KEBODOHAN SEORANG SUAMI & BAPAK

11/14/2011 09:40:00 PM suria lekatlekit 19 Comments

Lebih takut kena saman dari takut kehilangan anak bini.. Apa punya laki & bapak la dia ni??!! Sebab motor dia takde roadtax & dia pun takde lesen memandu.. seorang lelaki yang berstatus suami & bapak ni sanggup langgar lampu isyarat.. langgar polis yang buat roadblock.. kemudian jatuh motor bersama bini & 2 anak kecik dia (2 tahun & 3 tahun).

Dah jatuh motor sudah la.. Akibat takut kena saman punya pasal dia lagi rela tinggal anak bini dia yang sakit & cedera tu. Angkat motor terus blah.. konon2 boleh lepas la. Last2 kena tahan jugak masa dia datang cari anak bini dia kat hospital. Tau pulak dia cari, kan? Mungkin dia fikir, polis tak cari dia sampai hospital kot.

Orang lain kebanyakkan lebih fikirkan keselamatan anak bini dari diri sendiri. Apa la sangat kena saman berbanding dengan nyawa orang tersayang, kan?? Lain la kau sorang2.. nak rempuh roadblock macam tu. Tapi kalau fikir anak bini.. sorang2 pun mustahil dia buat macam tu. Kalau jadi apa2 kat dia, anak bini pun susah jugak, kan?? Pelik! tapi benar.. Realiti yang banyak berlaku sekarang. Orang lebih takut kena saman dari takut mati. Betul tak??

Ni entri kupasan isu dari akhbar jer.. Dah lama tak mengopek isu dari akhbar. Kena la kurangkan.. Orang asyik memperlekehkan sang lekit pasal kupas kupis isu akhbar jer. Katanya, nenek dorang pun boleh tulis entri macam tu. Yelah.. dorang ada nenek hebat boleh tulis blog.. sang lekit punya nenek tak sempat pun kenal computer apa lagi blog dah pulang kepangkuan Ilahi. Apapun kalau korang nak baca artikel asal clik je kat SINI.


19 comments:

  1. a father shouldn't be too selfish like this :'( tidakkah rasa kasihan muncul dalam diri? :O

    ReplyDelete
  2. pe pnye laki n ayah la dia tu.ntah pape

    ReplyDelete
  3. pe kes lah husband yang takde perut hati ni...
    anyway lekit...
    aini rase ok je kupas pasal isu dalam paper...sbb tak semua org ade mase nak bace paper pun...
    go on dude..=)

    ReplyDelete
  4. cettttt, how could that man can be so stupid? run away from problems, tapi it turns out to be worst pulak-,- apa lah, sian kat bini n anak2 dia......

    ReplyDelete
  5. memang bodohlah! pentingkan diri sendiri..

    ReplyDelete
  6. gosh!
    kalo husband aku cenggini, die sampai hospital aku suh polis gari je. kalo mati la bini n ank2 tu..nangis tak berlagu la jwbnye..

    ReplyDelete
  7. kalau mummy lekit tak kupas kupis berita dalam paper, sampai ke sudah la saye ni tak tahu cerita..sebab saye amat pemalas nak baca paper..yg virtual @ real pun same je tak bace..tapi belog rajin plk saye bace..ekeke..


    hmm..banyak kot laki yg penting diri mcm ni skang..ish3..ade ke die cabot tgl anak bini sebab taknak kena saman..gilos betol..

    ReplyDelete
  8. Such a selfish father! Padan muka dia kena tangkap!

    ReplyDelete
  9. Zulfikar Hazri akaun kena disabledNovember 15, 2011 at 3:34 AM

    1. lelaki tu maybe takut sebab dia baru lepas isap ganja, takut urine test kot..

    2. pasal nenek tu. lawak.. bygkan nenek diorg tulis blog.. hahaha

    ReplyDelete
  10. melampau juga ada bapa/suami macam tu.. kalau anak bini dia mati boleh terbayar berbanding kena saman tu.. huhu.. macam2

    p/s: Iyala, lama dah tak baca sang lekit kupas isu akhbar.. saya suka baca ulasan Lekit.. jangan lah peduli orang nak perlekehkan lekit.. mengupas dan mengulas lebih baik daripada entri yang main copy paste bulat2 je dari akhbar...

    ReplyDelete
  11. rasa takut kuasai diri..dah tak fikir anak bini

    ReplyDelete
  12. ishhhkkk...ada gak laki cam ni. Sian anak bini dia. Berani buat tak berani tanggung!

    ReplyDelete
  13. huhu..kalo moon laa jadi bini dia... mau dilempang muka dia tu.. haha

    selfish.. sanggup tggalkan gtu jerk?

    ReplyDelete
  14. ni jenis yg tau kawin n buat anak je.. ilmu pasal rumah tangga haram nak belajar.

    ReplyDelete
  15. Laki tu sakit mntal kot,
    trgamak wt camtu :(

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com