SEORANG GELANDANGAN DAPAT 20-30 BUNGKUS MAKANAN SEHARI DI BULAN PUASA

4/07/2022 09:46:00 AM suria lekatlekit 0 Comments

SEORANG GELANDANGAN DAPAT 20-30 BUNGKUS MAKANAN SEHARI DI BULAN PUASA. Masuk bulan ramadhan ni ramai mengambil peluang untuk merebut pahala dengan bersedekah. NGO, aktivis dan tak kurang juga dengan individu mula sibuk dengan aktiviti CSR. Di tambah lagi Malaysia ni memang ramai orang orang yang baik lagi pemurah. Jadi aktiviti amal macam ni memang banyak berlaku di Malaysia. 

Di ibukota macam lembah kelang ni.. semua sedia maklum akan lambakan golongan gelandangan. Tak semua gelandangan tu terdiri dari orang tidak waras, pengemis atau yang tidak bekerja. Ada yang bekerja cuma kos sara hidup yang tinggi di ibukota buat mereka terpaksa bergelandangan kerana tidak mampu menyewa bilik atau rumah.

Gelandangan di ibukota ni antara yang selalu menerima sumbangan makanan dari ngo atau aktivis masyarakat. Lebih lebih dah masuk bulan puasa ni setiap hari ada saja sumbangan makanan untuk sahur & berbuka. Alhamdulillah.. golongan gelandangan tidak pernah di lupa atau di sisihkan.

Namun dalam membuat kebaikan kadang kadang ramai yang ambil mudah soal agihan sumbangan terutama sumbangan berbentuk makanan yang dah siap di masak. Kita sedia maklum makanan siap di masak ni tak boleh simpan lama. Lebih lebih lagi golongan gelandangan. Biasa untuk di makan terus. Tapi bila berlaku lambakan sumbangan makan siap masak ni sampai tak termakan golongan gelandangan dah jadi satu pembaziran. Bukan mereka memilih makanan tapi kalau dah seorang dapat sampai 20 ke 30 bungkus makanan sehari bukan kemampuan manusia biasa nak habiskan semua.

Setiap tahun menjelang ramadhan isu ni sentiasa ada seolah olah macam tak ada kesedaran atau perancangan untuk ngo ngo atau aktivis yang terlibat dalam program sumbangan makanan untuk golongan gelandangan. Macam asal bagi dah tunaikan amanah dari penyumbang. Semua tu ada kos dan kebanyakan kos membayar semua tu adalah dari dana awam. Walaupun keluar duit poket sendiri sekalipun, kalau tak ada perancangan yang teratur sampai menyebabkan berlaku pembaziran dan lebihan makanan yang tak terjamah seterusnya basi di tinggalkan di kaki kaku lima.. di kerusi rehat tempat awam kan jadi kotor.

Kena ada mana mana pihak mengambil tugas atau tanggungjawab untuk menyusun jadual agihan makanan untuk gelandangan ni. Yang mana nak sumbangkan makanan kena melalui pihak tertentu untuk memastikan kawasan tersebut belum menerima sumbangan makanan supaya tidak berlaku pembaziran dan mengotorkan kawasan sekitar.

Bukan hanya gelandangan memerlukan sumbangan makanan ni. Ada orang yang berumah pun masih kelaparan. Golongan pelajar pun ramai yang masih ikat perut. Jika semua banyak di longgokan pada golongan gelandangan sahaja sampai seorang dapat 20-30 bungkus makan sehari.. amatlah merugikan. Sedangkan makanan tersebut boleh di manafaat pada ramai lagi golongan yang memerlukan walau tidak berstatus gelandangan.

Rasanya isu ni perlu juga ada campur tangan pihak pihak berwajib kalau tak setiap tahun masalah yang sama akan berlaku. Harap ada pihak sudi memikul tanggungjawab ni. 

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com