MARI BERKENALAN DENGAN HANTU PUNJUT

6/11/2011 12:50:00 AM suria lekatlekit 4 Comments

Hantu Punjut? Kenal ker? Pernah dengar ke spesis hantu ni? Kalau bagi sang lekit inilah kali pertama sang lekit dengar nama hantu Punjut ni. Kalau Hantu Punjut mungkin sesetengah dari kita memang tak tahu tapi kalau di sebut Hantu pocong atau hantu bungkus memang tak asing lagi dalam masyarakat melayu kita kan??

Hasil carian google. Sekadar hiasan

Hantu Punjut, hantu bungkus atau hantu pocong ni dalam satu spesis yang sama walau dalam tiga nama berbeza. Mungkin ada yang masih tak kenal jom sang lekit kenalkan dengan semua. Hantu ni sejenis makhluk yang berbentuk seperti mayat yang dibungkus dengan kain kafan. ia dikatakan mengusik orang yang lemah semangat, dan akan bergerak dengan meloncat seperti hantu cina, atau bergolek. Ia dikatakan mampu bergerak sepantas kereta, bergerak seiring dengan kereta yang dipandu oleh mangsa usikan mereka.

Hasil carian google. Sekadar hiasan
 
Ia tidak dipelihara dan terdapat secara bebas. Kemungkinan hantu ni adalah jelmaan jin yang menganggu manusia. Mereka yang berani menangkap hantu bungkus dikatakan mampu mendapat kekayaan yang banyak. Ini kerana dikatakan, dalam bungkusan tersebut terdapat wang yang banyak. bukan takat bergerak pantas malah boleh loncat dari atap ke atap jauhnya, merupakan kelebihan hantu ini. kalau bertemu dengan hantu ni anda boleh berlari zig-zag..kerana hantu bungkus hanya bergerak lurus.. So, susah la dia nak kejar kan?? kekekekeke

Apapun ini cuma perkongsian info tentang hantu yang menjadi kepercayaan sesetengah orang dalam masyarakat kita. Amaran keras, jangan terlalu percaya akan kewujudan hantu - hantu ini sehingga memesongkan akidah. Sesungguh berdamping dengan jin & syaitan adalah amalan syirik & khurafat yang di larang sama sekali dalam agama kita.

4 comments:

  1. hantu yang masa idup dia suka makan sup bunjut?...petang tadi ada sekilas menonton 'racun halus' kat tv3, ustaz jemputan menegaskan, hanya nabi sulaiman as sorang je manusia yang diberikan kelebihan menangkap jin.....yang lain suka dakwa dakwi ada kelebihan tu tipu belaka atau kena tipu ngan jin tu...

    ReplyDelete
  2. teringat lak kisah minah terengganu nama siti balqis yang buat cerita seram kononnya dia larikan jin.. last2 polis juga settle kes dia kerap ilang. rupanya dia jenis minah rewang jugak. nak kuar merayap buat cerita kena larikan dgn jin. yg best ada berbelas2 bomoh kononnya dtg bg rawatan & tangkap berbelas2 jin lepas tu letak dlm botol. walhal cerita pasal minah tu & jin adalah satu sandiwara jer.. entah mana la bomoh2 tu sorok muka yer

    ReplyDelete
  3. aiyo..serem ngk pic tu..huhuhu,,
    cma kenal ngan sepisis amtu nu..baik punjut,bungkus or pocong..
    betul komen abby tu..mesti malu gila bomoh2 x bertauliah tu,,,

    ReplyDelete
  4. ayah dulu selalu takut2kan sy 2 beradik dgn hantu bungkus ni lah,hahahaha

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com