PENGAKUAN DARI PENGEDAR PRODUK YANG GUNA KHIDMAT BLOGGER

1/22/2015 10:33:00 AM suria lekatlekit 3 Comments

Zaman sekarang ni nak iklan atau promosi produk,service atau apa2 sahaja tak payah nak tempek2 poster kat bus stop.. tiang2 lampu.. pokok2 tepi jalan.. kedai2.. iklan kat tv, radio,suratkhabar majalah bagai dah.. Ada yang lagi mudah boleh buat nak2 lagi peniaga online ni. Salah satu guna khidmat blogger.. Tapi berbaloi ke bayar blogger untuk review/ promosi ni? Betul ke berkesan? Boleh caya ke? Ramai ke orang refer dari blog? Kalau nak tahu.. teruskan membaca

Sumber google

Ada orang was was nak keluar budget untuk bayar blogger review/promosi produk dorang takut tak capai target. Sebenarnya ia bergantung pada modal yang korang peruntukkan untuk bayar blogger. Kalau banyak.. Insya Allah hasilnya banyak. Nak meniaga kena la berani ambil risiko sebab dalam hidup ni takde benda yang takde risiko. Nak suap nasi ke mulut pun ada risiko.. Inikan pula berniaga.

Baru2 ni aku ada tolong sorang kawan untuk arrange promosi produk dia. Memula dia just whatsapp aku tanya pasal bayaran yang aku kenakan untuk review kat blog tapi aku cadangkan dia untuk keluar budget banyak sikit & ambil ramai blogger untuk review produk tu supaya jadi viral. Budget dia tak besar la sangat.. Kira dalam kemampuan lagi la even peniaga kecik2 pun masih mampu bayar. Yelah.. dia pun baru nak meniaga kan. Jangan risau tak semua blogger demand. Masih ada blogger yang terima job kecik2 ni. Even bukan blogger tahap retis pun.. Kalau ramai bercakap tentang sesatu produk tu.. Boleh mempengaruhi jugak orang lain untuk mencuba. Jangan salah sangka.. Kebanyakkan review blogger tak menipu sebab kami guna dulu produk tu untuk share testimoni dalam review yang kami buat. Sebab tu penting untuk pengedar produk bagi free produk pada blogger untuk di cuba.

Alhamdulillah hasil dari review & promosi yang di buat oleh blogger.. katanya dapat feedback yang bagus tentang produk dia. Ni pengakuan ikhlas dari pengedar tu..

Pengedar ni cuma ambil 10 blogger untuk buat review di blog & FB masing2 dengan budget yang di dalam kemampuan la. Sambutan dia tak mengecewakan.. 

So, jangan memperkecilkan kemampuan blogger even blogger yang biasa2 macam aku ni. Jangan kedekut untuk keluar budget kalau nak untung. Keuntungan dia bukan dari segi penjualan je.. Tapi bila seseorang blogger menulis tentang produk korang, produk korang dah ada dalam carian google. Bila orang nak cari info tentang produk korang, kalau banyak blogger yang review, maka banyaklah rujukan dari carian google. Nampak macam takde apa2.. tapi kalau korang pun nak beli sesatu produk, korang google ramai yang tulis pasal produk tu kat blog dengan testimoni yang bagus, korang pun tak was was sangat nak beli kan? Salah satu kebaikkan & keistimewaan yang korang dapat bila guna khidmat blogger untuk review/promosi produk korang. Dan paling penting korang bayar sekali tapi review tu kekal sampai bila2 di blog selagi blog tu masih wujud.

Jadi kalau rasa nak guna khidmat blogger untuk promosi produk korang silakan.. Pilih nak blogger level mana. Semua ada. Bergantung pada budget masing2.. Budget besar boleh guna khidmat blogger popular.. Kalau nak guna ramai blogger budget biasa2 jer boleh je cari blogger2 level2 aku ni. Pilihan di tangan anda. Tepuk dada tanya poket.. kekekeke

P/S : kalau minat nak review kat blog melekit pun boleh.. meh la risik2. Boleh PM kat Fb Suria Lekatlekit

3 comments:

  1. Hahaha... tak merasalah akak nak buat review dah muka esklusif sangat, kena ban dari blog sendiri :) Budget kecil, kita buatlah kecil-kecilan. Budget besar, kita tempah promosi dengan blogger jutawan. Ya tak? Suami akak barulah nak start promosi satu benda ni, memang of course takda kat Malaysia sebab didatangkan khas dari nun jauh sana. HD suruh akak promote dalam blog, akak selamba badak je kata tak reti nak promote-promote ni sebab akak suka meroyan ler. So dia suruh akak pi contact segala geng alam maya yang ada dok tanya nak letak banner jerk. Hahaha.....

    ReplyDelete
  2. betul tu..setuju..cari kat google..keluarlah maklumat

    ReplyDelete
  3. Kalau macam kathy ni takde sape sudi nak minta tlg reviewkan produk mereka .. Maklumla..hehehe..

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com