Orang yang melatah ini akan menyebut perkataan atau meniru tingkah laku orang lain di sekelilingnya terus-menerus, berulang-ulang. Sekiranya orang yang menyakat itu terus mengusik orang yang melatah, latahnya akan menjadi-jadi sehinggakan dia seperti di alam bawah sedar, hilang kawalan diri lalu mengerjakan segala yang diperintah. Kadangkala, orang yang melatah ini boleh membahayakan orang lain di sekitarnya jika dia memegang benda merbahaya atau senjata tajam.
dari hasil pembacaan sang lekit pula, latah sebenarnya adalah sejenis penyakit, khususnya jika gejala itu berlaku dalam keadaan yang keterlaluan, sering kali berlaku dan sukar dikawal oleh penghidapnya. Latah ialah sejenis penyakit saraf yang menyebabkan seseorang itu tidak sedar apa yang dilakukannya, suka mengikut perbuatan atau suruhan orang dengan tidak disedari, dan mengeluarkan perkataan atau membuat sesuatu dengan tidak disengajakan kerana terperanjat dan lain-lain.latah telah dianggap sebagai sindrom budaya masyarakat Melayu.Tanggapan begini bersebabkan latah sudah sebati dalam jiwa Melayu dan menjadi tradisi budaya.Latah juga merupakan satu kebiasaan yang tiada kaitan dengan penyakit. Namun, latah dipercayai berkait rapat antara fungsi sistem saraf pusat, psikologi dan sosial. Latah dipercayai terikat dengan sistem budaya sesuatu masyarakat.
Sebenarnya latah tidak hanya berlaku di kalangan masyarakat Melayu.Di Indonesia, gangguan latah berkembang pada suku-suku di Pulau Jawa, Sumatera dan pedalaman Kalimantan. Latah juga ditemui di beberapa wilayah Asia lain seperti pada masyarakat suku Ainu di Jepun dan masyarakat gurun di Gobi iaitu sempadan antara China dan Mongolia. Di Eropah, latah juga ditemui pada suku masyarakat Perancis.Latah juga terdapat dalam budaya orang India dan orang Eskimo.
‘latah’ boleh membawa makna yang lain iaitu perbuatan seseorang yang cepat terasa dan menjadi marah apabila dirinya ‘dijolok’ dengan cerita yang membabitkan maruah diri. Melatah masih ada dalam masyarakat Melayu biarpun makin berkurangan. Latah bukan suatu penyakit tetapi janganlah kita jadikan latah suatu penyakit hati pula.
Entri sekadar berkongsi info dari hasil pembacaan sang lekit bukan untuk mengaibkan mana mana pihak atau individu.
Rujukan : Menangani Orang Melatah
Juga boleh membaca artikel tentang latah di SINI
11 Komen Melekat:
ha,ah la sis. bru perasan org melayu je melatah
pada akak la..latah ni mula2 mereka saja je main2.tgk zaman dulu2,klau ada benda jatuh sebut opocot...lama2 jd kebiasaan kan?ayah akak marah sgt2 masa zaman akak kecik2 dulu suka main latah2.
bahaya tau org latah,ada yg pegang pisau tu sampai tak sedar nak cederakan org,pekerja mertua akak ada sorang kaki latah...ngeri tgk dia melatah sambil pegang pisau.
saya ngaku aa...pernah dapat penyakit tu... tapi lama-lama train alhamdulillah dah tak da dah penyakit ni.. tak tau dari mana la saya bleh dapat penyakit ni.. huhu
jemput ke blog
Pakai telekung
Woooaaaa...ni reader's digest versi blog melayu ke? bagus bagus bagus
entry ni berguna, baru aku tau ade org jepun, perancis, india ngan mongolia yg melatah...
selama ni aku ada baca, aku ingatkan org melayu kat malaysia ngan indon je melatah...
sy pernah tgk org india melatah..hehe
agak2nya cam ne la org india melatah.. huhuhu
tuan blog, boleh tolong tak, sy nak tau perkataan melatah dlm english ape?
tak pasti pulak cik/en anon. dari kamus online perkataan 'latah' kalau dlm english neurotic / suffering from hysteria
masa blaja kat UK dulu, omputeh pun ada latahnya jgk.klau trsasul @ x sngaja buat sesuatu dakan ckp "whhopsy daisy!!!"...kira mcm "Opocot" kita la tu kot.
dlu aQ tak melatah tapi npe yew ttbe jew dtg pnykit nie kat aQ .. ?
smebdy please explain me ??
Post a Comment
KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini