Hari ni 14 febuari 2015. Masih ramai yang meraikan hari kekasih ni.. Terutaman yang bukan islam. Orang islam pun masih ramai lagi mengamalkan budaya ni.. Tak boleh nak buat apa la kan.. Tepuk dada tanya iman masing - masing la. Nak cakap lebih2 ilmu di dada pun tak berapa cukup.. Salah cakap nanti orang gelar ustazah google.. ustazah FB la kan.. Tapi bukan aku nak cerita pasal sambutan tu. Yang nak cerita ni pasal satu kisah seram di hari Valentine
Inilah krasue @ hantu penanggal valentine. Sumber google
Kisah ni berlaku di Bangkok.. dimana seorang nurse muda yang baru berkhidmat di sebuah hospital lama yang kakitangan dia semua dah tua2.. dari petugas Am,nurse & doktor. Kiranya bila dia masuk kerja kat situ dia la satu satunya nurse muda. Di pendekkan cerita orang yang mengamalkan agama budha ni percaya dengan kelahiran semula kan.. Nurse ni ada kisah silam dengan seorang petugas Am kat hospital tu yang tempang & mulut dia macam senget sikit. Kiranya kelahiran semula ni depa bertemu kat hospital saling tak kenal mengenal. Tapi sebab di kelahiran lepas tu depa pernah bercinta.. Yang perempuan di kelahiran lepas seorang nurse jugak cuma yang lelaki tu seorang askar. Pada Hari Valentine 14 Febuari 1941 tu si lelaki ni hadiahkan si perempuan bunga ros... lepas tu berlaku something ehem hem... Perempuan tu mengandung & time perempuan tu mengandung lelaki tu takde dengan perempuan tu. Perempuan tu anggap lelaki tu tinggalkan dia. Dia gugurkan kandungan. Kemudian amalkan ilmu penanggal sehinggal kelahiran semula pun dia tetap jadi hantu penanggal.
Lepas tahu kisah silam mereka.. Mereka cuba untuk bersatu tapi jadi kejadian2 yang menghalang. Si lelaki tercedera & lumpuh sementara seluruh badan akibat perbuatan doktor kat situ. Muncul seorang kanak kanak misteri menjual bunga kat hospital tersebut. Doktor tu pun ada kaitan dengan kisah silam mereka.. dimana di kelahiran lepas doktor tu adalah doktor yang memberi ubat untuk gugurkan kandungan perempuan tu. Budak perempuan misteri yang sering muncul menjual bunga ros kat hospital tu adalah bayi yang pernah di gugurkan nurse perempuan tu di kelahiran yang lepas. Semuanya jadi konflik bila hospital tu terpaksa di tutup kerana kekurangan kos untuk di teruskan. Semua pekerja di berhentikan. lelaki lumpuh tu terpaksa jugak di keluarkan dari hospital.. tapi sebab nurse perempuan tu tahu lelaki tu adalah kekasih dia di kelahiran lepas dia tekad jaga lelaki tu kat rumah dia. Kat situ la nurse tu mula kantoi dia adalah penanggal.. bila doktor tu datang menyerang dia kat rumah dia.. Dalam keadaan panik tu dia cuba melarikan diri.. tapi tanpa sedar hanya kepala dia jer yang lari.. tertinggal badan. Doktor jahat tu cuba bakar badan nurse penanggal tu..
Ending kisah ni.. lelaki tempang yang cacat tu cuba selamatkan badan nurse penanggal tapi gagal.. dia cuba guna badan seorang nurse yang di bunuh doktor jahat tu mengantikan badan kekasih dia hantu penanggal tu dengan menyuntik ubat pengawet supaya jasad tu tak busuk. Tapi ending dia tak nampak pun kepala nurse penanggal tu balik & bersatu dengan badan nurse tua yang dah mati tu sebagai penganti badan dia yang dah terbakar. Gitulah kisah dalam filem Ghost Valentine yang aku beli hari minggu lepas.
antara 3 dvd yang aku beli hari minggu lepas yang ni paling mahal even harga kat kotak 19.90 aku beli 17.90 berbanding yang lain RM9.90 jer
Filem ni tahun 2005, klasifikasi U. Memang sesuai nak tonton dengan anak2 pun. sebab tak seram.. tak ganas sangat & takde aksi2 seksi atau ranjang & tak best jugak cerita dia. hahahaha. Tapi dah beli kena la tengok baru tau best ke tidak kan??
wow
ReplyDeletehantu ni pling MG takot
haha
Mmg jln citer berbelit pusing2 eh..mesti pening tgok
ReplyDeleteBiasa la kak SA cerita kalu jenis flasback atau berkaitan dgn masa lampau ni berbelit sikit. kita nak review pening nak pendekkan jalan cerita camna.. hahaha
DeleteWah..jalan ceritanya dahsyat.. Hehehee..
ReplyDeleteMembaca sinopsis macam dah pernah tengok tapi akak ingat-ingat lupalah. Lama dah dulu dok tengok cerita seram Siam ni lepas minat NangNak. Rajin sungguh habis filem seram Siam akak tengok. La ni kalau rajin buka kat youtube je tengok cerita lama tapi halfway je tentu rasa dejavu; macam dah tengok. Ni tak sedap pun, dah terbeli haruslah tengok jugakan. Kalau tak macamana nak tulis review. Conclusionnya paling senang tak payah tengoklah cerita ni, ya tak?
ReplyDeleteala x seram ke..huhuhuuh
ReplyDelete