BILA JAWI NAK SIASAT ORANG PELUK CIUM KAT TV HARI HARI?

1/12/2015 02:10:00 PM suria lekatlekit 5 Comments

Aku bukan menyokong tindakkan gadis2 bertudung yang merelakan diri mereka di peluk cium artis KPOP yang menjadi viral sejak semalam. Yang salah aku sendiri tak berani nak cipta alasan untuk membetulkannya tapi yang aku nak kupas kupis dalam entri adalah sikap yang aku rasa berat sebelah dari pihak JAWI ni.

Sumber Harian Metro

Sebab kes bebudak bertudung tu jadi Viral maka JAWI pun mula nak buka kertas siasatan berhubung perkara tersebut walhal sejak dari zaman TV hitam putih kita boleh nampak hari hari ada orang peluk cium even dengan alasan sekadar berlakon tapi adalah lakonan menghalalkan perbuatan mereka?

Atas alasan obses je ke mereka di kenakan tindakkan? Macam mana atas alasan kerja macam pelakon? Kalau jadi halal kenapa GRO kena tangkap? Depa pun bermesra dengan pelanggan atas alasan kerja? jadi.. sangat berat sebelah tindakkan JAWI ni -sumber harian metro-

Adakah menjadi kesalahan undang2 kalau artis peluk cium peminat tapi tak menjadi satu kesalahan bila artis peluk cium artis dalam drama atau filem? Yang terbaru kes ifa raziah di kecam dalam persembahannya dalam satu rancangan hiburan bersama seorang pelakon lelaki.. JAWI tak rasa nak buka kertas siasatan jugak ke kes tu?

Tak salah memberi teguran atau mengenakan hukuman atas kesalahan mereka tu tapi jangan hanya undang2 di ambil untuk sebelah pihak jer.. Nanti orang pun jadi confuse. Undang2 Islam hanya Valid kat orang awam je ke?.. kalau retis buat atas dasar kerja jadi tak salah? gitu ke??

P/S : ahkak2 jumpa nuar zain pun berpeluk cium sakan inikan ahdik2 jumpa retis kpop.. Apapun jadikan pengajaran itulah padah bila terlalu fanatik & obses.

5 comments:

  1. Betul tu... akk pun pikir yg psl Nuar Zeng tu.. takde plak depa kisah ek

    Sktj

    ReplyDelete
  2. fanatik sampai mcm ni skali... teruknyeee.. aduhaii

    ReplyDelete
  3. betul..agree sangat... cerita melayu kat tv tu pon dah macam hape... konsert tu pon tertutup..kalau xde video, memg tak viral laa video tuu..org pon tak tau..tp cerita kat tv tu? ape kes plak kann

    ReplyDelete
  4. Entahnyaa bila ntah nak tapis2 adegan kt tv tu haaaa

    ReplyDelete
  5. Itu masalahnya. Mungkin Jawi fikir K-pop ni tengah bermusim mengganas jadi kena ambil tindakan secepat mungkin. Padahal tindakan sampai nak penjara ke apa tu nampak sangat berat sebelah. Kenalah adil. Dalam drama Melayu kat TV pun takdanya segan silu tunjuk babak bukan main 'lomantik'. Mak mentua akak masa datang sini pernahlah tengok satu drama Melayu lepas tu dia terkejut sebab pelakon mak-mak ada yang bertudung tapi gelagat pelakon muda dalam drama macam tak segan silu je. Susah den nak explain. Nasib baik den tak cakap uzbek tau :)

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com