CHEF WAN SIFATKAN CENCALOK, BUDU & PERKASAM ADALAH BANGKAI
Taknak cakap banyak just nak cakap sikit tapi banyak jugak.. Chef Wan ni tak pandai bezakan bangkai dengan makanan yang di perap @ di jerukkan ke? Rasanya orang nak makan ikan, udang, sotong & apa je makanan laut ni mana ada kena sembelih dulu. Main siang jer.. Takde istilah bangkai pun.
Moral of the che wan story.. Ingat yer adik2.. beza bangkai dengan makanan laut yang di keringkan, di jerukkan atau di perap adalah sangat berbeza. Takde istilah makan bangkai kalau korang gemar makan cencalok,budu, ikan masin bagai. Anggap la Tok Wan ni dia tak berapa sihat masa keluarkan statement tu. Yelah.. manusia semua buat silap.
Salam Mami Lala..
ReplyDeleteHehehe.. cencaluk dgn budu pun terkono jgk..
hm.. licha mmg tak makan cencalok dengan budu. jadi tak tau lah apa rasanya kan.
ReplyDeletecuma bab sensitiviti makanan ni memang boleh jadi isu.
masaalah orang tua nyanyok...dia masak bukan sedap pun..
ReplyDeleteaduhai..... belacan, cencaluk, budu semua tu peberet makkkk...... cepwan nyanyuk kot.....?? rasanya laa... heee~
ReplyDeleteAiiyyyaaaa... pabila Barat menjadi ikutan, segala makanan bangsa Melayu dihina2kan. Ish3...
ReplyDeletecencalok sdp..budu pn sodapp..tp cncalok pernah mkn skli jer..sob2
ReplyDeleteaduhai....
ReplyDeleteapa yg chef wan cakap tu mmg betul, hanya disampaikan dalam bentuk yg agak "lepas".
ReplyDeleteIkan dan udang adalah termasuk dlm kategori bangkai tetapi bangkai yg halal dimakan, begitu juga dgn belalang, maknanya ia tidak perlu disembelih sebelum memakannya, ini termasuk dlm bab fiqh.
cencalok, budu, belacan, ikan masin (yg berbau agak busuk samada disengaja atau tak sengaja pemprosesannya) adalah makruh hukum memakannya, sptmana memakan petai, jering, kerdas dan yg seangkatan dgnnya. Apapun terbukti ianya sgt digemari ramai org terutamanya dikalangan org melayu dan Islam wlp mungkin ada org lain atau bangsa lain yg sgt terganggu dgn kehadiran bau itu.
jadinya sesiapa yg sewenang2nya menuduh chef wan tu nyanyuk, harap berguru lagilah ya esp bab2 fiqh ni...takut nanti jadi kata dulang paku serpih. Dah tu ada link pulak nak tau siapa yg sebenarnya nyanyuk.
terima kasih Anonymous dengan penjelasan. Saya anggap ia ilmu yang bagus tapi tu la kan.. dalam masyarakat kita ni ada adab. Kalau panggil bangkai tu hina sangat.
DeleteIlmu baru dapat dari cik anon.... alhamdulillah :) tarik balik ayat pasal nyanyuk itu...
Deleteharapnya budu
ReplyDeleteyang di makan diproses dengan baik, kerana ikan gelama masam yang kita grmari mungkin boleh dikatakan haram di makan sekiranya proses pengeringan tanpa membuang peru ikan terlebih dahulu.. nmpak mudah, pahit tp itu hakikat..ia mcm bangkai...