BERITA GELI GELEMAN BUAT PENGGEMAR RESTORAN MAMAK

7/16/2013 01:49:00 PM suria lekatlekit 13 Comments

Dari dulu lagi ramai yang pertikai tahap kebersihan restoran mamak ni. Tapi keluar la apapun pendedahan tentang tahap kotor restoran mamak ni tetap restoran mamak menjadi tumpuan rakyat malaysia tak kira bangsa atau agama even status halal sesetengah restoran mamak ni memang meragukan.

Tadi terbaca kat sinar harian.. satu restoran mamak kat Bayan Lepas pulau pinang yang di serbu. Tukang masak just pakai singlet dengan kain pelekat yang di senteng sampai pendek kemudian tepung yang nak buat roti canai dok sebelah toilet jer..Ditambah lagi cerita geli bila stok tepung dan gula dalam restoran itu, adai lipas dan pelbagai jenis serangga.Bayangkan la mereka2 yang menjamah dengan lazat roti canai tu tiap2 hari.. Berkembang mekar tekak den bila fikir Uolls..

Sumber Sinar Harian

Tu apa yang penguatkuasa nampak.. yang tak nampak dia buat apa masa masak.. Hanya Allah je yang tahu kan?? Sebab tu la den & asben den ni tak gemar sangat restoran mamak kecuali la darurat sangat & itu saja pilihan yang ada kan. Kalau sesaja nak pi makan kat restoran mamak tu, kirim salam je la Uolls. Kadang2 ada restoran mamak tu tukang buat roti canai dia siap bercincin bagai. Kenapa geli dengan cincin?? Gila tak geli.. ntah apa2 melekat celah cincin tu kemudian dia uli2 tepung.. penyet2 tepung.. tebar2 tepung. Tapi kalau ada yang rasa benda tu small matter.. it's up to you bebeh!! Sila la bismilillah sebelum makan.. kekekekeke
Sumber Sinar Harian

Bukan la nak pukul rata semua restoran mamak ni jenis abaikan kebersihan tapi kebanyakkan macam tu la. Kadang2 pekerja dorang tu pun bukan muslim.. tokei restoran tu pun kadang2 bukan muslim. Itu kenyataan bukan tuduhan. Sememangnya wujud perkara macam tu, hokay! Jadi pada penggemar2 restoran mamak ni kan.. kalau boleh selected la sikit restoran mamak yang korang nak lepak minum2 & makan2. Geli aihh.. kalau tetiba pi dapur depa tengok dah sama level dengan sarang tikus.. ntah2 tikus memang bersarang kat situ.


** Dok berfacebook, bertwitter sampai bosan & nak cari sesuatu yang baru. try ni.. Sambil online sambil share iklan sambil dapat duit. Jom sign up sekarang. Free je kat sini >> CARI DUIT KOPI SAMBIL ONLINE

13 comments:

  1. Bayan lepas???? Kat kg mertua aku tu... tp serius aku tak pernah pekena mamak kat bayan lepas tu... hanya mamak kat KL ni jer... tp aku jarang mkn lauk pauk yg mamak masak... juz lepak minum2... tp roti canai roti telur aku bedal... eeeeeeee.... meremang bulu tekak...

    ReplyDelete
  2. mamak kt kinrara sedapla.. susah nak lupa.. kah3

    ReplyDelete
  3. nasib baik saya makan kat mamak sebelah ampang point.... ehhh

    ReplyDelete
  4. adoi,kembang pulak tekak ni.tu sbb rara,kalau nk mkn kedai mamak,cr yg bersih.kalo yg ala ala tu mmg x singgah lah jawapnya.

    ReplyDelete
  5. aku drpd dulu lg mmg tk suka lepak kat kedai mamak...huhhuh...

    ReplyDelete
  6. aku drpd dulu lg mmg tk suka lepak kat kedai mamak...huhhuh...

    ReplyDelete
  7. Salam Mummy lala..

    aduh..mmg timbul kegeli gelian kat cni..aduyaiiii

    ReplyDelete
  8. sy memang dah lama tak mkn kat kedai mamak,sejak 2-3 tahun lepas..sebab ada terbaca cerita camni la..pastu terus kembang tekak..banned terus kedai mamak..

    ReplyDelete
  9. perkhhh... memang geli... memang overall kedai mamak mcm ni... tak prihatin langsung pasal kerbersihan....

    ReplyDelete
  10. yucks..
    pengotor betul mamak nih, adeh

    ReplyDelete
  11. mual je... dengar cerita macam ni

    ReplyDelete
  12. erkkk, tapi dah termakan, cemana?? huhuuuuu

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com