AKHIRNYA KEDAI BERHANTU DI WANGSA WALK MALL DITUTUP JUGA

10/04/2016 02:18:00 PM suria lekatlekit 8 Comments

AKHIRNYA KEDAI BERHANTU DI WANGSA WALK MALL DITUTUP JUGA. Mesti semua yang selalu berkunjung wangsa walk mall mula refresh balik yang mana satu kedai berhantu kat wangsa walk ni. Mesti cuak kan sebab selama ni tak tahu ada ke kedai berhantu kat wangsa walk. Maunya tersinggah.. hantu ikut balik pun susah. tak susah mana pun kalau hantu ikut balik.. Aku siap bawak balik hantu rilex jer. hehehee


Tapi dia berhantu cuma pada aku sebab kalau aku pergi ke kedai tu aku cari hantu je jarang sangat aku nak cari benda lain. Bagi peminat cerita seram kat blog lekatlekit.com ni sedia maklum la kedai apa.. Bagi yang baru je hari ni berkenalan dengan blog lekatlekit mesti terpinga pinga lagi. Alah.. cuma nak cerita pasal kedai classic world entertainment tempat aku menyoping dvd filem seram. Dulu aku selalu beli kat cawangan selayang mall.. lepas cawangan selayang mall tutup.. aku berhijrah ke cawangan e@curve mutiara damansara.. Kat situ pun bungkus ikat mati jugak.. Aku travel jauh sikit kat wangsa walk Mall.. Tapi semalam pergi nak borong dvd filem seram dah tutup. Bukan tutup sementara.. tapi kategori bungkus jugak la.

Last aku pergi depa dok buat clearing stock sampai ada yang tinggal harga RM3 vcd/dvd original tu. RM3 lagi murah dari cetak rompak. Aku dah syak ni pun nak bungkus dah. Memang ramalan ku benar belaka.. Maka tiada lagi tempat aku nak memburu hantu lepas ni. Memang tak banyak dah kedai2 jual dvd original sekarang ni. Yang speedy ke hapa namanya tu.. harga dia mahal sikit berbanding kat classic world entertaiment. tapi aku tengok speedy tu pun dia jual benda2 lain nak menampung kos gamaknya. Orang sekarang semua download online je.. sapa sangat nak beli dvd melainkan aku je. Aku kan hobi mengumpul koleksi dvd seram.. tapi demand sikit aku nak original je tapi murah hahahaa.

Antara koleksi seram yang majoriti semua aku beli kat Classic World Entertainment. Ni semua original dvd

Harap ada lagi la kedai dvd classic world entertaiment kat cawangan mana2 area lembah klang ni masih beroperasi. Nanti la aku google. Sebelum ni pun google la banyak membantu aku menjejak cawangan2 classic world entertainment kat area kl ni. Manalah tau rezeki aku still ada cawangan dia buka lagi. Berjaya Times Square belum aku siasat. Sebab kat situ pun ada satu cawangan dia. Kot2 la ada lagi. Nanti suruh laki den spy dulu. hehehe

Sementara nak jumpa port seram baru boleh la bawa diri ubat hati yang sedih berkenalan dengan hantu hantu dulu kat tempat ni. Nak2 lagi sekarang tengah ada Offer 30% diskaun masuk kat situ. Gamaknya lepas tak aku nak menyamar sebagai budak masuk ke sini nak tengok hantu >> Jom bawa anak anak anda berkenalan dengan hantu kat sini sebab tengah ada scaryfun festival sekarang <<

Apapun ni sekadar minat duniawi semata mata. Kalau tak ada pun tak sampai la kemurungan. Takpe la kalau dah pupus semua kedai2 jual dvd filem seram original.. Kita cari hobi lain pulak. hehehe

8 comments:

  1. suria dok area wangsa maju ke? dekat je rupanya kita ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak lah.. saya tak tinggal kat wangsa maju.. selalu pergi situ nak beli dvd jer hehehe

      Delete
  2. sy suka tengok cita hantu jugak ^^ hehe

    ReplyDelete
  3. Sepanjang dok KL ada la dlm tiga kali je g angsa walk tu.. malas nak g situ..ramai anak murid lepak situ... Nnt riuh rendah Lau jmpa ustazah dia..

    ReplyDelete
  4. Kira dah nak kena pupuskan jugalah hobi mencari hantu original ni, Suria. Itulah dah suruh download percuma tak mahu. Simpan kat external disk jerk buat collection udah ler ^_^

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum kak..akak masih folow ke collect cerita horror dvd..maaflah baru trjumpa blog akak,dan ada minat yang sama..hehe :)

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum kak..akak masih collect dvd horror lagi ke..maaflah baru trjumpa blog akak dan kita ada hobi yang sama..hehe :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yer masih kalau ada yang nak bagi koleksi untuk saya collect

      Delete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com