SEMAK DENGAR SYEERA NYANYI LAGU ARJUNA BETA MIX ULEK MAYANG DI PENTAS MENTOR MILENIA 2017 MINGGU KE 9
Minggu ni persembahan protege agak membosankan bagi aku kecuali Usop.. Minggu ni dia kembali beraura. Mungkin sebab pilihan lagu minggu ni memang dalam kepakaran dia untuk bawak. Usop ni bagi aku.. Untuk pertandingan macam ni tak boleh sangat bereksperimen dengan vokal dia.. Dia ada genre dia sendiri sebab dia bukan boleh bawa semua genre cuma rezeki dia jadi viral selepas ujibakat mentor milenia 2017.
Persembahan Usop semalam memang antara persembahan yang terbaik walau dia bawa lagu asalnya dari seorang penyanyi wanita. Aku masa dengar Usop nyanyi memang tak tahu penyanyi asal lagu tu wanita malah aku sendiri pun tak tau sapa penyanyi asal lagu tu. Tapi Usop bawa lagu tu memang serius tak dengar macam lagu penyanyi wanita. Kat situ dia berjaya bawa lagu tu macam lagu dia sendiri.
Along.. Aku kesian dengan budak ni sebab bagi aku dia mempunyai vokal yang sedap & power jugak cuma kalau pemilihan lagu tak sesuai dengan vokal dia memang berisiko. Persembahan terbaik Along aku rasa masa dia bawa lagu Jamal Abdilah.. kekasih awal & akhir. Even dia bawa lagu yang agak berat tapi sebab nampak sesuai dengan vokal dia.. Dia mampu meraih juara mingguan. Cuma tu la.. Mentor dia main peranan penting untuk pilih lagu yang memang dalam kemampuan protege dia untuk bawa. Terlalu bereksperimenpun tak boleh dalam pertandingan macam ni. Di sebabkan Mentor dia rajin sangat nak buat kajian sains bereksperimen dengan protege dia.. Tu sebab la Along sentiasa di Bottom 2 hampir setiap minggu. Cuba tengok hazama.. dia ada strategi dia sendiri.. Even dia bagi juga lagu yang lain dari genre protege dia biasa bawak tapi tetap dia akan bagi lagu2 yang memang dia tahu itulah kekuatan protege dia macam Balqis & Along. Tak boleh setiap minggu nak buat eksperimen. Tu sangat berisiko.
Balqis antara protege kegemaran aku jugak la.. Cuma semalam aku rasa vokal Balqis agak terkucar kacir even arrangement persembahan dia menarik. Tapi starting pun dah macam spoil sana sini suara dia.. Walau juri awam nampak suka bagi markah penuh tapi sebab persembahan dia semalam yang kurang power tu sebab dia berada di bottom 2. Apapun semalam Balqis nampak cantik tapi menyeramkan dengan makeup & busana yang macam pontianak jer hehehehe
Semalam Syeera pilih lagu yang aku rasa agak berat untuk menjiwainya. Lagu dari Fynn Jamal, Arjuna beta walau persembahan Syeera ni selalunya unik tapi rasa macam tak kena la black mix kan lagu Arjuna beta dengan Ulik Mayang. Mungkin arrangement lagu tu tak berapa ada connection antara lagu arjuna beta dengan ulek mayang kot. Ntah la.. tak tau nak explain macam mana tapi memang buruk sikit la dengar. Sekali lagi minggu ni aku rasa semak dengar Syeera nyanyi even suara dia nyanyi lagu apapun tetap sedap. Cuma.. tu la jangan terlampau nak buat kelainan sampai jadi tak sedap orang nak dengar.
Elica nyanyi lagu stacy, Bosan. Bosan la Elica i dengar U nyanyi semalam even u nampak comel sangat atas stage. Tak di nafikan vokal Elica memang power tapi sayang dia bawa lagu Bosan semalam memang kedengaran bosan so aku tak pertikai kenapa juri awam bagi elica markah yang rendah. Tak semua lagu di beri nafas baru tu sedap.. kadang2 bau nafasnya ngak enak dong! Baca kat page tv3 ramai tak puas hati dengan markah yang juri awam bagi pada elica. Apapun.. Elica memang nampak peluang besar untuk ke final.
Persembahan Peserta Ujibakat pilihan semalam adalah yang die hard fans New Boys.. Ecam atau kawan2 dia panggil dia tomok sebab dia buat rambut ala2 tomok masa berambut la. hehehehe. Semalam dia nyanyi lagu new boys juga & di beri penghargaan berduet dengan tomok atas pentas. Ok la.. Tomok nyanyi lagu new boys dah tak sengau masa zaman new boys kan? Vokal dia lebih matang bersama usia katanya. Yang tomok jadian tu pun suara ok la boleh nyanyi cuma tak cukup power. Kalau serius dalam bidang nyanyian masih ada harapan. Pi la masuk mana2 kelas vokal
Untuk semalam.. Keseluruhan persembahan memang aku rasa persembahan Usop je la paling terbaik sebab tu semalam Usop di pilih sebagai juara mingguan. Yang lain2 tu serius agak bosan.. Mungkin minggu ni minggu membosankan dalam mentor milenia kot. hehehehe.
Apapun tahniah kepada semua protege sebab semalam semua berjaya ke peringkat seterusnya sebab tak ada penyingkiran lagi minggu ni. So minggu depa make sure mentor jangan nak buat kelas sains sangat dalam mentor milenia.. Ni masa anda kena bagi lagu yang memang dalam kemampuan protege anda untuk bawa supaya mereka boleh ke peringkat semifinal seterusnya ke final. Bukan masa dah nak cabar protege buat sesuatu di luar kemampuan mereka. Just polish & highlight depa buat persembahan yang terbaik je, ok!
P/S : Sejak minggu lepas perasan tak ada muka Dato Vida sebab dia jadi penaja bersama Mentor Milenia 2017. Tapi kesian dah tak boleh interframe lebih2 kat stage atau jadi juri. Dok belakang je.. Muka pun kurang senyum. Bukan benci kat Dato Vida.. cuma kami nak menonton pertandingan nyanyian bukan nak tengok iklan produk kecantikkan & kesihatan. Kalau nak cari produk google search je.. semua ada. Yang organic, natural, beracun, bermekuri bagai... Pilih je nak yang mana. hehehehehe
Kali pertama akak tengok Mentor Milenia ni kalau tak silap masa tunggu doktor panggil kat klinik ^_^ Terkuranglah sikit rasa sakit bila dapat tengok hiburan nih...
ReplyDeleteEntahlah akak tak mengikuti pun rancangan ni sejak dulu sampailah sekarang. Dulu panggil Mentor aje yerk, sekarang dah Milenia yerk?