TIPS MELATIH ANAK UNTUK KENCING BERAK DI TANDAS (FREE DIAPERS)
Semalam ada nampak blogger Melastik Bintang buat entri pasal masalah toilet training anak dia yang dah nak masuk 4 tahun. Walau dah pesan nak kencing bagitau tetap dah terkuncil baru la budak tu bagitau. Yelah sebelum ni... depa selesa nak kencing, kencing jer kat memana sebab pakai pampers kan. Sementara nak biasa kencing kat toilet ni memang ambil masa sikit.
Anak aku mula2 buat toilet training pun aku rasa nak menangis. Bawak pergi toilet tunggu dekat setengah jam tak kencing, alih2 keluar toilet tak sampai 5 minit dia kencing. Kadang2 baru jer kencing tak sampai 10 minit lepas tu kencing lagi. Sebab depa masih belum pandai control kencing. Sebab anak aku ada masuk terapi, so therapist dia ada ajar aku cara buat toilet training. Maka boleh la aku share dengan semua.
Mula2 memang susah sikit. Setengah jam sekali kena bawak pergi toilet untuk biasakan mereka kencing atau berak kat toilet. Buat satu jadual toilet dorang. Contoh macam ni..
Seminggu pertama tu memang perlu tahap kesabaran yang tinggi untuk toilet training ni.. Tapi masuk minggu kedua, Insya Allah dah tak terkuncil dalam seluar & anak dah boleh control kencing sehingga ke toilet. sebab anak aku 2 minggu train, dah tak payah pakai pampers. Kira free diapers la kalau kat rumah ni. Tidur malam pun dia sekarang memang tak terkencing ke hapa. Memang tak pakai pampers dah. Jimat la pampers.
Kejayaan adalah milik orang yang sabar sebab takde orang keluar dari perut mak terus dapat degree terus jadi Perdana Menteri. Semua kena di ajar & belajar. Macam tu jugak dengan toilet training ni. Aku yang hari2 dok buru hantu ni pun tabah bawak anak aku setengah jam sekali ke toilet. Kadang2 sampai setengah jam aku tunggu dia kencing, tak kencing2. Tapi aku tetap sabar.. 2 minggu lebih aku buat benda yang sama sampai dia dah biasa dengan rutin kencing kat toilet. Nak kencing bukan dalam seluar tapi kat toilet.. Dah boleh control kencing, sekarang aku rilex sikit la. Sebab anak aku dah berjaya melepasi toilet training. Bila benda tu jadi kebiasaan, Insya Allah akan jadi rutin. Aku selalu pysko anak aku, kencing dalam seluar adalah satu kesalahan. So, bila dia terkencing dia akan tunjuk rasa bersalah. hahaha.. tang tu macam kejam. Tapi berjaya buat dia control kencing. Tapi jangan sampai anak trauma pulak. Asal terkuncil dalam seluar jer menggigil takut macam bunuh orang. Tu tak elok untuk perkembangan anak yer. Just pysko sikit2 sudah.
anak aku seorang kanak kanak speech delay, so dia ada masalah pertuturan. Macam budak baru belajar cakap sekarang ni. Memang la benda2 macam ni lambat sikit dia pickup kan sebab dia susah nak berinteraksi. Tapi kalau anak2 hangpa yang cakap macam bertih jagung dah.. Rasanya boleh berjaya tak sampai 2 minggu kot. Yang penting consistent training & jangan cepat putus asa. Paling penting masa train dia jangan pakaikan pampers. Kena biasakan dia tanpa pampers. Jangan bagi dia rasa selesa bila kencing. Biar dia rasa basah bila terkencing dalam seluar. Benda tu akan buat dia rasa tak selesa & merangsang kebolehan dia untuk cari keselesaan jugak. Bila dia rasa bila terkencing tak selesa secara automatik dia lama2 akan rasa tahan kencing sampai ke tempat sepatutnya dia kencing. Tu teori aku ler... hehehehe
Moral of the story.. Pada umur berapa hangpa nak latih anak hangpa ke toilet bergantung pada kemampuan dia la. Macam anak aku lambat sikit aku train. 3 tahun setengah baru aku start buat toilet training sebab masalah speech delay dia aku mula2 macam tak confident dia boleh berjaya tapi therapist yang sangat2 membantu buat aku rasa positif. Ternyata masalah speech dia bukan satu masalah untuk buat toilet training. Tak perlu tunggu petah bercakap, cukup dia boleh faham arahan, Insya Allah dia mampu.
sy pn ada niat nk buat jugak..anak 2y.. aritu pnh 1hari jer..xsggup la sbb tgh tdo siang tu dia kencing atas toto..haha..xpelah tgu sikit msa lg r buat.hehe
ReplyDeleteHehehhe... Kat tadika alia pun kena cakap dgn betul. Nak kencing cakap buang air kecil,nak berak buang air besar. Cikgu diorg ni strict betul dgn budak tadika. Hehehe.
ReplyDeleteboleh try ni.............tapi agak mencabar jugak la ye.hurmmmm~~~
ReplyDeletegood info..terima kasih
Anak akak yang macam bertih tu pun start potty train masa umur 3 tahun setengah yang mana akhir tahun lepas. Tapi mujurlah dua hari je dia terkucil. Lepas tu dia pandai cakap nak pee bila rasa nak ke toilet. Masa nak train tu, puaslah akak mencari ilmu. Itulah katanya take note bila dia last pee dan sebagainya. Akak pun punyalah teruja agak lepas dia pee, siap buat timinglah mesti lepas setengah jam, satu jam nak bawa. Dibantainya 4 jam kita dok tanya dia tak mahu pulak pee. Rasa nak nangis jerk dok pujuk masuk toilet suruh shhhhhh.....
ReplyDeleteSekarang ni dah pandailah maklumlah dah jadi orang bujang katanya tapi kalau jalan jauh adakalanya kita pamperskan juga. Pampers pun dah masuk size XXL nih!