SPINNING GASING.. FILEM TERBAIK TAPI BUKAN UNTUK TONTONAN UMUM
Saya ni ada satu perangai yang kalau sampai satu tahap saya rasa terlalu penat fikir masalah saya mula nak cari something yang boleh saya hanyut sat.. Bukan la isap dadah. Tak juga minum air ketum.. Yang tu bukan hanyut dah boleh tenggelam di bawa arus. Silap2 kerahmatullah tak pun ke rumah besi lah.. Saya suka nak tengok balik filem2 favorite saya dulu dulu.. Time2 macam ni bukan filem seram ok! Filem seram memang tak menerjah sangat ke dalam kotak fikiran saya.
Filem2 yang ada sentimental value.. Tapi bukan filem ombak rindu. Ombak rindu sampai sekarang saya tak pernah tonton. Antara filem yang boleh buat saya terbuai.. macam filem Puteri Impian, Spinning Gasing, Sepet.. Filem filem yang ada jiwa macam tu saya suka sangat tonton.
Sabtu lepas saya sempat la layan Spinning gasing kat youtube sebab saya tak ada koleksi DVD filem tu. Dulu ada la VCD tapi semua tu khazanah rumah kat kampung. Ntah ntah dah jadi saka ke hapa VCD tu. Tak tau la ada lagi ke tak.. Antara filem yang saya suka & kalau tonton mesti feel sampai ke tulang sum sum katanya. Mesti hangpa tak tau apa rasa sampai ke tulang sum sum kan.. hehehehe
Filem ni mengisahkan sepasang sahabat yang berlainan jantina, bangsa & agama. Depa ni cuba menubuhkan satu kumpulan Muzik tapi perjalanan band depa ni agak berliku. Kisah persahabatan yang masing masing menyimpan perasaan cinta dalam diam. Hujung2 baru nak bagitau masing masing suka sama suka cuma sebab perbezaan bangsa & agama.. dalam filem ni depa tak bercinta. Yang perempuan beragama Islam.. Yang lelaki berbangsa cina tapi dia tidak percaya apa2 agama malah Tuhan pun. Tapi hujung cerita ni.. Dia sanggup nak convert ke agama Islam untuk terus bersama orang yang dia suka tapi pihak perempuan tu tahu.. Benda tu bukan keikhlasan dia untuk terima Islam cuma perasaan cinta dia pada perempuan tu. Perempuan menolak & anggap antara mereka memang tiada jodoh. Selepas tu masing masing berubah haluan mengejar cita cita sendiri.
Saya suka sangat style, imej watak Harry & Yati dalam filem ni |
Filem ni memang tak sesuai untuk tontonan umum atau seisi keluarga. Sebab banyak babak babak SG, Sx bagai.. Filem ni pun masa nak di tayangkan banyak babak kena potong tapi dalam versi VCD katanya tak ada potongan. Full version. Filem ni agak besar bajet dia.. RM2.4 juta. Kutipan yang diterima untuk filem ini adalah sebanyak RM484,450.04.
Filem ni di tayangkan pada tahun 2001. Antara pelakon yang membintangi filem ni adalah..
⤞Ellie Suriaty (Yati)
⤞Craig Fong (Harry Lee)
⤞Corinne Adri (Chantal)
⤞Edwin R. Sumun (Ariff)
⤞Sanjeet Jarnail (JJ)
⤞Hani Mohsin (Azri)
⤞Rosyam Nor (Zainal)
⤞Frankie Lee @ Adam Corrie (Tai-ko)
⤞Jalaluddin Hassan
↣Anugerah NETPAC: Special Mention - Teck Tan
↣3rd Cinemaya Festival of Asian Films (CINEFAN), 2001 (India)
↣Pelakon Wanita Terbaik - Ellie Suriaty
best kot cerita ni. Ellie suriati berlakon power..
ReplyDeletepernah beli VCD filem ni dulu. Tp dah ingat mana jln ceritanya sbb dah 16 thn berlalu.
ReplyDeletenow Ellie macam gila je
ReplyDelete