ISU VIDEO PARODY YUNA & USHER TAK NAMPAK UNSUR MENGHINA PUN

8/05/2016 08:03:00 PM suria lekatlekit 10 Comments

ISU VIDEO PARODY YUNA & USHER TAK NAMPAK UNSUR MENGHINA PUN. Sebelum ni dok baca isu video parody yang di lakokan dua pelawak Malaysia Jihan & Syuk yang di tuduh Yuna sebagai menghina artis antarabangsa & merangkap rakan duet dia, Usher. Mula2 aku tak berapa excited sangat la nak tengok.. Selalunya macam tu la aku. Mula2 macam malas nak layan tapi bila asyik lalu je entri2 dari blog gosip pasal isu video parody tu aku pun clik jugak la nak tengok sejauh mana Usher di hina dalam video tu. Yelah.. baca statement Yuna macam mengambarkan perbuatan pelawak tu sangat serius sampai mampu memusnahkan karier seni dia di US. Almaklum la bukan senang retis Malaysia nak bina nama kat sana kan...

Sumber OHBulan

Sebelum tengok dok bayang mesti melampau gila lakonan Syuk & Jihan ni. Kalau tak mustahil la Yuna marah giler kat video tu. Lepas tengok video tu... Alahai.. takkan sensitif beno orang US sampai video macam ni pun depa nak touching & anggap satu bentuk penghinaan & racist. Aku ingat orang US ni lebih terbuka & sporting sebab tengok cara hidup depa memang open giler. Kalau tengok rancangan prank depa pun rasa boleh tahan gurau kasar. Kalau orang Malaysia ni mungkin pelakon aksi prank tu kena makan penyepak jugak sebab orang Malaysia ni kan sensitif.  Takkan la sebab video parody yang di tayangkan dalam rancangan Meletop kat Astro tu orang US nak merajuk terus sampai tak terima Yuna untuk menyanyi kat sana.


Dia gelapkan muka dalam video tu sebab nak mengambarkan watak Usher jer. Serious aku tak nampak benda tu macam racist & menghina sangat la. Usher kan lelaki berkulit hitam. Tapi tang jihan pakai turban tu aku rasa lawak kasar jugak la. Turban dia bonjol kat depan kepala tu nampak macam menganjing style Yuna jugak la. Tapi pelik tang turban tu Yuna tak kisah pulak.. Yang dia lebih kesah pasal takut Usher kecik hati & merajuk taknak kawan dengan dia lagi. Hahahahaha

Boleh tonton video parody tu kat sini & korang nilaikan la sendiri. Bagi aku video ni tak ada apa yang menghina sangat pun. Cuma mungkin sebab melibatkan kontroversi isu peluk tu buat Yuna jadi sedikit sensitif & merasakan parody ni satu isu yang serius. -maaf video dah kena remove -

Aku rasa la.. Isu ni Yuna terlebih touching mungkin sebab kontroversi pasal usher peluk dia & di kecam oleh orang Malaysia. So, mungkin emosi dia belum stabil pasal isu tu.. tup tup keluar video parody yang dia rasa macam nak menganjingkan dia maka dia gunakan alasan Usher untuk melempiaskan perasaan marah dia pada orang Malaysia. Sabar Yuna.. tarik nafas & hembus. Sepatutnya tak perlu jadi isu tapi dah Yuna mengangkat dia sebagai isu besar maka terjadi lah lagi isu melibatkan Yuna.

Moral of the story kalau rasa tak tahan dengan kritikan & kecaman jangan jadi retis.. Sebab dunia retis ni memang kena bersedia hadap benda2 macam tu. Kalau rasa jiwa tak kental Pergi jadi Atlit macam depa ni >> Inilah Atlit Wanita Yang Ramai Orang Tak Sabar Nak Tengok Beraksi Di Sukan Olimpik. Sapa Kata Atlit Wanita Tak lawa << Atlit sukan pun sekarang boleh jadi selebriti apa. Tapi kurang la sikit kena kecam atau jadi kontroversi katanya. hehehehehe

10 comments:

  1. takde isu pun kak..yuna saje yang lebih2..

    ReplyDelete
  2. Cuba Google apa maksud black face untuk diorang. Memang boleh jd issue pun. Sblm buat parody, research dulu. Research out of the box, bukan dlm tempurung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha.. sensitip nor kipas susah mati Yuna ni.. Usher pun tak ambik pot parody ada orang lain tolong touching lebih2..

      Delete
  3. Haha yuna tu igt dia popular sgt kot, smpai usher ada masa pulak nak tengok video parody dari meletop tu 😂

    ReplyDelete
  4. Yuna je tacing lbh..sibuk kisahkan perasaan matsaleh hitam tu..tp pasal hubungan dgn Allah diaxnak plak amik kisah..bajet Sgt ko Yuna oiii..xpnh minat dia pon.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita tak boleh persoalkan hubungan dia dengan Allah. Tu antara dia dengan Allah so dia lebih tau nak buat apa. Yang kita boleh buat,kita doakan dia supaya sentiasa dirahmati & diberkati,ditetapkan iman,dimurahkan rezekinya. :-)

      Delete
  5. Kalau la ada org hina Islam atau hina melayu, gelabah tetek korang. Bila menghina bangsa Lain, okay pulak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang gelebah tetek tu awak.. sebab tu isu yuna ni pun awak nampak mengelabah tetek jugak walaupun isu ni sebenarnya kecik jer.. kesian tetek awak hehehehe

      Delete
    2. Cuba baca kisah nabi. Sedangkan Nabi Muhammad pun menghormati Bilal walaupun kulitnya hitam. Inikan pula kita hamba Allah yang hina. Walaupun berlainan agama,kita perlu hormat orang supaya orang pun akan hormat kita. :-)

      Delete
  6. Memangla dia risau.. Sbb carrier dia bole terjejas.. Yg blum pernah alami memang la snng ja ckp2 org lain, cuba klau kw kena mustahil la duduk diam ja kn..n kenapa muka usher dlm video tu dihodohkn? Klau korang kena buat gitu ofcos la marah.. Parody2 jga tpi kena ada batas nya sbb ini parody yg mengaitkn sesorang yg popular. (T⌓T)(T⌓T)

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com