RESEPI SPAGHETTI GORENG IKAN MASIN

2/19/2016 03:00:00 PM suria lekatlekit 3 Comments

RESEPI SPAGHETTI GORENG IKAN MASIN. Konon tekak itali la sangat suka makan spaghetti tapi kalau dah melayu tetap la melayu. Tetap dia nak convert jugak resepi itali jadi citarasa melayu. nak2 lagi sejenis spaghetti ni kau masak apapun semua dia ngam ja. kau buat goreng mamak pun dia sedap.. kau buat mee kari ganti spaghetti pun rasa dia tak lari. Bagus jugak la kita mula tukar mee kuning kepada spaghetti sebab lebih sihat berbanding mee kuning. Aku pun dah lama tak makan mee kuning sejak perasaan itali ni. hahahaha


Mesti ada yang pelik kan.. Selalunya kita biasa dengar nasi goreng ikan masin je kan tapi nasi di ganti dengan spaghetti gamaknya macam mana la rasa. Marvelous bab kata omputih. Sedap hingga menjilat hujung garfu. Ni bukan menu ciptaan aku.. haritu kisahnya tertengok rancangan jalan jalan cari makan. Satu cafe tu dia ada menu spaghetti goreng ikan masin. Macam best pulak nak try... Maka aku masak la sendiri. Hentam sajalah resepi dia macam mana pun janji ada ikan masin. Tapi bagi yang tak berapa expert dengan kerja memasak ni.. Takpe jab lagi aku share resepi spaghetti ikan masin version lekatlekit.com.

Bahan bahan sangat simple

Spaghetti
bawang besar
ikan masin tenggiri
Brokoli
salad
cili padi
daun bawang
Minyak masak (kalau ada olive oil lagi bagus)

Cara nak masak pun sangat senang.

Mula2 rebus la spaghetti bagi lembut dulu. Lepas dah lembut tos kan. Campak dia kat tepi dulu. Potong bawang (potong dadu), hiris ikan masin, potong brokoli, salad tu potong besar sikit, potong cili padi & potong daun bawang. Potong daun bawang biar panjang2 sikit.

Mula2 goreng ikan masin.. agak dah masak campak je bawang. Lepas tu campak brokoli & masukkan spaghetti. Gaul bagi sebati masukkan salad, daun bawang & cili padi. Kalau nak guna serbuk perasa masukkan je. Kalau tak nak.. Ikan masin tu pun dah cukup memberi perasa yang hebat hebat sememang hebat.. ops ternyanyi lagu Umi Zoomi pulak. Gaul semua bahan yang di campak dalam kuali bagi seiya sekata.. Lepas tu hidangkan dalam pinggan. Pstt.. kalau rasa ikan masin tak cukup memasinkan spaghetti anda, tambah je garam yer.

Kalau ada yang menitik air liur tu mohon maaf la yer.. Jangan suruh saya cari kamu kat Padang Mahsyar pulak. hehehe

Menu simple ni serius memang sedap bagi tekak itali mix melayu macam aku ni. Bagus jugak di jadikan menu sarapan. Kalau nak bagi anak2 makan tu tak payah letak cili padi la. Boleh jugak kalau nak letak ayam atau seafood atau sayur sayuran lain. Alah masak ala2 spaghetti Aglio Olio la cuma tambah ikan masin je.

Apapun selamat mencuba resepi ringkas lagi mengoncang iman mereka2 yang sedang berdiet. hehehe

3 comments:

  1. wow pestime akak tengok menu gini dik...kalau yg guna sardin tu dah banyak kali gak tengok...ni betol2 kene dgn tekak melayu jati gitu kan...

    ReplyDelete
  2. Tak baik tau buat orang meleleh air liur sampai basah siling rumah bawah. Jumpa kat Padang Mahsyar nanti, nak?

    Hahaha!

    Melampaulah Suria, spaghetti ikan masin nama diberi. Ni kalau orang Itali nampak, menangis dia tak tahu boleh goreng spaghetti dengan ikan masin. Masalahnya, mereka kenal ke ikan masin? Kah3x.

    Nanti akak try. Maklumlah akak ni memang ada darah campuran 1% Italian makanya spaghetti ke, olio ke, memanglah favorite akak. Tapi akak tak masuk bloglah. Susah oi nanti nak jumpa kat Padang Mahsyar!

    ReplyDelete
  3. Pergh!! Lama x masak spagheti nie.. Jumpa lak resepi melayu.. Cam nak kena cuba jer..

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com