CINTA PERTAMA TIDAK DI RESTUI BUAT STEPHEN CHOW TIDAK BERKAHWIN SAMPAI SEKARANG
stephen Chow @ Chow Sin Chi |
Antara filem lakonan dia.. Kungfu Hustle, CJ7, Fight back to school, Sholin Soccer & banyak lagi. Tak larat aku nak senarai. Aku mula kenal Stephen chow atau nama cina dia Chow sin chi ni dalam tahun 90an sebab kakak aku yang nombor dua time tu gila drama & filem hongkong. Kalau dia tengok TV jangan harap boleh tengok drama melayu. Selalu gaduh dengan arwah ayah sebab arwah ayah nak tengok drama melayu hahahaha. Lepas tu banyak jugak la koleksi vcd filem2 hongkong termasuk filem lakonan Stephen Chow dia buat koleksi. Dari situ aku mula kenal banyak pelakon hongkong.. Tapi dalam banyak banyak aku lebih minat stephen chow sebab dia kelakar.
Stephen Chow ni di lahirkan pada 22 June 1962.. Dalam usia 55 tahun dia masih berstatus single ok! Dia tak pernah berkahwin apatah lagi mempunyai keluarga. Katanya dia tak minat untuk berkahwin tapi jangan salah sangka ok! Dia bukan seorang yang gay ataupun homeseksual.
StephenChow Bersama Jacqueline Law |
Sepanjang karier dia.. dia memang tidak pernah di gosipkan mana2 pelakon wanita yang pernah bergandingan dengan dia. Cuma di awal karier dia pernah bercinta dengan seorang pelakon wanita terkenal masa tu semasa semasa membintangi filem The Final Combat. Gadis yang berjaya menambat hatinya itu bernama Jacqueline Law, seorang pelakon wanita yang sangat berbakat di Hong Kong. Itulah cinta pertama Stephen Chow. Tapi di sebabkan ibu dia tak suka pada pelakon wanita tersebut hubungan mereka terputus. Sebab di besarkan hanya bersama ibu, stephen chow tidak membantah cakap ibunya. Bagi dia ibu & keluarga adalah lebih penting dari segalanya. Lepas putus cinta memang dia sangat kecewa & sedih. Lepas tu ada jugak dia bersama pelakon wanita yang lain tapi hubungan mereka tidak sampai hingga ke peringkat perkahwinan kerana dia tidak lagi berminat untuk berkahwin. Tak tau ada yang kata.. dia masih tak boleh lupa cinta pertama dia tu.
Stephen Chow bersama ibunya |
Dia sendiri pernah kata.. Kalau masa boleh di ulang dia sendiri takkan pilih jalan hidup yang terlalu sibuk dengan kerja macam sekarang. Tu la kan.. di kurniakan nama yang gah.. kekayaan yang melimpah ruah tapi mungkin jauh di sudut hati dia kosong & sunyi. Dalam usia macam tu sepatutnya dia dah ada keluarga.. Anak2 pun mungkin dah semakin membesar tapi tu la perjalanan hidup dia mungkin dah tertulis macam tu. Tapi belum terlambat.. 55 tahun pun rasanya kalau dia buka hati dia untuk seseorang masih ramai yang sudi termasuk la perempuan2 muda.
kesian gak dia.
ReplyDelete