat situ. Jadi untuk mengelakkan dari ternampak kelibat melati semua cermin di buka di 3 block tu. Apa ingat hantu tak suka bercermin ke?? hahahahaha
Menurut cerita.. katanya ada budak junior masa tu berlagak konon tak percaya dengan cerita melati ni. Siap loyar buruk lagi.. konon kalau jumpa melati nak minta nombor ekor.. sekali malam tu melati mengamuk... ada yang kena tampar.. ada yang katil bergegar terus insaf. Kau ingat melati tak tau ke main nombor ekor tu haram. Kan melati dah marah... hehehe..
Itulah antara kisah tentang hantu melati di UiTM sabah. Sekarang David teo dah adaptasi dalam filem bertajuk 'Dorm Melati'. Dalam filem tak tau la cerita hantu melati ni macam mana.. Kalau rasa confident best pi la tengok nanti yer... hehehehe.
wahh seram nak tengok nih
ReplyDeletemenarik ke layan ni
ReplyDeleteKisah seram macm ni aku minat
ReplyDeleteKisah katil begegar tu sy sendiri pernah melaluinya..18 tahun lepas.masa tu tahun 2001 dan sy br saja register as student.sy dan kwn2 tmptkan d blok C aras aras 2,bilik d bahagin tgh2.pd waktu malam selepas jer selesai aktiviti2 orientasi,kita org balik ke bilik masing2.setelah selesai bersihkan diri..mcm biasa ar nak tdor.cuaca masa tu nak hujan.tgh2 tidor..tiba2 dkejutkan dgn suara abg PM (senior).abg senior tu arah freshie untuk amik pakaian yg besidai..takut kena hujan.sy dgr dgn jelas suara abg senior tu.sy ngantok sgt..masa tu.penat orientasi kan.tp sy kuat kan bdn..bgn dri katil.kbtulan pintu bilik kita org ada ruang2 udara..so sy blh nmpk org lalu lalang kat luar.sy nmpk ramai org lalu lalang siap dgn hiruk pikuk suara menyuruh cpt amik pakaian..sbb hujan dh turun.so sy pn turun dri katil..trus menuju ke arah pintu.bila bukak pintu...x sapa2 pn d luar..masa tu.yg belari2 tu ntah ke mana.sunyi..sepi..kcuali suara hujan beserta kilat dan guruh.sy trus amik pakaian sy..dan sidai kat bilik..then sambung tidur.nak smbung tdr xdpt..sebab kilat sabung menyabung dan guruh sgt kuat bnyinya.mmng lain mcm bnyi guruh mlm tu.tiba2 selepas bunyi dentuman guruh yg sgt kuat..katil sy begegar..seoalah2 nak roboh.bgegar..hbs.mcm ada org melompat2 atas katil.sy trus ttp muka dgn selimut😂😂.tp yg peliknya..mmbr yg kat bawah..xsedar langsung dgn katil..yg bgegar tu.so d pendekan crita..kita org pn graduate.so..slps convo kita org kumpul blik semula dan bcrita..ttng masa mula2 masuk uitm..mengimbas kenangan..konon dan situlah terbongkar semuanya.
ReplyDeleteBerkaitan katil begegar kuat..kawan yg dok d katil bawah..x rasa pn katil tu begegar.sy jer rasa sendiri.
Pasal hal hiruk pikuk org kat luar bilik masa hujan..tu,roomate yg sorang ni..dia ada dgr suara2 tu..dan dia nmpk sy kluar bukak bilik.tp bila dia nmpk sy tecegat kat pintu..dan dia xdgr dah hiruk pikuk tu,dia ttp muka dia dgn selimut😂😂..dan dia xcrita hal ni pd sapa2 until la selepas convo.
Matilah aku ...21/7 ni aku masuk uitm sabah..takpelah demi knowledge..aq teruskan
ReplyDeleteUush
ReplyDelete