TIADA YANG SPECIAL NASI LEMAK ANAK DARA KECUALI YANG JUAL TU CANTIK JE
Yang tu aku tak nak pertikai.. Rezeki dia dapat populariti lepas jadi viral kena saman masa tengah meniaga nasi lemak. Cuma aku tertanya tanya jer.. Sedap sangat ke nasi lemak dia sampai lelaki2 kat Malaysia ni sanggup berbaris panjang nak beli? Serius aku cuma dok baca pasal anak dara tu bukan pasal kesedapan nasi lemak dia. Setakat ni tak nampak pun sapa2 puji nasi lemak dia sedap lagi tapi yang banyak dok cakap pasal rupa dia yang cantik. Bukan dengki dia cantik.. Cuma cantik tu kalau aku la.. Takkan buat rasa sesuatu masakan jadi sedap kalau memang tak sedap. yelah.. yelah aku perempuan & dia perempuan mungkin connection tu takde sebab cantik macam mana tarikkan tu tetap tak ada. Lain la lelaki nampak perempuan cantik kan.. hehehe
Marah sungguh abang ni orang dok asyik cakap pasal anak dara jual nasi lemak katanya tak ada yang spesel pun nasi lemak anak dara tu, sama je macam nasi lemak orang lain. |
Cuma kalau nasi lemak dia sedap.. Insya Allah orang akan sentiasa cari sebab masakan yang sedap selalu melekat kat hati berbanding populariti & kecantikkan ni. Cantik ni lama2 jemu jugak orang pandang nak2 lagi lepas dah jadi hakmilik orang lain. Dah tak jadi anak dara, nasi lemak anak dara pun orang dah tak peduli. Sebab yang orang kisah sekarang si dara yang jual nasi lemak je bukan nasi lemak dia sangat hahahaha. Populariti ni bersifat sementara jer.. So, sementara popular kalau nasi lemak tu sebelum ni rasa amatur jer.. sila mantapkan rasanya supaya boleh jadi perniagaan yang bertahan untuk jangkamasa panjang. Apapun semoga Anak dara yang jual nasi lemak ni sentiasa di murahkan rezeki & dia tak lupa diri bila populariti sedang di puncak. hehehe
Untung jadi cantik dan comel ni, semua orang nampak dan peduli. mood dengki is ON! hahahhahahaha
ReplyDeleteNasi lemak yg dijual Siti Hajjar mungkin biaseje bagi sesetengah orang, yg specialnye beliau seorang graduan university yang rendah diri sanggup berniaga tanpa rasa malu dan malas. Teruskan berniaga nasi lemak moga2 maju dunia & akhirat...amin
ReplyDeleteramai je graduan univ yg local and oversea yg merendah diri, berniaga...yg jd petani pon ada..siap bole jana pendapatan ribu2/juta2..tp kita tak tahu/kenal sbb tidak di viral kan
ReplyDelete