SERAM! SAMARA KEMBALI MENGHANTUI
Alah.. tak payah dok buat tak kenal sangat la dengan samara. Takkan tak kenal samara kot. Kata peminat filem seram... Bagi penggemar filem seram rasanya The Ring antara filem yang korang pernah tonton. Ni kira sekuel dari filem The Ring la yang ketiga. Yang pertama The Ring.. Yang kedua The Ring II & yang terkini sedang di tayangkan kat pawagam Rings.. Mengekalkan hantu yang sama iatu samara. Hantu dari pita video. Dia akan membunuh sesiapa saja yang menonton pita video yang memaparkan dirinya.
Rings mengisahkan sepasang kekasih yang cuba merungkai lagenda misteri sebuah pita video. Lagenda tersebut mengatakan sesapa je yang menonton pita video tersebut akan mati selepas 7 hari. Nak di jadikan cerita si pakwe ni tertonton video tu.. Demi nak menyelamatkan pakwe, si makwe rela menjadi ganti korban tapi lain pulak jadi bila dia cuba menjadi korban dia berjaya merungkai 1 misteri lain pulak yang terdapat rakaman lain dalam pita video tu yang belum pernah di tonton sesiapa. Rakaman apa pulak.. Ingat rakaman samara keluar dari perigi jer.. Kalau nak tau pi la tonton kat pawagan. Dah di tayangkan sejak 9 febuari lepas.
Dari info hiburan yang aku baca.. Filem ni di gambarkan sangat seram la sampai pelakon yang terlibat dalam filem ni pun mengakui keseraman tu dapat di rasa sehingga habis shooting. Bunyi macam seram sangat dah.. Tapi tunggu yer sampai aku yang tengok. Seram ke tidak.. Tapi tu la kena tunggu 3 - 4 bulan lagi la baru ada keluar DVD. Kalau cetak rompak rasanya tak lama lagi ada la tu.
Gimik promosi filem ni pun boleh tahan.. sapa2 yang ada penyakit jantung pun boleh arwah. Katanya habis terkejut pelanggan kat sebuah kedai barang elektronik bila tetiba hantu samara keluar dari TV kejar dorang. Dahsyat promosi mat saleh ni buat kan... Korang boleh tonton kat video di bawah ni
Jadi peminat filem seram apa lagi serbu la panggung weekend ni. Lepas tu jangan lupa review yer. Nak baca review kat blog lekatlekit aku cuma pengumpul dvd seram memang lambat lagi hahahaha
aku la ni dah kecut ak berani nk nengok cerita hantu sgt dah ..bakpe tah faktor usia kot
ReplyDelete