BAJU KURUNG PESAK POKET TEPI BANYAK KELEBIHANNYA
Sumber google |
Sampai saat ni aku masih suka baju kurung pesak dengan poket tepi even dah tak banyak baju aku ada poket tepi sebab tailor sekarang kalau tak pesan dia tak buat poket tepi tu. Baju budak jer dia buat.. baju2 mak budak sekarang depa dah tak rasa satu keperluan kot nak buat sedangkan masih ada mak budak yang suka baju kurung pesak ada poket.
Kelebihan baju kurung pesak ada poket ni.. selain baju dia yang tak ikut bentuk badan & boleh sorokkan perut bila makan banyak, almaklum la raya, kalau di tambah poket kat tepi banyak kelebihannya... nak letak sampul duit raya senang.. nak letak enpon pun boleh.. kalau sumbat dalam handbag ni kekadang pepaham je la handbag pompuan yang macam guardian @ watson ni.. sekali nak cari barang jenuh nak teroka. At least ada poket tepi yang mana kita nak guna selalu tu boleh letak macam enpon..
Sebab tu aku suka baju raya aku hanya fesyen kurung pesak & kalau boleh ada poket tepi. Lagi satu sesuai di pakai bukan je semua lapisan umur tapi jugak size badan. Dari sekeding2 manusia, sehinggalah segempal2 insan. Aku tak rasa pun macam tak up to date pakai baju macam tu sebab bagi aku.. baju kurung pesak ni evergreen.. sentiasa di pakai sepanjang zaman. Fesyen2 lain kita boleh tengok bermusim tapi tidak kurung pesak, kan??Jadi kurung pesak ni adalah pilihan terbaik sebab kita boleh pakai sentiasa tanpa perlu fikir fesyen tu dah out of date. Betul tak??
P/S : Jom kita kembalikan trend baju kurung pesak poket tepi.
Tak pandai pulak baju2 kurung ni. Haha. Hidup baju kurung pesak!! haha
ReplyDeletesetuju semua yg pn tulis. Semua baju kurung saya pun berpessk dan berpoket tepi. kdg2 siap minta tailor wat poket pada kain susun. sangat byk manfaatnya. kdg2 bila saya ke passr dsb saya x bwk pun handbag...hznya sumbat enpon n dompet dlm poket..rasa lbh selamat. kunci kereta pun blh sumbat gak...ala poket doraemon lah...hshe.
ReplyDeletemasa kecik2 dulu pakai baju pesak poket ni... sekarang kosong je... hihi
ReplyDeletesaya memang suka baju pesak dan berpoket tepi :)
ReplyDeletebetul3... usben sy mmg suka sy pakai baju kurung pesak dr yg modern. lg anggun katanya. poket memudahkan kita sebenarnya...
ReplyDeletebaju kurung pesak tang tenggelam dek zaman
ReplyDeletebaju kurung pesak tu camne?
ReplyDeletenaif sungguh ni
saya tahu baju kurung aje =)
baju kurung saya wajib ada poket. tak lengkap rasanya kalau tak ada poket.
ReplyDelete