RAMAI YANG BAGI HADIAH YANG SALAH TANPA SEDAR
Kita manusia kadang2 nak bergurau pun melalui hadiah jugak.. Tapi tak sedar mungkin dari hadiah kita buat orang lain terasa hati atau di persendakan walaupun niat kita sebenarnya saja nak melawak. So sebelum nak bergurau melalui hadiah di beri sila kenalpasti jenis orang yang korang nak bagi hadiah yang ada unsur gurauan tak kira gurauan halus atau kasar. takut kita rasa macam small matter orang yang terima sentap 7 keturunan pulak.
Jangan bagi hadiah yang sia sia.. Maksudnya hadiah yang memang penerima tu tak boleh nak guna atau memang tak ada taste langung apa yang kita bagi tu. Nanti orang yang terima jadi serba salah. Contoh yang bertemakan pakaian la. tak pakai kecik hati.. Bila pakai dia rasa tak selesa sangat. Tak kira la dari segi design ke, fesyen ke, warna ke hapa. Tak best jugak la kan bagi hadiah yang buat orang lain jadi serba salah.
Selebihnya kalau korang nak tahu tips memberi hadiah dengan betul mengembirakan kedua belah pihak meh baca kat sini >> Mungkin Selama Ni Anda Tak Tahu Cara Betul Pilih & Beri Hadiah Pada Seseorang << Mungkin lepas ni hadiah anda akan jadi sesuatu yang paling bermakna untuk orang yang menerima.
Apapun setiap pemberian kalau dengan niat yang baik & ikhlas, Insya Allah orang yang menerima tu dapat merasa melalui pemberian kita tu walau hanya sekeping kertas. Jadi niat & perbuatan tu mestilah betul.. barulah tindakkan kita tidak tersasar.
Betul...kecil atau besar...mahal atau murah...biasa2 atau luar biasa...bukan sama sekali ukurannya..tapi keikhlasan dari hati..
ReplyDeleteYang penting ikhlas dari hati ...Tapi kita sebagai pemberi pun kenalah guna common sense nak beri apa kepada siapa. Kalau beri VS size S pada kawan yang pakai size XL memanglah nak minta dibenci tujuh keturunan bangsawannya!
ReplyDelete