KL SEMPIT

5/01/2011 05:55:00 PM suria lekatlekit 12 Comments

Semalam Sang Lekit sempat pergi tengok teater KL sempit di panggung teater DBKL. wah memang penuh panggung. Yang tak best semua seat2 depan di booking. Tak tau pulak boleh booking, mungkin individu tertentu je kot boleh book seat. Macam geng2 dari mereka2 yang terlibat dalam teater pastu ada book dari budak2 sekolah mana entah yang pasti area - area KL. walau terpacak awal depan pintu panggung pun still tak dapat seat depan. Amatlah mengecewakan sebab Sang Lekit memang tak suka duduk belakang kalau tengok teater.

Apapun teater KL sempit ni memang tidak mengecewakan. Selain sarat dengan mesej & adengan - adengan & dialog komedi dalam teater tu memang menjadi. Tak sangka Dj Pool (KLFM, wataknya sebagai Shahdan) memang berbakat jadi pelakon komedi.Antara pelakon2 lain seperti Raja Azrey,(Alim) Izwan Pilus(Cikgu epy),Maya (matahari(Nurain), Ieda Moin(Lela),Dato Jalaluddin Hassan(Pak Mat) yang biasa kita tengok kat tv. Lagu - lagu yang di miming dalam teater tu memang sangat2 menghiburkan sebab kelakar sangat macam lagu Kekanda Adinda (Ieda Moin & dj Pool), Kasihnya Laila (Raja Azrey) & yang paling kelakar lagu Kalau berpacaran watak orang alim miming sambil menari. Apa tak kelakarnya berjubah, sarban bagai tapi kemain dia terkinja - kinja.

Teater ni mengisahkan golongan berpendapatan rendah yang tinggal di KL. Sekejab lagi Sang Lekit share sinopsis yang di copy paste jer berserta gambar - gambar yang sempat sang lekit snap dari jauh. Kualiti kurang bagus sebab camera cap ayam pencen jer... Bukan DSLR bagai tu. Dah tu terpaksa di zoom pula. Nak masukkan dalam blog kena pula compress bagi kecik sikit size. Boleh la setakat untuk hiburan mata kan??

Jom baca sinopsis & layan2 sebahagian gambar2 semasa pementasan berlangsung


Kesempitan hidup manusia di muka bumi ini, bukan saja terarah kepada mereka yang menjadi pengemis, peminta sedekah atau sebaginya.. Tapi sempitnya hidup seseorang itu dapat di rasai apabila masing-masing tidak mampu mengubah gaya hidup atau kehendak naluri yang sangat tinggi . Inilah yang berlaku tentang kisah dan ragam di sebuah kawasan perumahan di hujung bandar, di mana 3 sekawan iaitu Alim, Shahdan dan Epy yang tinggal bersama dan mempunyai kerjaya masing-masing demi meneruskan hidup di tengah-tengah kota metropolitan bandaraya Kuala Lumpur. Kehidupan mereka ini pada luarannya nampak senang, namun di sebaliknya mereka sebenarnya sama seperti mereka-mereka yang boleh di katakan, kais pagi makan pagi, kais petang malam baru makan. Gaji yang di terima sentiasa tidak mencukupi kerana masing-masing mempunyai tanggungjawab yang sangat besar terhadap keluarga di kampung dan juga kos sara hidup yang tinggi di Kuala Lumpur. Namun begitu ianya tidak berlaku kepada Epy seorang guru sekolah yang sangat berdisiplin dalam menguruskan kehidupannya. Konflik mula timbul apabila Alim yang selama ini merahsiakan segala masalah peribadinya bertambah tertekan apabila bekas isterinya Nur ain menyewa betul-betul di belakang rumahnya. Ini secara tidak langsung telah membongkar segala kekusutan rumahtangga Alim dan Nur ain selama ini, tambahan pula Nur ain membawa anak mereka Nani tinggal bersama, dalam pada itu juga pelbagai ragam dan masalah lain timbul di taman perumahan yang brkait rapat tentang karier dan kerja masing-masing. Bersempena Hari Pekerja yang jatuh pada 1 Mei , berlaku satu lagi kejadian yang menyatukan semula mereka yang mempunyai masalah di taman tersebut terutamanya hubungan Alim dan bekas isterinya Nur ain.















12 comments:

  1. mcm best je tgk teater..hehehe
    kena cuba nih..:)

    ReplyDelete
  2. tak pernah tengok teater.. tapi pernah berlakon ala-ala teater mase skulah dulu.. best gak... hehehe...

    ReplyDelete
  3. best lak cerita ni...
    waaaaaa...
    nk tgk gak lah nnti...
    kau ada DSLR lakk..
    jeles disini haha

    ReplyDelete
  4. ade dgr pasal teater nie kat radio smlm.. mcm nk tgk sbb smlm last show kan?? tp x berkesempatan lak..uhuhu..

    dgr tajuk pon dah rasa mcm teater komedi!heheheh

    ReplyDelete
  5. kuala lumpur, kota derita.. kota bahagia... beruntunglah sesiapa yang bijak menuai laba dari kuala lumpur...

    dah lama tak tengok teate secara langsung... mesti satu pengalaman yang menarikkan?

    ReplyDelete
  6. MEMANG TEATER YANG MANTAP..
    AKU TENGOK 2 KALI,
    HARI PERTAMA YANG KETIGA...
    DUA2 KALI DUDUK DEPAN....

    UNTUK PENGETAHUAN LEKIT, ROW KEDUA DARI DEPAN (ROW B) MEMANG SELALU KOSONG. ADE ISI PUN 3-4 ORANG.
    MEMANG FROM GREATES VIEW LA SEAT TUH.

    LAGI SATU, ADA PERBEZAAN ANTARA MALAM PERTAMA DAN KETIGA.
    -MALAM PERTAMA TIDAK ADA BABAK NYANYIAN SHAHDAN DAN LELA (KANDA DINDA), TERMASUK LAGU USTAZ(KALAU BERPACARAN). TIDAK ADA BABAK 2 BAPOK NAK 'TRY' SHAHDAN...

    APAPUN MMG TABIK SPRING PADA DATO' JALALUDIN HASSAN. PRACTICE SO HARD SAMPAI HILANG SUARA. TAPI DIE TETAP TERUSKAN... SUNGGUH PROFESSIONAL. WALUPUN AKU DAPAT RASE, TIAP KALI DIE TERAN SUARA, TENTU PERIT TEKAK DIE.. SYABAS DATUK!

    APAPUN, KL SEMPIT MMG MANTOOP!

    ReplyDelete
  7. saya pon gi tengok jugak.. last day. memang best teater ni.. mesej yang jelas..

    ReplyDelete
  8. jom tengok ulasan saya pulak..
    http://adaapadgnaidadewie.blogspot.com/2011/05/teater-kl-sempit-memang-best.html

    ReplyDelete
  9. Terima kasih kepada mereka yang menonton KL SEMPIT!!..terima kasih sgt2..kepada yang datang 2kali atau 3kali tu..sangat2 di hargai..terima kasih sgt2!..:)

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com