INILAH BLOGGER KUAT

3/06/2015 08:18:00 PM suria lekatlekit 7 Comments

Kau fikir dunia blog ni ada blogger popular,blogger retis & blogger hebat je ke? Blogger kuat pun ada jugak tau.. Blogger kuat ni blogger jual ubat kuat ke pengguna ubat kuat? Erkk... kesitu pulak korang yer..  Bila aku cakap aku dah draft entri blogger kuat ramai pulak yang datang komen mengaku kuat.. kuat makan la.. kuat tidur.. & macam2 lagi kuat lah. Yelah.. yelah korang memang blogger kuat cuma tak sekuat blogger2 yang nak aku kenalkan ni.

Depa badan memang semua comel2 jer.. Setakat kena hembus dengan blogger sado abis terpelanting tapi sebenarnya depa ni lagi kuat dari kita semua. Mesti korang nak tahu siapa blogger2 kuat ni & di mana kekuatan mereka.

Setakat angkat besi.. tak kategori blogger kuat lagi ok! -sumber google-

Tak semua orang di uji dengan kesakitan.. & takde siapa minta di lahirkan ke dunia untuk derita berpenyakit kronik. Semua orang harap dapat menikmati kehidupan dengan sihat.. Tapi setiap orang ada ujian masing2.. Dan Allah menguji mereka berdasarkan kemampuan mereka sendiri. Sebab tu aku meletakkan mereka2 ni sebagai blogger2 yang kuat.. Terus berjuang untuk hidup, biarpun kadang2 mereka rasa tak terdaya namun kekuatan mereka itulah buat mereka terus juga perjuangan.

Antara yang aku kagum adalah blogger TunSyaAyuni atau kat FB dia guna nama Auni Afiqah. Aku nak cerita pasal penyakit dia aku sendiri pun tak berapa faham.. Tapi sakit dia memang dia tanggung sejak kecik sehingga sekarang. Dia masih perlu menjalani rawatan setiap bulan. katanya penyakit dia ni jugak menyebabkan dia sukar tidur. Dia pun tak boleh terlebih minum air nanti dia tak boleh kencing. Biarpun aku tahu dia sakit tapi aku tak suka layan dia sebagai seorang yang macam kurang upaya. Aku taknak dia rasa lemah.. Aku lebih suka layan dia macam orang lain tapi jauh di sudut hati.. Memang simpati cuma kadang2 simpati kalau keterluan sangat kita tunjuk buat orang semakin jadi lemah. Kalau korang nak tahu apa penyakit blogger ni pergilah mentelaah kat blog dia...♥ TunSha Ayunie ♥

Lya Afrina.. Dia bukan sakit dari kecik. Tapi aku baca sejak dari sekolah menengah tak silap selepas berlaku satu kemalangan. Dia seorang yang sangat positif dengan penyakit yang di hidapi. Even sesakit manapun dia.. dia sentiasa positif sebab dia yakin dengan penawar segala sakit adalah sentiasa berfikiran positif. Dia berjuang bukan sekadar untuk hidupnya tapi untuk mereka2 yang dia sayang terutama anak tunggal dia.. Korang akan rasa betapa kuatnya dia bila korang baca kisah2 hidup dia di blog.. Aku sendiri kagum dengan kekuatan yang di miliki. Nak tahu kisah Lya Afrina boleh la semak entri2 dia kat blog H.A.T.I

EmIenaAqil.. yang ni aku faham sikit la pasal sakit dia.. Dia pengidap Talesemia.. Rutin bulanan dia masuk darah. Antara blogger yang aku rasa kuat jugak la. Dia pun seorang kawan yang baik even aku ni bukan baik sangat. Ibu Aqil pengidap talesemia sejak berumur 7 bulan... Seperti kita tahu, pengidap Talesemia terpaksa menjalani rawatan seumur hidup. Tapi Ibu Aqil jugak seorang yang positif untuk hidup seperti orang lain.. Tidak meratap dengan dugaan sakit yang Allah bagi. Suka aku tengok kehidupan ibu Aqil ni.. takde nampak macam orang sakit. sentiasa happy & bahagia. blog dia EmIenAqil ~Reality & Fantasy~

DayangDeno.. Ni blogger memang aku tak pernah keep in touch samada kat mana2 laman sosial atau kat blog sekalipun. Memang antara kami nak kata berkawan pun tak pernah berkawan, nak kata musuh pun tak. Nampak sentiasa awet muda jer DayangDeno. Aku pernah baca kisah dia yang mengidap sakit kronik yang memerlukan rawatan sepanjang masa cuma aku ni lemah bab nak faham sakit orang tu. Dia antara blogger yang aku rasa kuat jugak. Dia boleh terus enjoy dengan hidup dia.. berblog & berkawan macam biasa dengan semua orang. Dan kerana itulah aku rasa dia juga seorang blogger yang kuat. Itulah pemilik blog DayangDeno

Mereka redha dengan apa yang tertulis untuk hidup mereka.. Bukan mudah sebenarnya tapi sebab tiada pilihan mereka pilih untuk terus enjoy dengan hidup mereka bukan terus meratap sedih sepanjang masa sampai terlepas untuk mencipta memori indah dalam hidup. Pernah ke kita tertanya.. kuatkah kita kalau di uji seperti mereka? Jangan rasa diri kita kuat kalau kita tak di uji. Sebab kekuatan itu di nilai dari berapa besar Ujian hidup kita bukan berapa besar otot badan atau berapa kilo kita boleh angkat.

7 comments:

  1. Salute kepada para blogger dan juga semua orang yang kuat dan tabah menghadapi dugaan dan ujian Tuhan yang lebih daripada orang lain. Semoga terus kuat dan tabah.

    Btw Dayang Deno salah seorang kartunis dalam buku Buasir Otak: The Komik. Rasa bertuah dapat bekerjasama dengan beliau.

    ReplyDelete
  2. Kalau ikutkan, ramai je blogger yang kuat... cuma mereka sakit, mereka tak dedahkan je....

    Tau2 je... Allah swt telah bersedia menjemputnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang kita tahu kita terus bagi sokongan.. yang kita tak tahu maybe mereka lebih istimewa sebab ada kekuatan menyimpan semua kesakitan tu.. So, entri ni adalah entri nak bagi kekuatan jugak pada mereka2 yang saya tahu berdepan dengan penyakit kronik..

      Delete
  3. Kenal 2 orang tapi lebih biasa dengan nek yuni aka Tuca aka auni afiqah.. Hehehe..

    ReplyDelete
  4. Sedih ye kak suria baca kisah hidup blogger2 yang menderita pelbagai penyakit ni tapi diaorang terus tabah dengan kehidupan diaorang.

    ReplyDelete
  5. Mmg mereka antara yg cekal dan tabah... Tak terkcuali shabat geng gmbm kita... yana yani juga... Yg da hypertyroid yg skrg msih dlm rawatan...

    ReplyDelete
  6. Kisah lya tu memang saya tau. Nak terjah kisah yg belum tau lagi nih.

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com