Sang lekit terbaca satu blog yang ala2 mengondem cikgu - cikgu yang kononnya gaji besar, kerja senang. Penulis entri & blog tu mengaku dia seorang gadis (single) yang bekerja sebagai engineer.
Ni original version print screen dari blog cik engineer tu bukti bukan isu ni di reka cipta untuk meraih publisiti & populariti untuk blog melekit ni.
Kat bawah ni komen sang lekit pulak dengan kenyataan hot & spicy dari blog cik engineer tu..
betapa beruntungnya menjadi seorang cikgu
1. gaji basic je dah almost 2K, tu pun paling sikit la kot,
tak termasuk elaun-elaun tambahan lagi. seriously untung. kerja masuk
pukul 7.30 pagi balik pukul 4.30 petang (tu pun paling lambat la tu)
selalu pukul 2 je cikgu-cikgu dah balik. takde kerja dah nak buat.kalau
nak di bandingkan dengan operator kilang yang kerja 8jam or 12 jam,
7pagi masuk, pukul 7 malam baru nak balik..gaji? basic 7ratus...plus
overtime dapat la hampir 1.6K. untunglaa sapa jadi cikgu..oh, aku
banding dengan operator ok..bukan dengan engineer mahupun manager...yang
tu pergi gelap, balik pun bergelap jugak!
Komen Melekit : Aku tak tau pulak berapa basic gaji cikgu sebab aku bukan seorang cikgu.. Masa kerja cikgu pun aku tak tau.. Tapi masa tunggu result SPM aku pernah kerja kilang jugak. Memang la kalau kerja kilang.. 12 jam kerja.. yang boleh rilex kalau mesin down.. waktu rehat.. waktu solat jer. Lain2 kerja. Tu je boleh komen perenggan ni.
2. cuti berlambak+kerja half day. tu pun cikgu-cikgu ada
annual leave lagi. kursus pulak dijalankan pada hari persekolahan. isk,
untung ye jadi cikgu? dah la kerja setengah hari je. cuti banyak, gaji
masyuk. cuti ujung tahun..gaji jalan..wahh..tu pun ade jugak la
cikgu-cikgu yang memberontak bila timbalan menteri pelajaran, Datuk Wee
Ka Siong bagi cadangan guru kerja 9jam..adoyai...cikgu-cikgu ni
sebenarnya ikhlas ke tidak bekerja ni..."aip, ceyana, keihlasan seorang
guru tak boleh dipertikaikan, kang cikgu tak halalkan ilmu yang dia bagi
baru tahu!"
-aku nak bidas, kalau tak nak halalkan..nampak sangat dah mengajar tu tak ikhlas.
komen melekit : Soal ikhlas ke tak ikhlas kita manusia tak boleh nak buat keputusan.. Ikhlas ni umpama semut hitam di tengah2 malam yang gelap gelita. Wujud tapi sukar di lihat jadi tak perlu la kita nak mempertikaikan keikhlasan cikgu yang mengajar.. Bukan sebab takut cikgu tak halalkan ilmu tapi keikhlasan tu ada dalam diri orang yang melakukannya.. Tak kira kau cikgu ke, keja kilang ke, keja enginer ker.. kalau kau buat keja tak ikhlas tak amanah & takde tanggungjawab tetap la rezeki yang kau dapat tak berkat & mungkin jugak boleh jadi tak halal kalau kau buat keja banyak curi tulang.Ikhlas tak ikhlas pun kau dah jadi engineer sekarang dik...
3. cikgu cikgi ni siap mengupdate blog, jual barang online,
bukak bisnes sana sini, bukak butik and macam-macam lagi..and yang
paling tak boleh blaaahhhhhhhhhhhhh...cikgu-cikgu bukak pusat tuisyen
sendiri. ok, yang ini paling tak best bagi aku. ye la..kalau kat
sekolah, kenapa tak nak bagi all out?kenapa hanya 5-10 orang student je
yang dapat skor subjek yang kau bukak kelas tuisyen tu and kenapa untuk
budak-budak tuition ekau, dorang boleh score (most budak tuition datang
dari sekolah-sekolah yang berbeza kan?). dan selalunya secara
keseluruhan, budak-budak tuition ni susah nak fail exam dowang, tapi
student dalam sekolah..ada je yang fail..tambah-tambah subjek add
maths?! adakah itu taktik pemasaran?sangat teruk kan cikgu-cikgu ni?
komen melekit : Cikgu pun nak ada ruang peribadi dia sendiri jugak. Takkan sebab dia jadi cikgu seluruh hidupnya 24 jam 1 hari, dia kena buat kerja cikgu jer. Dia pun nak bersosial macam orang lain. Tak salah la dia nak ada Fb,blog (murid sekarang berotak IT, maka cikgu pun tak boleh ketinggalan. Lagikan PM ada FB, blog.. Kat mana salah kalau cikgu pun ada semua tu. Kadang2 boleh jugak pantau aktiviti pelajar kat laman sosial ni).. Nak buat bisnes selagi apa yang dia buat tak mengganggu tugas dia sebagai seorang guru & tak mencemarkan profesion seorang guru tu. Bab buka kelas tuisyen tu.. pun tak salah. Mungkin jadi salah kalau kat sekolah dia mengajar asal lepas tapi kat kelas tuisyen dia pulun mengajar sampai yang takde harapan nak score pun boleh score. Tapi ada jugak cikgu yang bagi tuisyen free kat student dia.. Walau ada sorang dua yang buka kelas tuisyen nak tambah pendapatan. Kerja cikgu pun sama macam kerja2 lain.. kalau takde tanggungjawab & amanah.. memang la jadi teruk. Engineer pun sama jugak. Tak gitu?? (Tapi masa sekolah dulu ada sorang cikgu ni.. tak di nafikan mengajar dalam kelas sama macam tak mengajar.. dia terang sikit2.. bagi latihan.. lepas tu dok kat meja dia gentel misai.. kalau ada yang buat bising cuma 1 ayat dia sebut :Antu2 raya buat kerja.. tak mau buat kalu, mampui pi!' walhal lepas waktu mengajar dia ada buka kelas tuisyen jugak. Tapi sorang je cikgu macam tu sang lekit jumpa bukan semua yer..)
Ada juga sekolah yang murid2 yang terdiri yang budak2 yang susah nak asuh & ajar.. Tak semua salah cikgu kalau murid2 tu tak dapat score. Kesilapan ni kadang2 dari banyak pihak.. tak kira la dari pihak cikgu, mak bapak & persekitaran jugak.
Kesimpulannya kat sini.. Tak semua cikgu2 ni jadi cikgu atas minat & rasa tanggungjawab untuk mendidik anak bangsa & tak semua juga cikgu2 yang jadi cikgu sebab asal dapat gaji tiap bulan. Memang ada yang minat & kerja dengan bersungguh memikul tanggungjawab untuk mendidik anak bangsa.. dan kita tak dapat nafikan ada yang jadi cikgu sebab tak dapat kerja lain. Jadi jangan gunakan perkataan 'CIKGU' seolah2 mengambarkan semua cikgu dalam Malaysia ni teruk & jadi cikgu semata2 nak kerja senang & dapat gaji banyak walhal kerja cikgu ni apa yang sang lekit tahu takde la sesenang yang kita nampak (sedara sang lekit pun banyak cikgu).. Gunakan la perkataan 'SEGELINTIR CIKGU' agar tak mengundang kemarahan, tersentuh hati, terasa hati,sakit hati cikgu2 yang betul2 melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang guru. Biarlah yang berkenaan je terasa.. Kesilapan penulis entri ni salah satunya sebab tak gunakan perkataan 'SEGENLINTIR CIKGU' selain lazernya tak pandang kiri kanan.
Komen melekit : Lain2 cikgu yang saya kena dalam dunia maya ni takde la pandai sampai tak boleh tegur melainkan cikgu shida jer. Bab gaji tu.. biarlah setimpal dengan tanggungjawab di pikul selagi kerajaan mampu membayarnya.. Cik Engineer pun kalau orang bagi basic gaji operator kilang suruh buat kerja engineer nak ke kerja?? Mustahil kan?? Ikhlas tak ikhlas tu Allah yang tentukan.. Lain la kalau kita hidup dalam negara yang miskin, kerajaan tak mampu nak bayar gaji cikgu setimpal dengan tanggungjawab & tugas dorang, tu lain cerita.
P/S : Mungkin budak ni dia menaip pakai tangan jugak cuma fikir pakai kepala lutut jer.. jadi cikgu2 maafkan la dia yer..
jam dah 4 pagi, tapi aku still dok kalut key-in data exam budak2. kejap lagi jam 6 pagi aku dah nak pergi sekolah. isk, kalo aku ni kerja kilang, dah kaya aku dgn OT. tapi apakan daya, kerja cikgu saja... huhu.
ReplyDeletemenarikk..... saya suka komen balas dan penjelasan yang diluahkan oleh Lekit. Terima kasih yang tak terhingga.. Ya, soal ikhlas atau tidak itu dtangnya daripada hati, dan akan dinilai oleh Allah swt...
ReplyDeleteSebenarnya ada baiknya juga komen dan pandangan daripada pihak luar bagi membuka mata dan kesedaran buat SEGELINTIR GURU yang ada ciri2 yang disebutkan oleh penulis d atas.
Cuma teguran itu biarlah berpada2 dan tidak menyinggung. manakala pihak yang ditegur juga perlu terima dengan hati yang terbuka. ambil yang jernih, buang yang keruh.
Secara jujurnya, saya pun bukanlah kategori guru yang baik sebab saya juga manusia biasa yang tidak terlepas drpd melakukan kesilapan. Tetapi insya Allah, dengan tgjwab dan amanah sbg seorang pendidik, komitmen utk belajar memperbaiki diri itu amat penting..
Terima kasih atas teguran dan sokongan yang diberikan kepada warga pendidik demi kemajuan anak2 bangsa..
bestt & pedass.. terbaikk!!
ReplyDeletemalas nak buat entri pasal ni sebab dia pun dah tutup blog.
ReplyDeleteyang lucunya ada member kata dia frust kena reject dengan lelaki yang kerja cikgu sebab muka banyak jerawat hihihi
saya tak sedih pun dengan kata2 berapi dia tu ciklekit,tapi saya kesian.Kesian sangat..
Mudahmudahan Allah bukakan hati dia untuk berkata perkara yang baik-baik..AMIN
mana-mana pekerjaan pun sama asalkan halal... apa guna gaji ribu-ribuan tapi kerja sambil lewa... ya dak...? apa la salah profesion keguruan ni pada miss engineer ni yer... guru manusia biasa.. ada sisi hitam dalam diri.. tapi jangan la pukui rata yg semua guru ni sama... yg mana yg buruk jadikan sempadan.. yang baik kita jadikan ikutan... dah nama pun manusia...kerja hebat camna pun tetap ada yang berperangai baik dan ada yang berperangai buruk.. urut dada jugak baca ayat-ayat si Yana ni.. :)
ReplyDeleteAda baca jugak ni semalam..
ReplyDeleteAkk rasa, cik tu tukar jwtn sbg cikgu, baru dia tau langit tu tinggi rendahnya. Kerja dia ada berdepan dgn kanak2 yg pelbagai ragam? Parents yg pelbagai kerenah? Guru besar yg ada kroni2nya.....cuti diberi tp kdg susah nak apply. Buat soalan periksa kat rumah, tanda buku berpuluh2 sampai bini pun tolong. Belum lg beli alat tulis duit sendiri sb kasih pd anak murid......bukan ikhlas ke tu? Jgn la dia pertikai keikhlasan seseorang kerana ikhlas tu x dpt di ukur, ianya lahir dari hati yg hanya Allah boleh menilai.
ReplyDeleteperlu ke komen mcm ni?
ReplyDeletebaik laaaaaaa....
ReplyDeletebetul juga tu kata cik lekit.tapi, tu lah.pendapat masing2 dan suara hati masing2.hehe..:)
ReplyDeleteTak payah la panjang-panjangkan cerita..pengajaran kepada semua yg terlibat..kalau dulu..telajak kata badan binasa...sekarang ni terlajak tulis blog,badan binasa...
ReplyDeletebes woo jadi cikgu..anak sakit pun gi skolah sbb pk sapa nak ganti masuk kelas?? nanti anak2 murid ketinggalan pelajaran plak...pengasuh anak cuti..cikgu2 bw anak gi skolah duk diam2 dlm bilik guru sbb ibu2 ni nak gi masuk kelas ngaja anak murid..jatuh sakit kat skolah pun smpi pitam x balik rumah..rehat jap smpi ok..da ok masuk balik kelas sbb kesian kat anak murid takut ketinggalan...sekolah plak nun jauh dari rumah..gi skolah lepas azan subuh smpi rumah b4 azan maghrib kalo ptg2 ada tuisyen,koku,kelas kepung..hari2 bawa pencil percuma bg kat anak2 murid yg sentiasa tertinggal pencil box kat rumah..hari2 kena dengar anak murid mengadu mcm2 hal/cerita + lupa bawa duit gi skolah and cikgu hulurkan sbb kesian nanti anak murid x makan..isshhh kalo x ikhlas lagi xtau la..hanya Allah Yg Maha Mengetahui..ooo. I LOVE TEACHING...that's why i quit my previous job yg gajinya lagi byk dr gaji cikgu..gi outstation naik kpl terbang lagi..haha..tp keje cikgu kan mulia..kumpul saham utk akhirat...PEACE NO WAR..
ReplyDeletesy bru bc entry liyana. sejujurnya ada jugak benar kata2nya tp setiap pendapat haruslah m'gunakan ayat2 yg lebih sopan supaya pihak yg b'kenaan tidak terasa hati.
ReplyDeletenk kongsi sket cerita di sini supaya para guru & bakal2 guru dpt ambl iktibar. sy pernah menegur seorng teman(beliau seorang guru) di facebook tentang pendapatnya mengenai sambutan hari guru di sekolah. pda hari b'kenaan beliau telah meluahkan kata2 yg agak kurng sedap didengar tentang smbutn hari guru di sekolah. beliau menyatakn kebosanan dgn p'sembahan2 pd hari guru yg hmpr sma setiap thun. apa yg telah sy tegur ialah, beliau perlu b'bangga & b'syukur dgn sambutan hari guru yg telah diwujudkn khas oleh kerajaan bgi mengenang jasa guru. saranan sy kpdnya ialah elakkn menulis entry yg menyentuh hati pelajar2 di facebook kerana sy bimbang tulisan beliau akn menyebabkan pelajar2nya b'kecil hati. utk mkluman semua, teguran sy adalah ats dasar prihatin dgn situasi yg b'laku & setiap kata2 sy adalah m'gunakan ayat2 yg sopan & dimulai dgn ucapan 'maaf’.
sejurus slps itu, beliau terus remove nma sy dri friendlist facebook beliau. sejujurnya sy sgt t'kedu dgn tindakan drastik beliau me'remove' nma sy. apa yg sy harapkn ialah mklum bls dri pihak beliau. sehingga skrang, sy amat tidak faham dgn tindakannya. namun sy percaya beliau mgkn tidak b’niat utk mengecilkn usaha mna2 pihak. Nasihat sy, elakkan menulis entry yg menyentuh hati pihak2 lain kerana setiap entry yg ditulis m’cerminkn rupa diri kita yg sebenar. Sma2lah kita memartabatkan usaha & jasa semua guru kerana guru adalah pelita hidup!
Buang masa aku nak komen lebih, aku cikgu buat kerja aku..engkau buat kerja engkau..habis cerita..jangan ada PHD ( perasaan hasad dengki ) ok, tak baik daa..blah.
ReplyDeleteBuatla entri yang membina, bukannya nak membinasa. Blog dan Facebook ada sisi baiknya, jadi pilihlah dan gunakanlah ia untuk kebaikan. Guru pun manusia, pasti ada kekurangan dan kelemahan. TETAPI, kalau nak menegur, tegur dengan cara yg berhikmah, sopan dan beradab dan elakkan teguran secara terbuka. KALAU KITA TAK MAMPU BUAT SEPERTI ITU, LEBIH BAIK KITA DIAM. KATA-KATA KITA BOLEH MENGUNDANG FITNAH DAN FITNAH ITU LEBIH DASYAT DRP MEMBUNUH.
ReplyDeleteOrang BIJAK suka DIAM dari berbicara...
adoi, tak puas hati dengan penulisan yg memperkecilkan cikgu tuh
ReplyDeletemungkin ada masalah dgn sorang cikgu, abis semua cikgu dapat tempias
ingatlah, kita engineer ke,doktor ke,perdana menteri ke, cleaner ke,masa silam kita bermula dengan didikan seorang cikgu
kemon lah
Engineer ke... menteri ke... ape ke... smue bermula dengan ilmu yg diturunkan oleh seorang cikgu... harap insan tersebut tak lupa daratan... kalau tak kerana cikgu rasanya dia pun hancur masa depan...
ReplyDeleteumur baru 24.. kompom baru grad.. engineer fresh graduates kat company yang dia tgh keje tu. kalau dia resign, keje company lain, dah takde la title engineer dia tu...
ReplyDeleteermm..xtau nk komen ape. bace komen je la..
ReplyDeletetu baru grad tu. pastu gaji kecik. sbb tu xpuas hati. Cbe suro die jd cegu. kompem cakap lain pulak
ReplyDeleteTerlalu outspoken.. Kekadang membinasa diri..
ReplyDeletesaya maafkan dia ^_^
ReplyDeletefrankly, masa first2 baca entry tu, sy agak frustrated n a lil bit emotional dgn statement dia.but after awhile, sy rasa sgt kesian dgn cik yana ni.sbb entry dia sbnrnya melambangkn diri dia yg so pathetic.byk feedback yg minta ckgu2 maafkn entry dia yg dh b'kurun lama dgn reason sbb dia bdk2 lg. but i think umo 24 tu dh cukup matang utk b'fikir n plus, dia kn engineer yg well-educated.
ReplyDeletecikgu pn manusia biasa. sama mcm profession lain jgk. mana2 jabatan pn akan ada kategori pekerja yg rajin, malas, bz bisnes, ngadap FB spjg office hours etc.
sy sedar ramai yg igt jd cikgu ni untung.yes, some parts mmg ada benarnya n sy sgt bsyukur bgelar seorg pendidik.tp sbnrnya byk lg sisi lain yg tpaksa cikgu2 harungi.bg saya, it's up to u klu cik yana x sudi nk appreciate cikgu2 cik yana dulu. tp at least jgn hina profession kami.
semua pekerjaan ada pros n cons. terpulanglah kpd kita utk mjlnkn amanah yg diberi dgn cara yg bagaimana.n kerjabuat kita itu juga turut mempengaruhi anak2 kita nnt yg of course makan dr hasil gaji kita. x salah nk menegur tp biarlah dgn penuh berhemah. wslm.
komen-komen yg bagus ni boleh wat entry kot....
ReplyDelete(joke je...malas la pk..dah fullstop dah...singgah sini jap)
*pssstt...sori, MD baru komen..
hari ni tergerak hati nak cari isu ni....tak ada orang berhenti kerja cikgu untuk jadi engineer, lawyer, akauntan (profesional) dsbnya. Tapi ada akauntan, lawyer, engineer berhenti untuk jadi cikgu....cikgu memang hebat. Tak percaya!!! anak saya lebih percaya cakap cikgunya daripada cakap bapaknya yang juga seorang cikgu.
ReplyDeletetu la dulu org sibuk apply guru ko ckp x kelas x mau.. apa ko rasa oren..... taik hak tuiii....
ReplyDeleteoi bodo cikgu amik degree. belajar tinggi2. patut la gaji 2k.. yg ko bnding dgn operator kilang pangkat stpm tu buat apa samdol... cuba ko bnding ngan doktor yg GRED 41 sama dgn gred guru tu.. banding penjawat awam gred 41 guru paling kesian gaji oi bangsat.. kesian aku kat cikgu aku ko hina habis.. x berkat la ilmu ko selama ni. patut pun jadi engineer masih bodo. aku budak spm pun tau
ReplyDeletekepada cikgu species hari2 merungut..rasanya penjawat awam paling banyak menyalak dekat kerajaan pasal beban kerja depa semnua yang dianggap berat betul tu golongan cikgu la..padahal depa tak taw yang orang lain nasib lagi malang dari depa yang hidup senang lenang, gaji besar dan pangkat besar..yang paling meluat bila selalu dengaq pasal rungutan cikgu2 ni..muka depan mingguan malaysia hari ni tulis pasal cikgu2 yang jenis suka merungut..cubalah ikhlas buat kerja tu..kata kerja hangpa semua mulia kan
ReplyDeleteExcellent wеblog here! Addіtionally your ѕite lοads
ReplyDeleteup very fast! Whаt host aге you the usage of?
Can Ι get your affiliate hyperlink for your host?
I ωish my web sitе lоaded up as quickly as yours lol
Also visit my blog New York Life insurance
Manusia xlari dr sifat ati busuk n dengki...ai....bawak2 la btaubat...jge la priok nsi sndiri...jgn komen je pndai...ko ikhls ker....
ReplyDelete