Semalam terbaca update terkini di Harian Metro online.. Menurut cerita salah seorang mangsa yang terselamat kesemua 5 murid termasuk 4 yang belum di temui mati akibat kelaparan cuma seorang murid berusia 8 tahun, haikal mati lemas ketika menyeberang sungai. Ya Allah tak dapat aku bayang perasaan 2 murid yang terselamat melihat yang lain mati depan mata. Dengan ketakutan dalam hutan, tengok kawan2 lain meninggal dunia mesti trauma budak budak tu. Kalau kita yang dah tua bangka ni pun boleh trauma apatah lagi budak budak.
Semua orang nak tau apa berlaku pada mereka semua semasa dalam hutan. Sebab yang terselamat mendakwa ada seseorang memberi mereka makan kepada mereka berdua? Aduhai timbul lagi satu misteri yang tak terungkai. Manusia atau makhluk yang menjelma sebagai manusia? dalam hutan macam2 makhluk ada. Hanya Allah yang lebih mengetahui segalanya yang berlaku. Dan tak mustahil mereka cuma berhalusinasi. Sebab manusia kalau dalam keadaan tertekan memang boleh jadi macam tu.
Sumber Harian Metro |
Apapun.. tak sabar nak tunggu hasil siasatan kenapa budak2 tu sampai boleh lari hanya sebab membuat kesalahan kecik iatu mandi sungai?? Aku tetap nak tau benda tu. Kalau tak dapat tahu aku rasa tak puas hati pulak. Hope ada jawapan dalam masa terdekat. Kenapa mereka semua takut sangat sehingga lari dari asrama.
Artikel yang berkaitan kes ni : KRONOLOGI MISTERI KEHILANGAN 7 MURID ORANG ASLI DI GUA MUSANG
5 Komen Melekat:
okay memang misteri... hahaha tapi dapat makanan dari seseorang pun boleh cengkung macam tu, takut tengok ;(
mesti fobia nak gi sekolah.....
Kathy pun sangat2 tak sabar nak tau prkembangan kes ni sis..
Misteri sangat ni....sapa la yg dok bagi makan kat bebudak ni....kalau manusia mesti dah bagitau polis yg sedang dok mencarik...
dari ape yg saye bace sebelum ni, dibagi makan oleh seseorang, budak tu maksudkan adalah pasukan penyelamat pertama menjumpai mereka telah memberi mereka makan/minum. tu yg budak ni maksudkan. xkanlah dah bagi makan still kurus kering mcm tu. lagi pon yg berdua ni adalah yg paling 'tua' antara yg hilang ni, iaitu 10 dan 11 tahun. yang meninggal umur 7,8 dan 9 tahun.so mungkin fizikal mereka mempengaruhi ketahanan mereka dari kebuluran melampau. tapi kuasa tuhan, alam misteri tu mmg wujud. tapi tragedi ni secara pendapat peribadi saya adalah tiada misteri. tuhan lebih mengetahui. sekian
Post a Comment
KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini