RESEPI LAKSA GORENG KORBAN
Inilah laksa Goreng Korban aku. Aku guna laksa jenis bihun yang kecil even label kat plastik dia tulis laksa beras, Sumpah takde langsung rasa laksa beras. Rasa laksa biasa jer. |
Tak susah nak masak dia.. Bahan2 yang di perlukan jugak tak banyak. Aku cuma guna
Laksa yang siap rebus & dah lembut
Cili giling yang ready made (boleh beli kat mana2 pun ada jual)
kicap manis
kicap masin
serbuk perasa (tak wajib)
telur
Timun
bawang besar
bawang putih
Daun Selom (lebih masa buat laksa berkuah haritu)
telur
Cara2 nak buat dia pun sangat senang..
Tumis bawang merah & putih
Masukkan cili giling tu ikut suka la banyak mana nak masuk. Agak2 cukup bagi rasa.
Masukkan kicap manis & masin
serbuk perasa
Pecahkan telur. Kacau hancur
Masukkan laksa rebus & gaul hingga sebati
Last sekali masukkan timun yang di hiris memanjang macam nak makan dengan laksa berkuah,bawah mentah,daun selom (yang biasa orang makan dengan laksa berkuah)
Gaul sekejab & tutup api. Jangan lama2 masak bila dah masuk sayuran ulaman tadi. Kalau boleh dah siap masak laksa baru gaul sebati bahan ulaman tu
Dah siap..
Kalau korang spesis pemakan pedas ,Boleh tambah cili padi. Yelah.. jenis pemakan pedas ni kadang2 makan roti pun depa nak ada rasa pedas inikan makan benda2 goreng macam ni. Tu sebab stok perasa2 yang pedas sentiasa ada dengan mereka atau kalau makan kat mana2 even makan western food pun dia request cili padi. Kalau nak tahu korang betul2 penggemar makanan pedas baca la kat link tu. Sebab setakat makan sambal tumis belum kategori orang yang obses dengan makanan pedas.
Apapun kalau ada lebihan laksa yang dah rebus tu tak tau nak buat apa jangan buang. Transferkan dia menjadi laksa goreng yang sedap, cepat di masak & sedap di makan.
Mak akak pun suka goreng laksa untuk elak pembaziran katanya...zaman kecik2 ini yg selalu ditunggu sebab jarang2 mak masak. Anak2 akak sekrang kalau goreng laksa depa tengok je. Suria di tulis laksa beras sebab laksa tu dibuat dari tepung beras bukan tepung gandum...kikikiii...
ReplyDeletesebab dia memang takde rasa beras langsung. Biasa makan laksa beras dengan laksa tepung ni memang ada beza sebab tu saya tak rasa tu laksa beras tapi memang rasa 100% laksa tepung
ReplyDelete