KESEKSIAN SEBENAR SEORANG LELAKI YANG MEREKA TIDAK TAHU

10/14/2015 02:19:00 PM suria lekatlekit 1 Comments

KESEKSIAN SEBENAR SEORANG LELAKI YANG MEREKA TIDAK TAHU. Badan sado buat lelaki nampak seksi? Alah setakat sado belum buat lelaki nampak seksi ok. Kadang2 badan sado pun buat lelaki nampak bodoh. Hahahhaa. Tu dia terbeliak abang abang sado baca mukadimah entri ni. Kang ada pulak dari geng abang sado datang menyerang entri ni tapi confirm guna identiti anonymous. Mana pulak tunjuk diri sendiri katanya satgi orang tau mesti la kena balik kan. Hahaha.. Sebelum ada mana2 geng abang sado yang perasan lebih marilah kita membincangkan isu hangat hangat taik ayam ni dengan segera. Satgi tak pasal banyak hati sentap sebab baca satu perenggan je..


Ramai lelaki nak jadi macam Zul Ariffin.. badan sado muka hensome. Konon nak jadi hot stuff yang di gilai ramai wanita padahal depa sebenarnya lupa manusia dalam dunia ni ramai & ada macam2 citarasa. Tak payah la sampai nak suntik dadah bagai dalam badan semata mata nak dapat badan sado tanpa perlu bersusah payah ke gym & ambil supplement. Tak semua orang suka tengok lelaki sado ada yang geli geleman tengok orang badan berpetak macam roti bun. Kadang2 tu sampai leher pun tak nampak sebab otot kat bahagian bahu tu besar sangat. Dah macam popeye pun ada. So, jangan obses sangat nak sado yer abang abang sekalian kerana nak menarik perhatian ramai gadis.

Sebenarnya sado & hensome ni bukan ciri utama menjadikan seorang lelaki tu jadi idaman ramai. Ada faktor lain yang korang tak perasan wahai lelaki. Memang badan sado jadi perhatian bila korang di khalayak ramai tapi kadang2 orang perhati bukan sebab kagum tapi sebab nampak pelik & lucu tengok korang.

Bagi lelaki yang sedang mencari cinta dengan mensadokan diri atau cuba menjadi hensome & comel macam retis kpop dengan  plastic surgery. Hentikan perbuatan tersebut dengan segera. Lepas korang baca artikel ni confirm persepsi anda akan berubah. Nak tau apa yang seksi di mata seorang perempuan pada seorang lelaki meh baca ni >> 7 Keseksian Sebenar Seorang Lelaki Yang Lelaki Sendiri Tak Tahu <<

Anugerah Tuhan tu kadang2 dah cukup elok & sempurna untuk kita cuma tu la kadang2 sebagai manusia ni kita susah nak rasa puas dengan apa yang kita miliki sampai buat perkara memudaratkan diri sendiri. Untuk apa jadi plastic sedangkan di dalam kau dah mereput. hehehe Peace Yo!

1 comment:

  1. Setuju ... Harap badan sado, tapi barang dapur semua harap bini tak guna juga sebenarnya...

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com