UPACARA MELAMAR HANIS ZALIKHA MEROSAKKAN AKIDAH?

1/08/2015 11:04:00 AM suria lekatlekit 8 Comments

Tu dia... Jadi isu besaq dah. Mula2 orang dok komen pasal isu tu aku tak banyak ikut campur sebab aku takde esteruk jadi aku tak tengok rancangan tu & aku mula2 cuma baca jer status2 yang cakap pasal isu tu. Majoriti memang rasa tak sepatutnya berlaku & pada pendapat aku sendiri pun memang tak patut.. Kita orang melayu Islam.. ada cara & adat tersendiri. Kenapa nak ikut cara & adat orang barat sangat...


Tadi terbaca kat beautifulnara komen seorang Ustaz yang kata boleh memesongkan akidah sebab bertentangan dengan cara Islam & budaya kita. Selain tu boleh menjatuhkan maruah, katanya. Tapi aku paling setuju komen Azwan Ali.. nampak murahan sangat. Yelah.. setakat melamar atas pentas.. watdehek?? Orang lain buat dengan penuh adat istiadat katanya.. depa alahai curi sikit masa dalam rancangan hiburan untuk buat lamaran. Alahai... adat melayu lagi nampak berprestij kot kekekekeke

Artikel penuh sila baca di Beautifulnara

Apapun.. Moga jadi pengajaran buat orang lain.. kita melamar bukan dengan ayat 'will U marry me'.. kita melamar jumpa mak bapak pihak perempuan. Jangan jadikan budaya kita takde beza dengan orang barat nanti 'Melayu akan hilang di dunia'. Kekal kan adat yang baik.. Tak salah pun. Adat juga melambangkan bangsa.. Kalau setakat makan belacan tak payah nak will U marry me sangat la kan? kekekeke

8 comments:

  1. saya setuju dengan suria
    saya kebetulan tertengok rancangan tu
    nampak dengan jelas hanis tak selesa, mamat tu, sape nama dia huh
    seperti mendesak. siap ulang tanya yes or no bila hanis hanya jawab insya allah, thank you

    lagipun tak kenalah, kedua mereka bukan penyanyi
    macam tak sesuai tetiba ada dalam rancangan menyanyi,
    tenggelam ayai ilusi sebagai juara
    tv pun satu hal, sibuk dok kejar rating

    ReplyDelete
  2. AAkak setuju..itu bukan budaya kita orang islam..sedikit sebanyak mencacatkan program awal..even artis2 terlibat program tu pun komen benda yang sama...entah la....macam2 hal...

    ReplyDelete
  3. patut Hanis kata NO... Barulah gempak 1 malaysia

    ReplyDelete
  4. Saya tengok rancangan tu tapi tak tengok part yang si Hairul lamar si Hanis tu. Masa tu ada kerja nak buat. Pada saya memang langsung tak setuju dengan apa yang si Hairul tu buat, tapi nak buat macam.mana kan...orang kita lebih suka amik budaya Barat dari budaya Melayu/Islam.

    ReplyDelete
  5. Bagi Maria, No komen la mungkin mereka nak jadikan sbg memori terindah. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada yang melanggar syariat pun di tegah inikan budaya luar yang di tiru & menyamai agama lain.. kekeke

      Delete
  6. tak sabar nak kawin dah tu kot..
    perlu lah berlandaskan syariat islam. ustaz pon ada tegur tu kan.
    jangan hanya Islam pada nama je.

    ReplyDelete
  7. Hahaha...statement last tu melukakan hati betul tau. Bukan akaklah tapi siapa ke nama 'budak lelaki' ni? Kenal pun tidak. Pelakon ke dia nih? Hanis tu taulah sebab bloggerkan. Akak pun tak tengok rancangan gegak gempita ni apa ke namanya ya (aduhai, nak komen tapi tak tau hujung pangkal ginilah jadinya...)

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com