JANGAN TANAM KUCING MATI NANTI KENA PANAH PETIR

5/16/2011 02:57:00 PM suria lekatlekit 28 Comments

Terkejut kan baca tajuk entri ni?? Sang Lekit mula - mula terkejut juga bila ada seorang pengomen yang komen di entri sang lekit yang bertajuk GAMBAR KUCING DI KAFANKAN SEBELUM DI TANAM yang kata ada orang cakap kalau kucing mati tak elok di tanam nanti kena panah petir. Sebaiknya di hanyutkan saja ke sungai. Lepas tu Di Fb pun bila sang lekit upload gambar kucing di kafankan tu bagi komen yang sama. Masalahnya betul ker??

Inilah gambar yang di maksudkan

Kenyataan itu sama sekali tidak berasas apatah lagi sang lekit nak anggap ia relevan di guna pakai tak kira zaman dulu atau zaman sekarang. Buktinya cukup kukuh bahawa kepercayaan itu karut semata mata sebab sang lekit kat kampung memang banyak kucing dari kecil sampai la sekarang. Dah tak terkira banyak yang mati & di tanam kat kawasan rumah. Sekali pun rumah sang lekit tak pernah kena petir. Tapi kenapa timbul kepercayaan mengarut ni?? Jom kita kupas kupis isu ni.

Kepercayaan ni asalnya di reka oleh orang dulu - dulu sebab orang dulu - dulu memang cukup handal mereka cerita dengan alasannya sekali tanpa memberitahu sebab sebenar semata - mata nak elakkan anak - anak kecil, anak - anak muda melakukan perkara tersebut yang mendatangkan keburukkan. Contoh kita ambil dogeng pasal pakai inai siang hari. Kalau orang tua2 dulu cakap pakai inai siang - siang nanti inai tu tak merah sebab ayam tengok walhal sebenarnya kalau anak2 dara pakai inai siang2 hari macam mana la dorang nak buat kerja rumah, kan?? Itulah alasan & sebab musabab sebenarnya tapi punca sebenar telah di ubahsuai dengan mitos2 yang menakutkan agar perbuatan tersebut dapat di elakkan.

Berbalik isu pasal tanam kucing kat kawasan rumah akan menyebabkan rumah di panah petir ni, cuba korang fikir di mana datangnya kepercayaan mengarut ni & apa alasannya kepercayaan mengarut ni tercipta?? Pada pendapat melekit la kan... Mungkin kepercayaan timbul sebab orang dulu - dulu kan banyak tinggal kawasan yang masih belum membangun. Ada hutan berhampiran kawasan rumah, jadi banyaklah binatang liar pemakan bangkai ni. Untuk mengelakkan binatang liar datang ke kawasan rumah sejurusnya mengoret bangkai yang di tanam mereka mengambil keputusan untuk membuang atau menghayutkan saja bangkai haiwan tersebut ke sungai. Kalau haiwan yang tak manja mungkin tak jadi masalah tapi haiwan peliharaan dalam rumah selalunya memang amat di sayangi jadi bila dah mati rasa tak sampai hati nak hanyutkan kat sungai. Rasa biarlah matinya bertanda untuk jadi kenangan. Orang tua - tua dulu2 memang kreatif sebab tu la di reka cerita macam ni seterusnya menjadi kepercayaan anak cucu cicit mereka sampai hari ni. Nak - nak lagi kalau ada kes yang kebetulan jadi macam cerita yang di reka, makin percaya orang dengan kepercayaan karut macam ni.

Haruskah kita yang berakal & makin maju & moden ni percaya dengan perkara2 macam tu sedangkan banyak sumber rujukan yang boleh kita cari untuk mengetahui kesahihan perkara tersebut. Lagipun dalam Al-Quran pun takde sebut kot (Maaf la sang lekit cetek sikit ilmu). Tapi kalau guna logik akal pun dah jelas memang merepek. Apa kaitan bangkai haiwan dengan petir?? Korang sendiri fikir la la yer.. Apapun yang karut marut ni kalau percaya lebih - lebih kang jadi khurafat pula. Sebelum memutuskan sesuatu perkara untuk di ikuti sila la kaji sahih & logik dulu. Setiap kejadian pasti ada alasannya. Inilah masa kita menggunakan akal & simpan kepala lutut untuk di gunakan pada tempat yang sepatutnya.

28 comments:

  1. jangan percaya benda yang sangat karut....

    mana lebih elok ditanam atau dihanyutkan?...

    ReplyDelete
  2. betul ke kena panah petir?....dari yana kecil sampai skrg nie yana tanam gak bila kucing yana mati....tapi takdelah di kafan mcm gmbr kat atas tu..alhamdulilah tak de apa2 yang berlaku.

    ReplyDelete
  3. aih.. macam2 la skrg ni kan akak.

    ReplyDelete
  4. jgn pecaya la...cik siti tanam kucing siti yg mati tak da jadi apa2 pn....kalau hanyutkan kat sungai, tak elokla....nnt org yang mandi or jadikan sungai tuu sbg sumber air dapat penyakit.......mengarut la semua tuu

    ReplyDelete
  5. menarik2..karut je..x elok pcaye bnde2 cm tu..hehe

    ReplyDelete
  6. memang xde kaitan langsung! huhuhu.... tkut bila percaya cam tu jdi syirik khafi...

    ReplyDelete
  7. baru tahu boleh kena panah petir kalau tanam kucing mati. selama ni, kalau kucing mati, mmg akan tanam je.

    macam2 mitos ada. jangan nyanyi kat dapur masa masak, nanti kawen ngan orang tua. dahsyat.. =P

    ReplyDelete
  8. Mengarut lah, tak pernah plak dgr tanam kucing kena panah petir ☺☺☺. Biasalah tu, org dulu² byk pantang. Takkan lan nak hanyutkan kucing yg dah mati, kesian plak.

    Too Much Water Is Not Good

    BLOGSPOT buat BLOGGER Merajuk

    ReplyDelete
  9. mengaruuuuuuuuuuuuuuuuuuut sangat dedek niiiii... >.<

    ReplyDelete
  10. btol ~ guna kn akal sepenuh yer.. :D

    ReplyDelete
  11. aah,kite percaya sgt lah dgn mitos2 tu.padahal dorg mereka cite je.mcm org dulu ckp.jgn biar pnggan makan kering sbb takut mak metua tak syg,padahal sbb nt susah nk basuh.

    rara pun sllu je tanam kucing mati.tak de pape pon.

    ReplyDelete
  12. hehehe thumbs up!!!.. cayalah... akhirnya terbongkar jugak kenapa org tua ckp tanam kucing nanti kene petir.. baru terpikir binatang datang nak korek bangkai.. hehehehe

    ReplyDelete
  13. ish2, try la buat..
    hehhe
    btw: pic lawak + cute =] =]

    ReplyDelete
  14. waaa~lame gile tak tgk kak lekit2 nih ... huk

    betol... mcm pelik lah kalau skrg pon org percaya benda2 camtu .. karut je ... huu

    ReplyDelete
  15. biasa lah,,
    sengaja nak menakut-nakutkan ja,,
    tetapi pasti ada sesuatu yg tersirat dalm setiap mitos !

    ReplyDelete
  16. Pernah dengar mitos ni, tp alhamdulillah belum pernah kena lagi...hehehe...

    ReplyDelete
  17. aku tanam je..tak sampai hati tengok terbiar macam tu

    ReplyDelete
  18. aiisshh..nape la diorang xleh nak fikir dulu relevan ker x bnda 2..bnda karut mcm ni sng jer nak caya..bukan nak periksa dulu betul ke x...

    ReplyDelete
  19. hehe...
    ade ke mcm tu??
    erkk..penin...~@~@`

    ReplyDelete
  20. betul ker?? tao pon tak tau sgt iye bebeno ker?? ce citer ce citer...huhu

    taotauajer~

    ReplyDelete
  21. tengok komen diatas terlalu banyak yg kutuk kepercayaan karut..itu bukan kepercayaan karut..itu namanya petua..bak kata lekit, mungkin ada alasannya..jadi kita yang dah moden ni pkir la yang mana baik..jgn terlalu menuding jari. Tiada yang lama maka tiada la yang baru macam kita ni. dulu, ilmu cetek..agak-gak berapa tahun..baru muncul BLOG kan..walaupun petua berlambak..namun, pejuang negara kita berusaha juga ke luar negara untuk mencari kemerdekaan..dan samapi sekarang kita kecapinya.

    cari alasan dari kata tu salah ini salah..salah tetap salah..tapi mengapa perkara itu boleh ditimbulkan.

    ok lah tu dia kata nanti kena petir..kalau belah akak, siap cakap nanti ada jin tanah jadi dari bangkai kucing tu..ha..lagi dasat kan..tu baru karut!!!

    ReplyDelete
  22. hahhahha mitos semata2 nih...sungguh lawak..tp pic kucing tu cute

    ReplyDelete
  23. aku tanam bawah pokok rambutan.. tahun depan rambutan tu subur..

    ReplyDelete
  24. pinjam ini link untuk entri saya yang terbaru..hehe..

    ikhlas admin Komuniti blogger sempoi~

    ReplyDelete
  25. Jadi yang elok tana atau Biarlah saja? Kalau boleh tolong bagi hadith dalam Al Quran please.

    ReplyDelete
  26. Kata-kata ayah membawaku ke sini . Huhu. Koko II baru mati :'(. Alhamdulillah nasib baik kami tanam

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com