ANAK TAK BOLEH GUNA NAMA BAPAK, NAK GUNA KENA BAYAR ROYALTI
Bila dok kecoh sangat sampai jadi viral video wife kepada penyanyi Otai tersebut dok bising bising tak puas hati baru den tahu.. Rupanya retis baru yang di maksudkan abang bomba yang pernah jadi viral suara dia nyanyi ala2 penyanyi Otai ni. Rupanya dah ada album.. Tertinggal MRT sungguh den kan?Almaklum la jarang guna transport awam hehehehe
Ramai je retis yang anak dia ikut jejak langkah mak bapak dia.. Takde isu nak guna nama bapak kena bayar royalti bagai walaupun ibu bapa mereka dah berpisah & anak tu di besarkan ibu yang bukan retis. Dah nama pun bapak memang kemana mana pun anak kau akan bawa nama kau.. Cuma masa talkin je anak kau di bin/binti dengan nama mak. Tapi selagi dok ada nafas kat dunia ni memang nama bapak la di bawa kemana mana pun.
Terkejut juga bila pihak si bapak boleh besarkan isu ni kat media.. memang tak berapa bijak tindakkan macam tu. Benda tu bagi impak negatif pada imej kau bang sebagai Otai dalam Industri hiburan tanahair. Dah la bang.. nasihat saya, ikhlaskan untuk anak abang tu yer. Apa kata try duduk semeja minum kopi secawan dua bawa berbincang anak beranak. Kot mana pun darah daging sendiri juga. Mungkin ada penyelesaian yang terbaik boleh menguntungkan kedua belah pihak.
Moral of the story... Air di cincang takkan putus. Hope si anak beralah datang jumpa bapak, minta maaf & lupakan kisah lama. Manatau cara tu si bapak pun lembut hati. Untuk si bapak.. Dah masuk umur umur otai, tak lama pun kita nak menongkat langit ni bang. Rezeki Allah ni maha luas. Seluas bumi yang Dia ciptakan.. Abang ada nama & jenama abang sendiri dalam industri tak perlu risau dengan budak budak baru nak up. Lagi2 anak sendiri.
IKUTKAN MALAS NAK AMIK PORT PASAL NI...RASANYA X TIMBUL ISU TUMPANG POPULARITI AYAH DIA...DAH MEMANG AYAH DIA KAN..YANG LEBIH2 AKAK RASA MAK TIRI DIA NI...DIA JE..BESAR SGT KE NAMA AYAH DIA?
ReplyDeleteada tengok kat melodi haritu. macam macam lah haih, anak sendiri kan
ReplyDeleteMacam-macam hal.
ReplyDeleteBy the way ii pun salah satu cara promosi album juga. Contohnya semasa isu rambut panjang tahun 1990an dulu. Awie dan Amy tak nak potong rambut. Kes tu jadi viral dan dalam masa yang sama kumpulan Search dan Wings keuarkan album Double Trouble.. Pergh! Meletup-leptup sebab bukan saja rocjers yang beli, yang bukan rockers pun 'terbeli sama' sebab nak dengar sedap ke tak suara Amy dan Awie ni.