PUNCA ARTIS HILANG SERI PENGANTIN
Tadi tertengok la Gambar gambar Nad Zainal dalam busana hari menikah dia. Alhamdulillah.. selamat pun dia jadi bini orang. Tahniah nad zainal. Tetap cantik macam biasa dok tengok dalam TV cuma tu la.. Aku tengok muka dia dalam gambar hari pernikahan dia dengan biasa dok tengok dalam TV sama je. Cantik tetap cantik tapi dah biasa tengok sangat muka dia macam tu.. Sekadar cantik takde beza dia dalam TV atau masa dia nikah hari ni.
Kalau dah comel.. menangis pun nampak comel jugak. Untung orang comel ni kan. Jeles I hahaha |
Mungkin orang kata seri pengantin tu kurang sebab depa ni (golongan retis) dah biasa di makeup cantik2 & orang sentiasa tengok depa dalam rupa solekkan macam tu jadi tak ada apa yang Wow sangat la. Normally kita orang2 biasa ni kan.. Hari penting macam tu la nak menyerlah sikit kecantikkan dari hasil solekkan tapi bagi artis.. memang sentiasa nampak cantik bila di kaca TV. Nak2 biasa dok berlakon babak bersanding bagai. Drama atau filem sekarang kalau adegan kahwin & bersanding ni memang real punya depa makeup pengantin tu. Sekali sekala jer kot pegang watak comot.. Time tu la nampak belemoih (comot) sikit. Mungkin tu salah satu faktor jugak la bila retis ni kahwin, di makeup cantik pun tak berapa nampak seri yang orang akan nampak lain sangat dia pada hari tu.
Tapi bukan semua.. Ada jugak retis yang walau kita biasa tengok muka dia dengan makeup.. Tapi bila kahwin naik seri pengantin dia tu. Tak tau la apa sebab mungkin andam yang makeup tu ada ayat2 tertentu dia amalkan untuk naikkan seri pengantin. Tak mustahil.. Sebab memang ada andam yang amalkan ayat2 penaik seri wajah bila make up kan pengantin.
Tapi takpe Nad Zainal walau pada pandangan mata aku gambar dia nampak sama je dia dengan hari2 biasa aku nampak kat TV tapi tetap comel. Yelah.. retis mana tak cantik. Depa pakai produk semua branded tak main la produk produk macam ni >> AMARAN: Sesiapa pernah atau bakal beli benda-benda ni, korang wajib tahu perkara bahaya ni! << So, dari sudut mana pun tetap la cantik. Jadi korang nak cantik sila guna produk yang selamat & sah. hehehe
Moral of the story.. Nad Zainal tetap comel. Peace Yo! -sumber gambar Beautifulnara -
P/S : Ni cuma pandangan mata aku hokay tak mewakili biji mata sesiapa. Ia juga tidak merujuk hanya kepada Nad Zainal malah kebanyakkan retis aku nampak macam tu. hehehe
kecik comel je nad zainal ni... hehe
ReplyDelete