CARA NAK BEZAKAN CILI KERING PEDAS BIASA DENGAN EXTRA PEDAS
Sumber google |
Pernah terbeli sambal nasi lemak over pedas sampai rasa tak boleh terima la tahap kepedasan dia & aku pernah termasak laksa gila punya pedas masa raya puasa lepas kat kampung sampai semua yang makan muka jadi lain. Semua ni di sebabkan tak perasan cili kering yang di gunakan.
Cili kering ni ada dua jenis.. Satu yang jenis kering berkedut2. Memang tak cantik.. macam kulit kurang collagen katanya. Nampak tua & banyak kedutan. Yang satu lagi nampak cantik & bergetah katanya. Cili kering tu nampak glowing jer.. Kira sedap mata memandang la berbanding kalau yang berdekut sampai dah tak nampak sifat cili tu.
Kalau korang nak tahu.. Yang kedut seluruh sifatnya.. kering kontang bagaikan gurun sahara tu adalah yang rasanya pedas biasa. Pedas yang mungkin kanak kanak boleh makan lagi. Tapi kalau yang jenis nampak sifat dia yang cantik.. tak berapa kering kulitnya.. & glowing jer tu jangan percaya sangat dengan kelembutan wajahnya tu sebab yang jenis tu puaka niyang rapik punya rasa. Memang extra pedas. Kalau makan rasa nak tumbuk orang yang ada dekat dengan kita katanya. hehehehehe...
Boleh tengok perbezaan cili kering pada gambar ni. Sebelah kiri tu memang extra pedas & yang sebelah kanak pedas biasa jer |
So, dengan entri ni kalau korang jenis tak tahan pedas... Jangan la guna cili kering yang nampak glowing tu.. Pilihlah yang kedut sejuta. Walau kedut dia rasa dia tak berpuaka. Almaklum sifat dia macam orang tua2 jugak.. penyayang. Walaupun pedas tapi pedas yang ada kasih sayang lagi berbanding dengan yang glowing.. sifat dia macam orang muda.. panas baran. hehehe.. Tu dia cerita pasal cili kering siap perumpamaan tua muda bagai katanya.
Moral of the story.. Mungkin ada yang rasa entri ni remeh, sebab dia dah tau bezakan antara cili kering pedas biasa dengan extra pedas.. tapi ketahuilah kat blog aku pernah sangkut keywords cara nak masak nasi, masak air bagai. Kat situ kau kena paham.. remeh bagi kau belum tentu remeh bagi orang lain.
Nice sharing kak.. terima kasih ats perkongsiannya...
ReplyDeleteakak pun memang beli jenis yang kerinting tu..tapi kalau dah xde belasah je yang licin tu ha..keperluan ni kan...akak x suka guna cili boh
ReplyDeleteSaya memang beli cili yang berkilat tu... Mmg suka pedas.. tambahan ensomisy kaki makan pedas..
ReplyDeletepakai cili kering yidu/yitu..yg bsr2 tu..mmg xpedas..bdk2 bole mkn..tp kt kl ni susah nk cari..kt kelantaN mmg org jual
ReplyDeleteHa ah, nona pun baru tahu masa mak tersalah beli hr tu, last year kot, hehee..thanks remind lagi yaaa
ReplyDeleteTq sharing kak...done baca
ReplyDelete