TERBONGKAR SKANDAL USTAZ ZAMAN SEKOLAH RENDAH
Alkisahnya sejak seminggu lalu hidup aku di selubungi kisah kisah lama.. Macam2 kisah di ungkit & terungkit. Sampai kisah yang aku tak pernah tau pun sekarang dah tau. Ooo.. selama ni depa2 ni nampak je memasing malu2 siput sedut tapi kemain skandal sana sini yer... Termasuk sorang ni sekarang dah jadi Ustaz ensem. Tak heran dia ramai peminat sebab dari kecik comel. Ingat ramai peminat jer... Rupanya dia pun dulu dalam diam diam.. dalam gud gud.. Ramai jugak skandal noh.. Amboi ustaz. Ni di namanya shy shy meow...
Mesti hangpa pelik kisah apa pulak ni? Ustaz mana.. Ustaz dan din don ke hapa. Dok aih.. Ni kisah kengkawan ex sekolah rendah aku dulu. Almaklum la semua baru berjumpa balik dalam 1 group whatsappp.. Maka riuh rendah dok terobek (throwback) kisah dulu dulu. Semalam tetiba tajuk cerita skandal masa sekolah rendah. Masing2 pecah rahsia.. skandal depa. Termasuk seorang kawan aku yang dah bergelar ustaz sekarang ni. Dulu dia budak comel yang bijak bistari. Jadi ketua pelajar lagi.. Rupanya dalam diam, malu2 kucing tu ada jugak kisah cinta monkey ek ek ek... Bukan sorang gugirl di kaitkan dengan skandal dia.. ramai pulak tu. Kemain ustaz ROS******* Yang peliknya aku tak pernah tau pun. Almaklum la aku bukan di kalangan budak hotstuff masa tu.. Maybe masa tu aku tak peduli sangat pun pasal cinta monkey ek ek ek.. orang.
Inilah berlaku bila berpuluh tahun terpisah & jumpa balik dalm group menyembang. Sejam tak buka Whatsapp.. Jenuh scroll conversation depa. Semuanya topik throwback jer... Ingat senang nak habis cerita 6 tahun terkumpul tu. Dari darjah satu sampai darjah 6. 1 hari satu tahun punya cerita pun tak habis bayangkan nak habis cerita yang 6 tahun...
Walaupun aku bukan jenis suka sangat dok sembang kat group whatsapp ni.. Tapi dengan geng2 ex sekolah rendah ni enjoy la jugak sebab banyak topik throwback. Benda yang lepas bila di kenang yang pahit pun jadi manis.. Kalau nak cakap isu semasa,politik @ blog ni memang aku selesa bercakap secara umum kat FB & blog jer... sembang banyak satgi banyak pulak salah faham berlaku.
Moral of the story.. Inilah kuasa teknologi. Tak mustahil rahsia kita berpuluh tahun dulu boleh terbongkar hanya kerana kecanggihan teknologi sekarang. Macam Ustaz Ros***, MI**,ja** & lain2 tu. Ooo... tengok dulu malu2 ja noh... rupanya dating belakang kelas. hehehehe
Hehehehe.. Mesti best jumpa geng sekolah rendah dalam grup. Kathy tak join lagi mana² grup wasap sekolah rendah dan sekolah menengah sebab bila dah guna FB sekarang Kathy cuma add rakan blogger je. Kwn lama pn berapa kerat aje yg tau FB baru ni. Kat FB lama je yg ada schoolmate Kathy,tu dah deactive dah.
ReplyDeleteFida pun ada group whatsapp zaman sekolah teknik dulu..tapi sayang..group tu tak aktif pun...asyik kita je yg tanya itu ini..last2..leave je lah..
ReplyDelete