HATI HATI.. PANGGIL ORANG TIDAK DI KENALI 'KAKAK' DI ANGGAP TIADA ADAB

2/24/2017 02:57:00 PM suria lekatlekit 6 Comments

HATI HATI.. PANGGIL ORANG TIDAK DI KENALI 'KAKAK' DI ANGGAP TIADA ADAB. Ingat tu jangan sesapa berani panggil lekatlekit kakak ok! Nak2 lagi yang lahir sebelum tahun 2000an. I kan generasi yang lahir tahun 2000an katanya... hahahaha. Aloooo.. Gurau sikit pun dah muntah2 macam orang morning sickness. Yelah.. yelah.. I dah kertua tapi jangan sesekali berani panggil I kakak. I tak suka ok!


Apa kes pulak tetiba lekatlekit meroyan tak bagi orang panggil dia kakak ni. Perasan awet muda sangat ke camna?? Erkk... bukan I yang tak bagi orang panggil I kakak cuma I akan rasa janggal bila orang sebaya atau lebih tua panggil I kakak.. Kang I hadik hadikkan dia nampak biadap pulak. Tapi bila I kakak kakak kan dia.. dia marah jugak. Habis tu apa I perlu panggil dia. Kena ikut bahasa rasmi ke? Cik, Miss, Puan.. Sis .. erkk.. sis tu panggilan hispter sikit. Tapi orang lebih suka di panggil sis dari kakak katanya.

Alkisahnya terbaca satu post seorang perempuan, isteri & ibu ni tak puas hati katanya ada satu pasangan yang pada pandangan mata kasar dia lebih tua dari dia tapi panggil dia kakak. Dia rasa macam benda tu kurang adab. Dia lebih selesa orang panggil dia cik, puan atau sis jer... Kakak ni bagi dia panggilan yang tak sesuai untuk di panggil pada orang yang kita tak kenali. Yelah masing - masing tak tau umur berapa ye dak.. So dia isukan benda ni kat satu support group di facebook.

Bagi aku la.. Benda ni bukan isu adab ke hapa. Isunya kau tak suka orang anggap kau lebih tua dari kau jer. Padahal panggilan macam tu panggilan atas rasa hormat jugak. Kalau dia tak respek kau.. dia hoi hoi kan kau jer. Lagi sakit hati dari di kakak kan kau. Dari kena hoi better la kakak kan.. Kadang2 panggilan kakak ni bukan sebab dia rasa kau lebih tua dari kau. Aku pun biasa pakcik & makcik penjaja panggil kakak.. Bukan la depa rasa depa lagi muda walau terang terang depa pun ada anak sebaya atau lebih tua dari aku. Cuma panggilan tu panggilan yang orang kata lebih mesra. Untuk buat orang rasa senang nak berurusan dengan depa. Tu untuk urusan tak rasmi la. Banyak faktor & sebab orang panggil kita kakak tak semestinya sebab orang rasa kita lebih tua dari dia. Bergantung pada situasi jugak.

Memang ada orang tak suka orang kakak kan dia walau dia level kakak.. Jadi bila jumpa dengan orang yang baru kenal kalau dia tak bahasakan diri dia kakak so kalau tak nak formal sangat panggil cik atau puan.. Just sebut Sis sudah. Sis ni boleh jadi adik boleh jadi kakak.. So, terpulang la pada orang tu nak anggap dia kakak ke adik dengan kita. Kang kau kakak kan dia.. Terus dia rasa tak puas hati tak pepasal la pulak dia benci kau & tak selesa berurusan dengan kau.

Walaupun kadang2 aku ni dari belakang nampak macam budak sekolah rendah katanya.. tapi sedar diri dah masuk zon kertu. So, aku malas nak feelling adik adik sangat. Kalau orang panggil aku kakak.. aku kakak kan jer. Pernah ada perempuan umur 40 tahun kat facebook panggil aku kakak.. Yelah.. aku kakak kan je la diri aku. Atau aku bahasakan diri saya jer. Settle. Kau berangan la adik adik kat situ takde sapa nak layan hahahahaa

Kalau untuk urusan formal.. Biasakan diri guna bahasa ganti diri yang formal. Cik, Puan,Miss, Madam.. Aku memang dah biasa untuk urusan rasmi tak kira tua muda miskin kaya.. Aku akan guna kata ganti diri yang formal. Puan, Cik, Miss macam tu.. Even dengan therapist anak aku yang kalau kat UKM clinic tu kebanyakkan semua student dok practical.. still aku panggil dorang Miss.. Tak pernah aku panggil nama dorang. Sebab tak kena pulak aku nak adik adikkan depa. Rasa macam orang tak sekolah la pulak. Tapi kalau jumpa parents yang sama2 hantar anak terapi kat situ.. Memang la jarang nak sebut puan ke hapa.. Kalau orang bahasakan diri dia kakak.. aku panggil la kakak. Kalau depa cakap guna bahasa formal, aku pun ikut je la rentak dorang.. Tanda aku pun pernah pergi sekolah. hahahaha

Biasa la perempuan kan.. masa remaja belasan tahun dia tak sabar nak jadi dewasa. Bila nampak lebih dewasa dari umur itulah jadi kebanggan dia. Bila dia mula masuk 25 tahun ke atas time tu dia suka feelling muka dia konon macam awet muda sangat macam remaja belasan tahun katanya. Jadi dia memang rasa down bila orang panggil dia kakak apatah lagi acik. hahahahah. So korang kat luar sana kena alert pasal ni ok! Mengembirakan hati orang tu kadang2 boleh bagi banyak keuntungan pada diri kita terutama bila kita adik adik kan mereka yang jelas terpancar ketuan di wajah tu. Mesti depa suka punya hahahahaha

Moral of the story... Orang dewasa ni tak boleh terima kenyataan orang kakak kan dia.Jadi bila kita berdepan dengan orang dewasa.. kau hadik hadikkan la dia.. Insya Allah mesti dia terus mesra dengan kau. Hahahahaha

6 comments:

  1. Lain orang lain penerimaannyakan..yang ada ok je tak kisah asal selesa dan tak panggil atau beri gelaran yang bukan2...ada juga yang tak nak dipanggil nenek walau pangkat nenek..disuruh panggil makcik..layankan juga..yang ada kita formal..tapi dia sendiri suruh panggil kakak atau adik..sebab pada pandangan Allah kita ni sama je yang beza hati..pun ikutkan juga..macam2 telatah ada..

    ReplyDelete
  2. aku ok je .. tgk situasi dan lokasi ... klu kat pasar mlm nk ber SIS2. bercik puan bagai aku rasa mcm poyo gile ... hahaha
    klu urusan rasmi ... guna bahasa rasmi la ....
    takat urusan jual beli online tu panggil la ape2 pun janji tak menghina ... kakak tu means org respek kita ...for me la ..for others ... entah la

    ReplyDelete
  3. Depends, kadang-kadang panggilan kak tu terasa macam tua pula..hahaha .

    ReplyDelete
  4. Betul pn kdg tu dh sebaya pakcik2 kita dh pn umur 65thn keats leh panggil akk gila ke apa...agaknya mata rabunla tu hahaha pttnya panggil cik, sis, puan mcm awk ckp tu sy setuju tapi x semua org malaysia mcm tu sadis

    ReplyDelete
  5. Lol walaupun saya lahir tahun 2000 saya suka org panggil saya 'kakak' mcm terasa lebih disayangi

    ReplyDelete
  6. Alahai, aku lagi bangga orang panggil aku ni abang meskipun masih muda sebab rasa mcm diri ni besar dan orang amat hormat aku hehehehe

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com