SBB2016.. DENAIHATI CONTOH KOMUNITI TERBAIK YANG TAK GILA GLEMER
Aku tak payah cari.. Blogger ceruk macam aku memang takkan nampak kat mana2 event melibatkan blogger. Buat masa ni aku lebih selesa dengan identiti macam ni. Tapi tetap support secara online apa je aktiviti blogger yang aku rasa baik & bermanafaat macam apa yang denaihati buat sekarang. Memang aku kagum dengan Denaihati sebab dia berjaya kumpulkan semua blogger & pengamal media sosial dalam satu majlis besar macam ni. Tak kira la kau pakai lencana bulat ke, merah ke, unggu ke, kelabu ke. Syarat nak join event SBB ni takde kau kena hashtag setiap post bagai. Nak hashtag ikut suka la kan. Taknak pun tak ada pertikaian & takde spy nak pantau katanya. hahaha. Dia tak gila glemer tahap macam tu walau Denaihati antara komuniti maya yang di kenali ramai. Populariti tu akan datang sendiri kalau apa kau buat tu memberi kebaikkan pada orang lain. So tak payah jadi gila glemer pun Denaihati mampu jadi salah satu komuniti besar yang di kenali ramai.
Komuniti blogger macam ni baru best. Tak ada kasta & berpuak. Bila dia buat aktiviti semua boleh join. Semua berpeluang menang hadiah bergantung pada rezeki masing masing. Tak payah nak pakai lencana kelab bagai, kan? Denaihati pun setakat ni aku tak dengar la apa2 kontroversi buruk pasal komuniti mereka. Malah pengasas dia pun aku dah lama kenal di alam maya. Dulu rajin jugak dok buat kunjung mengunjung di blog tapi sekarang masing2 ada komitmen yang besar, jadi tak sempat la kot ber blogwalking katanya. Tapi merasa jugak menang pengomen terawal kat blog denaihati & dapat cash money.
Apapun Denaihati salah satu contoh komuniti yang patut jadi ikutan sekiranya blogger nak tubuhkan kelab atau komuniti sendiri. Tak perlu nak letak syarat tak masuk akal sangat yang nampak untuk menguntungkan sebelah pihak. Komuniti yang terbaik takde puak puak. Jenis puak puak ni memang susah nak berkembang sebab dia bergaul dengan puak dia je tak boleh terima perbezaan dari orang lain. Macam mana nak maju ye dak. Mungkin la gah sekejab tapi percayalah susah nak bertahan melainkan depa sanggup mengubah sistem berpuak tu kepada lebih terbuka & bebas. Berpuak ni untuk manusia tak bertamadun je. Kelab kurang bertamadun memang banyak kontroversi & masalah dalaman katanya. hahaha
Apapun tahniah pada semua yang terlibat dalam menjayakan Majlis Sepetang Bersama Blogger 2016 Anjuran Denaihati Network. Sebagai blogger walau tak join aku tumpang bangga dengan kejayaan Denaihati yang berjaya mengumpulkan ramai blogger dari pelbagai latar belakang, genre blog & kelab blogger dalam satu majlis besar macam ni. Bukan semua orang mampu tau.. Bukan je blogger & pengamal media sosial.. retis pun join sekali. Kau hado? Hehehehe
Dalam banyak2 hadiah aku paling jeles dengan blogger mahamahu kalau tak silap sebab dia dapat pakej umrah 15 hari 14 malam. Subhanallah.. Kalau la dapat 3 hari 3 malam tidur sambil senyum katanya. Sebab tak join SBB2016 & confirm takde peluang nak menang pakej umrah tu maka meh la sesapa senasib kita try ni pulak >> Nak RM10,000 Pergi Bercuti Kat Bangkok, Meh tengok kat sini << Manalah tau rezeki, ye dak.
P/S : Gambar pinjam dari Fb Tuan Amir Denaihati
Memang hebat Denaihati ni..Tahniah.. Meriah betul event ni kan?
ReplyDeleteMeriah rupanya event ni ya. Selalunya baca aje, join tidaklah. Maklumlah suka merepek aje dalam blog, malas nak keluar dari sarangnya. Hahaha!
ReplyDeleteUntunglah siapa dapat hadiah utama tu. Kalau akak pun mungkin sama macam Surialah tak tidur malam dibuatnya. Kalau tertidur pun tentu tertidur dalam penuh senyuman gitu!
Terkedu saya bila di PM eizil utk jadi panel dlm majlis ni. Org pertama lak tu ... sib baiklah umur dh 40... lau tak mau terkucil.
ReplyDeletePengalaman berharga apabila rasa dihargai kerana ilmu.
MahaMahu .. seblah sy je masa diumum sbg pemenang, siap buat sujud syukur lagi. Semua gembira dia menang.