ORANG BANDAR LEBIH PERCAYA BOMOH KE?
Bomoh cari makan ni paham2 je la.. takde sakit pun dia cakap sakit & dia bagi penyakit supaya kita datang berubat dengan dia. Yang peliknya walau sekarang ni dah bersepah pusat rawatan Islam tetap jugak orang yakin dengan bomoh2 yang menggunakan khidmat Jin & syaitan sebagai khadam. Dan kena hati2 jugak.. ada bomoh yang mengaku dia menggunakan kaedah rawatan yang berlandaskan Al - Quran tapi sebenarnya tak. Pun wujud jenis bomoh macam ni. Tips paling senang korang nak kesan bomoh tu merawat secara Islam atau guna khadam (Jin).. tengok dia letak tak harga pengeras. Kalau dia minta.. korang tak payah nak soal siasat lebih2, Insya Allah.. memang confirm la dia tak menggunakan kaedah rawatan secara Islam.
Carian Google |
Dari pengalaman sang lekit tengok orang yang percaya bomoh ni penyakit dia takde penghujung pun. Tak pernah2 sembuh.. sakit sini.. sakit sana.. sakit itu.. sakit ini.. sampai hari ni. Tetap dia yakin dengan kaedah yang di gunakan bomoh untuk merawat. Bukan satu dua bomoh dia pergi.. asal dengar orang cakap ada bomoh ni bagus.. bomoh tu bagus.. berdesup dia pergi tapi tak juga baik2 sakit dia. Bukan apa.. risau satu bomoh dia pergi.. hantar 1 penyakit dengan tujuan yang sang lekit sebut tadi.. satu bomoh yang lain hantar juga 1 penyakit.. kalau 10 bomoh dia pergi hantar 1 penyakit memang sampai mati la dia asyik sakit - sakit, ye dak??
Lain - lain kes pasal bomoh ni bukan je kena tipu.. kena cabul.. kena rogol.. pun banyak tapi kenapa orang tetap memilih bomoh??
Memang apa yang jadi tu dengan keizinan Allah.. sakit pun datang dari Allah juga untuk menduga kita sebagai hambaNya.. Tapi Islam dah sediakan semua kaedah merawat apapun jenis penyakit termasuk gangguan sihir, jadi perlu ke kita guna khidmat Jin & Syaitan. Perlu ke kita minta pada Jin & Syaitan sedangkan yang memberi keizinan penyakit datang & sembuh adalah Allah. Renung renungkanlah wahai peminat bomoh yang baca entri ni..
P/S : Kang ada pulak yang cakap.. tak kena batang hidung sendiri pandai la karang entri berjela jela.. dah kena baru tau nak cari bomoh mana. .. Jawapannya, Moga Allah menjauhkan diri ni dari percaya pada amalan2 khurafat itu, Amin.
salam abby..
ReplyDeletetu la kan... bomoh skrg ni kebanyakannya durjana.. tau nk sapu duit & org je..
cma nk kate percaya 100 % pd bomoh tu tidak la..lebih kepada pengamal perubatan ( yg btl2 mengubati)
ya allah.. mintak dijauhkan dpd kita semua.. semoga bomoh2 yg carik mkn ni kembali kepangkal jln...
Tuhan tetap satu, tuhan ada di mana mana.
ReplyDeletebomoh... ohtidak dot com...!
ReplyDeletekita kan diberi otak utk berfikir.. fikir la sbaiknya...
ReplyDeletetapi rata2 orang melayu suka percaya pada bomoh n menggunakan khidmat bomoh utk menjatuhkan orang lain....
moga kita semua dijauhkan dari semua ni...
lma xsnggah sni....lala dh besar ker kak :)
ReplyDeleteRamai yang suka jadi bomoh sebab permintaannya tinggi, apapun skg byk bomoh temberang sahaja tipu org hidup. Mmg karut kalau 100% caya kat bomoh :( http://akuanakpahang.blogspot.com/
ReplyDelete