LALA OH LALA.. LAMA TAK DENGAR CERITA
Lepas buka TV, kalau ada rancangan peberet dia, dia tengok la. Kalau takde dia tengok TV time iklan je tak pun time lagu2 patriotik bertema 1 Malaysia tu. Sementara takde benda menarik kat TV.. dia akan mula memanjat apa2 je boleh di panjat. Panjat sofa je selalu sebab sofa je benda yang ada boleh dia panjat kat depan tu. Atau sepahkan mainan dia yang sebesen & pelbagai jenis. Kalau bosan dia merayap2 di kawasan sekitar mencari benda yang terlarang untuk main. Malam dady ada kat rumah, boleh layan upin ipin kat youtube guna enpon kecik je. Sementara nak tido.
Lala sekarang baru ada 6 batang gigi dalam usia setahun 3 bulan. Baru pandai berdiri sendiri tanpa berpaut.. Jalan coming soon la kot. Lambat sikit dia berjalan berbanding baby2 lain tapi perkembangan otak dia takde la terbantut. (Lambat jalan mungkin di pengaruhi faktor keturunan kot sebab bapak lala pun setahun setengah baru berjalan. Mak lala cepat je jalan tapi lala pilih ikut jejak bapak dia nak buat macam mana, kan?? Gigi atas pun macam bapak juga.) Setiap hari ada je benda baru dia belajar. Belajar mengumpil benda yang melekat, Belajar menggunakan apa2 benda sebagai alas memanjat & macam2 lagi la dia belajar setiap hari secara semulajadi.
Susu dah 70% susu formula. Cuma time bangun tengah2 malam & bangun tengah2 pagi buta je dia nak minum susu ibu. Alhamdulillah masih ada stok lala minum. Kalau siang2 hari dia tak nak pulak.
Lain2 nanti next entri pasal lala mummy story.
P/S : Siapa tak suka tengok anak cepat bercakap, berjalan tapi setiap perkembangan baby tu tak sama. Ada yang cepat & ada yang lambat jadi tak perlu la kita nak buat perbandingan yang mungkin buat orang lain terasa. Setakat berkongsi pengalaman tu ok ler.. tapi jangan memperlekehkan pulak. Peace!
alahaii..comeynye dak lala ni..geram betol tengok..
ReplyDeletetakpe mummy..selo bukan bermakna takde perkembangan kan? biar je mulut2 busuk org tu..wat tak dengar je..yg penting mummy sendiri tahu macam mana progress lala membesar..semoga lala sehat selalu..
cai cik lala..lama x tgk muke die kat belog mummy ni.. hehe..
ReplyDeletealhamdulillah...dah semakin mebesar.. abes semua pakat nk rasa dlm mulut ye.. hihih..
yg penting lala sihat dan tumbesaran dia bagus.. cepat @ lambat itu xpe.. jgn tang tu je duduknye..harusla risauu..
semoga lala membesar bagai juara :)
Kejap jer dah beso. Bley tahank gak lasaknya yer. Macam anak dara saya...suka memanjat. Anak sulung saya dulu dekat setahun lima bulan baru bley jalan. Jgn risau ☺☺
ReplyDeletebijakkk :)
ReplyDeletesemoga lala aktif membesar :)
ReplyDeletealololo pic last tiut miut
ReplyDelete