BUKAN PEREMPUAN MURAHAN CUMA KAT RETIS KPOP JE BAGI DISKAUN

1/11/2015 12:40:00 PM suria lekatlekit 5 Comments

Kecoh hari ni kpopers Gadis melayu bertudung Malaysia dia cium retis Kpop.. bukan takat cium siap peluk bagai.. Abis jadi viral seantero Alam maya. Nak komen lebih2 pun kita tak sebaik mana ye dak?? Masing2 ada buat silap.. mungkin bukan hari ni tapi mungkin masa lalu. Jangan la kita menghina atau mengutuk adik2 yang di peluk & di cium retis Kpop seolah2 kita tak pernah langsung buat dosa padahal masa cinta ko pegang jugak tangan pakwe ko kan? siap sebelum kawen ko buat pre wedding yang romantik lagi.

Betul la apa depa buat salah.. Terlalu fanatik sangat sampai tak kisah di pegang atau di cium di khalayak ramai. Aku tengok dari dressing budak2 tu macam gud gud jer.. takde la seksi meksi bagai. Mungkin kesilapan depa hanya kat situ padahal sebelum ni maybe depa bukan jenis gadis murahan  atau gadis liar tapi bila jumpa retis Kpop terus bagi diskaun sebab bukan selalu dapat peluang tu. Budak2 la katakan.. dia punya keterujaan memang kadang2 melampaui batas. Hope adik2 ni jadikan pengajaran dari apa yang berlaku. Tak payah bagi diskaun sangat even retis korea pun.. Seronok sekejab malu kau tanggung lama dik Ooi.

dari tudung,baju & seluar takde ketat2 sangat. Tudung pun tak freedada. Nampak memang gudgud tapi tu la terlampau seronok dapat naik pentas dengan retis kpop terus terbabas

Semua orang buat silap.. hope silap ni tak berulang. Harap kerajaan bagi garis panduan pada retis luar yang nak buat konsert kat sini tentang batas2 mereka dengan peminat terutama di kalangan peminat beragama Islam. Nak salahkan retis luar yang bukan beragama Islam hidup dengan budaya yang berbeza dengan kita pun tak boleh. Depa bukan semua rajin nak google adat istiadat sesuatu tempat sebelum datang so kita la kena bagitau depa sebelum berlaku.

Moral of the story.. nak tegur boleh tapi jangan tahap menghina nanti kita pulak jadi lebih hina dari orang yang di hina. Peace. Selamat berhujung minggu

P/S : Pandangan mata aku tengok video budak2 bertudung ni kena pegang & peluk dengan mat2 korea ni.. tak nampak gedik sangat even gedik tu ada jugak tapi control.. tak nampak depa ni liar tapi nampak depa terlalu obses & fanatik.. Bahaya kalau terlampau obses boleh memudaratkan

5 comments:

  1. Org skrg ramai yg ingt dirinya maksum

    ReplyDelete
  2. Act ms akk tgk derang sis nmpk mcm kesian pun ye..sbb kesian derang ni trlalu taksub dgn artis korea tu smpi trlupa dosa pahala.hopefully xd lg berulang peristiwa gini dlm klgn org islam malysia

    ReplyDelete
  3. fanatik sangat sampai iman terbang..
    malu sebagai seorang muslimah..kerana nila setitik rosak susu sebelanga
    moga jadi pengajaran kepada semua

    ReplyDelete
  4. tapi geli lah tgok video itu.. apa-apa pun lepas ni x perlu lagi lah ye..

    ReplyDelete
  5. Jangan taksub sangat nanti beginilah jadinya. Yalah dia terkedu atas pentas tu dapat jumpa artis pujaan, kena pegang pulak. Ala-ala jadi heroin dalam filem cinta je gamaknya. Kita pun memang ada buat salah silap juga tapi dulu-dululah, masa tu zaman batu. Memang tak jadi virallah! Sekarang jangan buat main, sekejap je dah sampai ke seantero pelusuk dunia. Malu kenalah tanggung sendiri. Ikut resmi artis kitalah, kalau makpak tanya jawab je 'no komen' :)

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com