RESEPI ASAM PEDAS AYAM PALING MUDAH & SEDAP
Maka ke dapurlah kita bagi menyempurnakan hajat di hati tu. Gitulah kalau hidup sendiri ni.. Kau nak makan.. pepandai la kau masak. Takde orang nak tolong masakkan. Malas ke rajin kena la jugak berketung ketang kat dapur.
Nak masak asam pedas ayam ni.. Bukan setakat kena ada daun kesom, serai bagai.. Nak tau apa bahan bahan yang perlu ada untuk masak asam pedas ayam ni.. Meh la tengok. Jangan risau kalau version lekatlekit ni memang mudah mudah belaka tapi Insya Allah sedap hingga menjilat pinggan..
Bahan bahannya adalah
Ayam
Cili kering
Bawang besar
Bawang Putih
Halia
Kunyit Hidup (Takde pun tak apa)
Belacan
Serai
Daun kesom
Minyak Masak
Air Asam Jawa
Bahan kisar
Cili kering (sebelum blend tu elok rendam dalam air panas sekejab)
Bawang besar (aku guna sebiji je sebab masak sikit)
Bawang putih
Halia
Kunyit hidup
Sedikit belacan
Cara memasak
Potong ayam ikut size yang korang suka. Cuci & letak tepi sekejab. Panaskan minyak & tumiskan bahan kisar & serai yang dah di di ketuk kemudian masak sehingga pecah minyak. Dah pecah minyak masukkan ayam & daun kesom biar masak sekejab. Masukkan air asam jawa. Masukkan garam atau serbuk perasa.. Biar masak sekejab lepas tu siap untuk di hidang.
Sila tadah baldi takut banjir dengan air liur lepas tengok asam pedas ayam den ni hahaha |
Senang kan adik adik. Jadi takde alasan tak reti memasak lepas ni. Ni kira masakan asam pedas ayam paling basic la. Tu pun dah sedap.. Bayangkan guna resepi yang lebih pro. Mau terangkat meja makan katanya. hehehe
Lepas ambil makanan berat sedap jugak kan kalau dapat makan pencuci mulut yang manis2. nak2 lagi lepas makan menu pedas macam asam pedas ayam ni.
Amboi, tu dia... Sekali dia berkentang-kelentung di dapur, tuptup keluar gambar asam pedas ayam gitu. Siap daun kesom bagai. Nanti balik ni nak check ada tak balance ayam yang tak dimasak lagi.
ReplyDeleteEh, takpalah! Takda ayam, kita guna daging korban ajelah!
Walaupun dah tengok kat FB tadi, masih terliur lagi kisah dia.. haha!
ReplyDelete