MITOS KUCING ADA 9 NYAWA

6/25/2011 12:54:00 AM suria lekatlekit 13 Comments

Sungguh sang lekit tak pernah tahu wujudnya kepercayaan & mitos tentang nyawa kucing yang di katakan ada sembilan. Selama terjebak hidup berkongsi rumah, katil dengan kucing dari kecik hingga la kecik (walau dah bangka tapi kurang membesar.. kekekekeke) baru sekarang sang lekit tahu wujudnya mitos ni. Maka dengan itu bagi membongkar misteri di sebalik wujudnya kepercayaan ni sang lekit bertapa menuntut ilmu bersama tok guru gogle. Jom kita lihat hasil pertapaan sang lekit.

Benarkah kucing ada 9 nyawa? Dari mana datangnya fakta ni? Kalau ia bukan satu fakta, maka cuma satu kepercayaan & mitos. Kenapa wujudnya kepercayaan dogeng & mitos ni? Mana ada kucing ada lebih dari 1 nyawa. Mungkin wujud kepercayaan karut ni sebab, bila banyak kes yang sang lekit search, kucing yang jatuh dari tempat tinggi & masih selamat, hidup & sihat. Mungkin sebab tu orang ciptakan dogeng bahawa kucing ada 9 nyawa kerana sukar mati. Sebenarnya kucing (dan beberapa haiwan lain) punya sistem keseimbangan dan koordinasi yang luar biasa. Sistem inilah yang membuat kucing, ketika jatuh, akan menyedari dalam posisi apa dia jatuh. Kalau dia jatuh dalam posisi terbalik, dia akan segera memutar tubuh sehingga kakinya berada di sebelah bawah, dan bersiap untuk mendarat (Boleh rujuk artikel sepenuhnya DISINI )

Kucing sang lekit yang namanya kasim kat kampung pun dah berapa kali jatuh dari tempat tinggi. Dia memang jenis suka tidur kat alang2 rumah, lepas tu tidur pula nak gaya bebas lupa yang dia tidur atas sebatang tiang kat tempat tinggi. Bila berpusing je dah tentu la terbabas & jatuh. Tapi tetap hidup sampai sekarang. Tapi tak bermakna kasim kucing yang ada 9 nyawa.

Ni la rupa budak kasim yang selalu terbabas masa tidur kat tempat tinggi

Selagi benda tu takde dalam Al-Quran atau mana - mana hadis jangan la kita mudah percaya. Kepercayaan karut ni boleh membawa kepada syirik. Walau di lihat macam perkara kecil tapi kesannya amat besar kalau ia dah sebati dengan kepercayaan kita, kan? Apapun semua makhluk di hidupkan dengan 1 nyawa. Bila sampai ajalnya, maka dia akan mati juga. Kalau tersalah fakta dalam entri ni mohon di tegur yer.

13 comments:

  1. memang itu la mitosnye....orang cakap badi kucing kuat...
    http://89shah.blogspot.com/2011/06/submit-sitemap-for-blogger.html

    ReplyDelete
  2. yup,betul tu...
    ade macam2 mitos kat dunia ni


    http://azrijohan.blogspot.com/2011/06/lepas-maharaja-lawakjom-layan-final.html

    ReplyDelete
  3. Ada satu citer dongeng psl bagaimana kucing ada 9 nyawa... pd zaman dulu ada sebuah rumah yg dihuni seorg ibu dan 9 org anak kecil yg kelaparan... ibu tu tetiba bernasib baik dpt tangkap 9 ekor ikan dan letakkannya di dapur utk dimasak, tapi sekor kucing yg tamak telah memakan kesemua ikan tersebut... keesokan harinya anak2 tu mati kebuluran manakala kucing tu pulak mati tercekik tulang ikan... bila tiba di akhirat, Tuhan telah menghukum roh kucing tersebut dgn menjatuhkannya semula ke bumi selama 9 hari dan apabila kucing tersebut kembali ke bumi, jasadnya telah bercantum dgn roh2 9 org anak tadi. Sebagai balasan atas ketamakannya, kucing itu harus mati 9 kali sebelum rohnya benar2 diterima Tuhan. Begitu la kisahnya.

    ReplyDelete
  4. namanya pun mitos. tak semua kucing akan selamat kalau jatuh dari tempat tinggi.


    comel juger kasim baba tidur.

    ReplyDelete
  5. rock betul nama kucing ko nyah... Kasim ko bagi.. hahahahahhahaha

    ReplyDelete
  6. kassim?? hihi nak jodohkan dengan bersih tak??

    btw, pasal sembilan nyawa tu... nenek yang cerita kat saya... tapi tulah.. bersih pernah jatuh pokok.. maintain je

    ReplyDelete
  7. patut lah sehari sebelum kucing sy hilang,sy nmpk mcm dia ade je dkt dgn sy :( lg 1 org kata kalau ambik gambar kucing nnt dia mati/hilang

    ReplyDelete
  8. sy ada buku kucing dgn 9 nyawa..buku org putih le tapi..tp buku tu simpan kat umah mak..sy dah lupa apa dia ulas psl 9 nyawa tu psl buku tu sy baca ms kecil dahulu..

    ReplyDelete
  9. kucing saya baru je jatuh semalam dari tingkat 24, tapi...bila cari, tgk dia da mati... :(

    ReplyDelete
  10. Kucing saya jatuh masa saya kecik...bila saya dah besar kucing saya jatuh lg...sampai sekarang bila saya dah tua.. Kucing saya pon jatuh lg...bila kucing saya nak mati???

    ReplyDelete
  11. hahahaha.. lawak komen Anonymous ni tau.. sampai ajal tak jatuh pun dia akan mati jugak.. :D

    ReplyDelete
  12. Im a cat lover....sayang sgt kuching tp saya perassan saya amat terseksa sangat bila tgk kuching kena dera, kena langgar atau bila tgk kuching ditinggalkan kebuluran...masalah saya sekarang...saya ada bela seekor kuching yg dikutip dari longkang sekolah anak bela dari kechik sampai setahun..suddenly dia dijangkiti penyakit telinga bernanah yg berbaur sgt busyuk sampai berulat...saya cuci setiap hari suap dia makan cuci berak kencing...n now dia tengah nazak..dia seolah2 mcm org dapat penyakit cancer yg menderita sgt..sampaikan berhari hari saya menangis dan berdoa suruh ALLAH ambil nyawanya tp ajalnya terlalu lambat sampaikan saya bacakan yasin utk dia dan berdoa redha serahkan saja dia pada Allah...Badan dia seolaholah tidak bergerak dari leher ke bawah tp mata dia terbuka..ekor dia bergerak tp dia nazak....sedih merintih tgk dia yang menderita mcm tu...makan minum dah 3 4 hari tak mau..Allah saja yg mengetahui bila nyawanya terhenti...daku tidak berdaya

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com