CUCU NAKAL 4 TAHUN BAKAR RUMAH NENEK
Tu lah nenek @ tok.. Sayangnya mereka pada cucu tiada tandingan. Tapi tok & nenek2 zaman sekarang sebab mungkin sibuk dengan kerjaya atau urusan peribadi mungkin masa dengan cucu tu kurang rapat. Mesra pun mungkin segelintir tak semesra nenek2 zaman dulu yang sentiasa menghiburkan dengan cerita dogeng rakyat. Nenek sekarang mana ada nak cerita dogeng rakyat dah.. Sibuk bersosial di laman sosial katanya.
Sebab tu zaman sekarang tak banyak nenek yang macam ni dah >> Yang Kita Mungkin Tak Dapat Lagi dari Nenek Zaman Sekarang << Bila baca artikel ni confirm korang akan mengalirkan airmata teringat nenek masing2 bagi yang sempat ada memori dengan nenek la. aku pun sebelah ayah je sempat merasa kasih sayang tok ni.. Sebelah mak aku sebab tok aku dari mak aku kecik2 lagi dah meninggal. Kira seimbang la sebelah Ayah cuma sempat kenal tok.. sebelah Mak sempat jugak sampai tingkatan 2 dengan tokwan.
Apapun.. Biarpun atuk & nenek kita mungkin dah lama pulang ke pangkuan Ilahi namun kenangan dengan mereka adalah sesuatu yang mungkin akan buat kita rindu sepanjang hidup. Kasihnya atuk nenek ni.. Kasih yang tiada sempadan. Al fatihah buat tok & tokwan.. Moga Allah mengampuni dosa2 mereka & tempatkan mereka di kalangan orang2 yang beriman.
Uhuh...pembakar rumah rupanya dia! Nasib baik juga nak kongsi cerita di sini. Sekurang-kurangnya Suria bila ada cucu nanti bolehlah storymory macamana nek cun depa ni pernah membakari rumah moyang depa! Aha, dah start nak guna bahasa baru ni! Jealous punya pasallah sebab baca entri sebelum ni, eh selepas ni!
ReplyDeleteNenek dan atok zaman sekarang takda masalah nak bercerita kisah dongeng/rakyat lagi. Mereka sendiri tak tahu pun apa-apa cerita macam tu macamana nak sampaikan pada cucu pulak!